Saturday, 16 March 2013

Izah's Novel

Malam korang!Urm..malam ni aku nak share-share novel yang aku ada sekarang ni.Of course semuanya best-best!Itu memang tidak boleh dipertikaikan ok?And aku akan cerita penulis mana and novel mana yang aku minat sangat!Ada sebuah novel ni aku dah 'khatam' melebihi sepuluh kali!!Bukan aku je!Adik kakak aku pun dah 'khatam' banyak-banyak kali.Nak tahu novel yang mana???Baca bawah ni lah...



Novel aku yang telah dibaca : 


Hantu Silap Mata


Hantu??Hehe..jangan salah sangka dulu ye!Aku pun macam korang juga bila aku beli buku ni.Aku ingatlah ada hantu tapi rupa-rupanya pasal magik.Tapi best jugak buku ni tau.Seronok baca komik dia kat dalam novel tu walaupun tak lah banyak mana.Jalan cerita dia pun menarik.Penuh suspen!Watak utama : Rasyid!

SINOPSIS : 
Silap Mata adalah mainan hidupnya. 
Ini bukan teori gila, memang manusia ada potensi mampu mengapungkan diri di udara. Ahli agama, pengamal yoga… ada antara mereka boleh terbang. Sekiranya mahu bukti, encik semak biografi Sai Baba, dari India. Dia juga boleh terbang.” 
Rasyid seakan budak kecil yang cuba menegakkan kata-katanya. Sesiapa yang mendengarnya, pasti menganggap Rasyid gila. Namun dia yakin dengan katanya itu. 
Ahli silap mata adalah saintis yang nampak seperti ahli sihir. Tetapi mereka bukan ahli sihir. Mereka hanyalah genius yang suka menghiburkan orang. Rasyid adalah orang jenis ini.



Vila Amira Syakila


Hah!Novel ni aku beli kerana aku ni suka genre seram.Novel cintan tu aku belum minat sangat lah.Ye lah.Aku masih lower form time tu.Mana nak suka benda-benda macam tu.Novel ini menceritakan pasal perempuan yang bernama Amira Syakila(dia hantu tau!) menghantui vila kediaman dia.Dah tajuk nama Vila Amira Syakila,memanglah dia control vila dia!Seram juga lah bila baca latar dalam novel ni!


SINOPSIS :  
Farra Amalina seorang gadis yang suka menulis cerita tentang dunia mistik. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ada sebuah vila di daerahnya mempunyai unsur-unsur misteri. Dia berminat menjadikan vila itu sebagai bahan novelnya. Setelah tiga hari menetap di vila itu, Farra Amalina diganggu. Dengan sendirinya cerita yang tidak ada dalam bab yang dikarang, tiba-tiba sahaja tercatat di situ. Makhluk itu membuat huru-hara dan Farra Amalina kini berada di alam lain di mana dia terpaksa menyelesaikan masalah Amira Syakila dan mencari mangsa pembunuhannya.


Emmelyn nak pergi ke vila yang berpuaka tu? Tak boleh! Macam-macam kisah yang ibu dengar tentang vila tu.” – Siti Hairani


Saya Pak Airy, tukang kebun di vila ini dan juga penjaganya. Silalah masuk dan cuba menyelesakan diri. Semoga Berjaya menetap di sini dan tahniah kerana berani mencuba untuk menetap di sini.” – Pak Airy


Apa dah jadi dengan aku ni? Tak mungkin mimpi aku benar-benar wujud di alam yang nyata. Tidak … tak mungkin! Semua ni tak masuk akal. Aku takkan tidur malam ni agar aku tidak akan bermimpi lagi. Ya Allah … kenapa tiba-tiba sahaja aku semakin takut dengan kehadiran malam. Aku juga takut untuk menghantar diri ke alam khayalan. Aku akan berjaga selagi mata ini termampu. Ya… itu yang akan aku lakukan.” - Farra Amalina



7 Hari Mencintaiku


Novel ini dulu memang aku dah target awal-awal nak beli sebab nampak iklan dia kat tepi jalanraya.Macam best je bunyi tajuk dia so aku pergi beli lah.Memang best tau!Cerita dia complicated sampai kadang-kadang geram jugak lah baca novel ni.Hee!Terlebih emosi lak!Watak novel ni bernama Mia Adriana dan Khuzairi.



SINOPSIS :  
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. 
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan. 
Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.




Kahwin Ganti


Uishh!Novel ini memang seronok!Betul ni,aku tak tipu!Buku ni aku dah 'khatam' lima kali rasanya.Cerita dia romantik and lucu.Best tau!Korang try beli kalau nak tahu seronok atau tak buku ni!Watak dia Mya Zara,Luqman Hakim and Nuqman Hakim.


