Wednesday, 12 October 2016

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM KRS IPGKTI 2016

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya. Memandangkan kelas badan beruniform saya habis awal jadi saya bercadang untuk mengemas kini blog ni.  Dah lama kot saya dah tak aktif sangat dengan blog ni sebab busy dgn esaimen bagai, jadi ada kelapangan masa ni baik saya tulis sesuatu biar blog ni tak berhabuk sangat heheh..

Sepertimana yang telah ditulis pada tajuk entri kali ni, saya akan menceritakan pengalaman saya sepanjang perkhemahan pada minggu lepas.  Muka sudah pastinya hangus dan tangan pun berbelang macam kuda belang ni hah.  Sudahlah haritu berkhemah tak pakai sunblock jadi boleh agak kan cemana hitamnya huahuahua.


Kami berkhemah kat Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Kota Tinggi dari 3 Oktober sampailah 6 Oktober. Bukan setakat KRS je tapi BSMM dengan pengakap pun ada sekali. Perkhemahan ni untuk sem 3 kami jaa sebab sem ni perlu belajar subjek tu kan. Ok, untuk hari pertama perjalankan kami ke kompleks tu, bas yang kami naik tu ada masalah pulak. Tipu kalau tak risau, sudahlah berat bawa manusia pastu keberatan gak bawa barang2 yang diperlukan untuk aktiviti sepanjang perkhemahan kami tu. Bila bas tu buat hal tak dapat dibaiki, terpaksalah kami tunggu bas lain datang. Hari pertama dah beri tanggapan buruk, tipu kalau saya tak risau >_< Sampai je kompleks tu kami terus makan and menaikkan khemah dan bina gajet bagai.


 Kawasan tapak perkhemahan kami (dalam proses memasang)

Seronok memang seronok tapi tak berapa sangatlah sebab perkhemahan kami ni ada ujian kawad dengan simpulan@ikatan untuk melayakkan diri mendapat pangkat leftenan muda.  Pangkat ni kira penting gak ah sebab kalau takdak pangkat tu, kami nak ajar murid-murid kat sekolah nanti susah heheh.  Hari pertama takde mende sangat so malam tu kami cuma buat rakit untuk diguna akiviti air esok hari.

Proses membina rakit


4 Oktober 2016

Setiap pagi sebelum memulakan apa-apa aktiviti, kami akan melakukan upacara menaikkan bendera dan berkawad sekali di hadapan kawasan tapak perkhemahan kami.





Setaip kumpulan mengangkat rakit masing-masing


Tu dia ahli kumpulan saya (baju biru hitam) berserta rakit ciptaan kami

Setelah aktiviti air tu, kami buat aktiviti orienteering dan alhamdulillah kumpulan saya menang tempat pertama dalam aktiviti tersebut ;)  Malamnya pulak adalah pertandingan Bantu Mula oleh BSMM bersama badan-badan uniform yang lain.

5 Oktober 2016

Dua gambar di atas merupakan aktiviti darat kami iaitu kembara.  KRS dan BSMM bergabung sekali masuk ke dalam hutan yang berdekatan dengan kompleks tersebut.

Lepas aktiviti tersebut kami menjalankan aktiviti kawad kaki dengan ujian amali ikatan. Cuak memang cuak sebab saya tak hafal sangat dan nasib baiklah dapat lecturer yang tak garang sangat. Alhamdulillah lulus semuanya ;D
6 Oktober 2016


Hari terakhir di mana berlaku majlis pentauliahan KRS dan juga majlis penutupan perkhemahan.




Majlis pentauliahan leftenan muda KRS (hitam kan saya kat depan sekali ni T_T)


Majlis penutupan perkhemahan wohooooo


Okayy sampai di sini sahaja entri kali ni.  Penat memang penat, muka hangus lagi hahaha tapi sebela dengan apa yang kita perolehi.  Saya memang suka perkhemahan tapi mungkin kerana perkhemahan kali ni ada ujian kawad dengan ujian ikatan buatkan saya agak tertekan laa & xdapat enjoy sepenuhnya hehehe.  Tapi apa-apapun saya dah selesai dah perkhemahan untuk subjek MPU ni dan sekarang ni dah boleh fokus dengan exam akan datang!  Doakan saya mudah menjawab yaa semuanyaa.  Aminnn~~  Sampai ketemu lagi pada entri akan datang.  Byee~~















Wednesday, 11 May 2016

MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)


'Link-link' di bawah merupakan modul/nota kepada Seni Dalam Pendidikan yang saya perolehi.  Semoga dapat membantu untuk rujukan.

Tajuk 1 Pengenalan Kepada Seni dalam Pendidikan
Tajuk 2 Kanak-Kanak, Deria dan Seni
Tajuk 3 Irama, Warna dan Ruang
Tajuk 4 Pengetahuan dan Kemahiran Asas Seni dalam Pendidikan
Tajuk 5 Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Mengekspresi Melalui Seni
Tajuk 6 Integrasi SDP
Tajuk 7 Aplikasi SDP dan Pengurusan Aktiviti P&P dalam Mata Pelajaran
Tajuk 8 Faedah Mempelajari SDP


Thursday, 5 May 2016

UBAH


Tidak sangka sudah 2 tahun berlalu bila Facebook mengimbau kembali kenangan lepas.  Termasuk hari ini sudah hampir 2 tahun juga saya bergelar guru pelatih.  Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan Allah SWT, saya lulus temu duga. :)  Teringat juga dahulu ketika temu duga di IPG Rajang, saya sempat berkenalan dengan beberapa orang yang sama tarikh temu duga seperti saya dan ada yang menceritakan pengalaman lepas mereka.  Ada antara mereka yang sudah datang untuk temu duga kali kedua/ketiga.  Sejujurnya saya memang kagum dengan semangat mereka walaupun kali pertama telah gagal temu duga tapi itu semua tidak meleburkan semangat mereka untuk datang lagi bertemu duga.  Oleh itu, saya nak beritahulah mereka-mereka kat luar sana yang sudah terpilih nama untuk ditemu duga nanti atau sudah terpilih masuk dalam IPG tu, hargailah rezeki yang awak dapat.  Sepatutnya awak bersyukur walaupun awak masuk IPG bukan atas kehendak sendiri tetapi nama awak telah tersenarai sebagai bakal penuntut di IPG berbanding mereka yang kurang bernasib baik yang memang betul-betul teringin menjadi guru tetapi nasib tidak menyebelahi mereka. :)  

Ok ;D seperti yang dilihat pada gambar di atas memang nama saya terpilih untuk opsyen Pendidikan Pemulihan.  Opsyen itu memang sesuatu yang asing pada pendengaran saya dahulu dan juga sesuatu yang memang saya cuba elakkan untuk pilih sebab saya tidak tahu apa itu Pendidikan Pemulihan dan opsyen itu juga kedengaran agak bosan dan tidak mencabar..Opss! >_<  Haha..Allah sebaik-baik perancang..Apa yang saya tidak mahu itulah yang saya selalunya dapat.  Bila dah belajar sendiri Pendidikan Pemulihan ini, baru saya merasa cabarannya.  Bukan senang seperti yang saya sangkakan..

Sebenarnya dulu dalam borang itu, saya minta Bahasa Melayu sebagai opsyen saya.  Saya memang minat sangat-sangat Bahasa Melayu tetapi bila keputusan PMR saya dapat cemerlang, secara automatiknya saya telah masuk ke dalam kelas Sains 1.  Sains...minat saya dalam bidang ini tidak seberapa namun untuk pindah ke kelas sastera memang sedikit sukar.  Jadi dari situlah impian saya untuk belajar di kelas sastera telah terkubur dan hanya mampu hasilkan karya sastera sendiri sebagai hobi sampingan bila bosan atau tertekan belajar subjek Sains.Hihi..

Apa yang boleh saya rumuskan bila teringat kisah sebelum ini ialah Allah memang sebaik-baik perancang ;D  Biarpun bahasa Melayu bukan subjek major saya tetapi sekarang bahasa Melayu merupakan subjek minor saya.  Jujur saya beritahu saya bersyukur sangat-sangat bila pensyarah mewajibkan kami untuk ambil bahasa Melayu sahaja biarpun ada rakan sekelas lain yang memilih Matematik dan PJ. Sebab itu kalau anda semua perasan, sekarang ini saya lebih cenderung untuk menggunakan perkataan bahasa Melayu yang betul dan lengkap dalam penulisan blog ini kerana saya bukan sahaja ingin melatih diri untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul bahkan saya ingin mengajak anda semua untuk berbuat benda yang sama.  Jika bukan kita sendiri yang mengubahnya, siapa lagi? :)  Jadi dari sinilah saya ingin membiasakan diri menyampaikan isi blog saya dengan menggunakan bahasa Melayu yang lengkap dari segi ejaan dan tatabahasanya dengan harapan anda semua yang membaca ini akan turut sama berminat untuk berbuat demikian.  Pada mulanya memang kedengaran amat janggal dan formal, namun tidak salahkan untuk kita mencuba sedikit demi sedikit? :D  Tidak kisahlah tatabahasanya bukan 100% tepat tetapi sekurang-kurangnya kita mencuba. :)

Akhir kalam, bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi bahasa Melayu adalah untuk semua rakyat Malaysia.  Saya ulangi sekali lagi, SEMUA RAKYAT MALAYSIA! :D  



Gambar di atas adalah ketika kelas sastera bahasa Melayu :) Terima kasih sudi baca!

Salam sayang,
N.I.A


 
copyright by Izah Assrin