SINOPSIS : 
Luqman Hakim - Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim - Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh! 
Mya Zara - Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya. 
Awak suka saya tak?” – Mya Zara
Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim 

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba. 
Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim 

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?





Kan Kukejar Cinta Kamu


Novel ini adalah hadiah hari jadi aku.Aku dah pesan dah dengan mak aku.Time birthday aku(tahun lepas),aku nak novel ni jadi present ku.Sebab hari tu bila aku nak beli novel ni,dah habis stok dah!Hampalah juga!Then dapat juga mak aku jumpa!HAHA!Of course aku keseronokan.Novel ni complicated and menyakitkan hati juga bila dibaca.Terutamanya dengan nenek Hilter dia tu!Tapi seronok ok!Aku rasa aku dah 'khatam' dua kali novel ni.


SINOPSIS :  
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.





Tragedi Cinderella


Novel ni menarik perhatian aku bila aku tengah mencari buku rujukan Add Math.Baca punya baca,macam seronok je.So aku beli lah!Genre cerita dia lain tau.Ada ala-ala zaman dulu.Dah namanya Cinderella kan??Try korang baca cerita fantasi moden ni!Seronok!

SINOPSIS : 
Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari. 
Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand. 
Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka...





PENUNGGU CINTA


Yang ni novel kedua genre seram aku!Hish!Yang ni memang betul-betul seram.Jalan cerita dia pun lain dari yang lain.Guna teknik imbas lalu.Cantik!Bila aku baca novel ni malam-malam hari,aku pulak yang rasa macam kena perhati.Betul,aku tak tipu!Kawan aku yang pinjam ni pun,dia kata macam tu!Macam ada yang memerhati dia!That's mean novel ni memang betul-betul seram lah!Novel ni yang pertama buat aku meremang bulu roma.Penulis memang betul-betul berjaya 'menyeramkan' pembaca.I salute sama you!


SINOPSIS : 
Dulu
Najid, panglima muda yang sarat dengan ilmu persilatan dibunuh dengan kejam. Kematiannya diratapi isteri tercinta, Fatimah. Hari-hari penuh kesepian meragut kewarasannya, menjelmakan Najid di mata. Dia terkulai, rela untuk dibawa pergi kelibat Najid yang merayu untuk mereka bersama. Madu cinta memungkinkan Fatimah dituduh gila. Hakikatnya, penganiayaan ke atas Fatimah merupakan angkara seseorang yang berdendam kesumat, menagih cinta yang tidak kesampaian.


Sekarang
Hariz dengan kehidupan modennya, telah didesak ayahnya untuk mengahwini tunangnya, Sarah. Meskipun itulah cinta pertamanya, dia dalam keraguan untuk menyerahkan kebebasan yang mengkhayalkannya dengan simpulan perkahwinan yang dikhuatiri akan menjerut dirinya. Pulangnya Hariz ke kampung meleraikan satu penantian dan menimbulkan satu debaran. Ada sesuatu telah lama menunggunya untuk didampingi. Namun di sebalik satu demi satu kejadian aneh, dia terpaksa jua mengakhiri zaman bujangnya. Bisa cinta membuatkan Sarah akur menjadi mangsa. Kesabaran mengentalkan semangatnya untuk tidak berlalu pergi. Tanpa diduga Hariz, kedinginannya pada Sarah seiring celaru, cemburu, dan sangsi.
Dua kisah dipisahkan dua zaman namun ditauti api cinta yang merobohkan sempadan masa. Antara mereka penunggu cinta. Antara mereka syaitan durjana. Antara dua pasti ada yang ketiga. Hanya iman mampu menyelamatkan mereka.






Sebenarnya,saya isteri dia!


Novel ini pun aku rasa aku dah 'khatam' dua tiga kali.Seronok and romantik isi buku ni!Tak rugi korang beli kayy!By the way,buku ni ada drama dia kan??Aku dengar desas-desus mengatakan akhir bulan 4 ni start on air,kat TV3.Pukul berapa??Tak tau lah.Jom sesiapa yang dah beli buku ni,kita tengok sama tak jalan cerita dia.HAHA!Pelik aku ni kan!Mestilah sama!=.='

SINOPSIS : 
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. 
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad."Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira. 

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati. 
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu. 
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je." – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad 
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu. 
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad. 

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?






Buku aku yang masih elok tersimpan (tak sanggup nak buka!) :


GADUH-GADUH SAYANG


SINOPSIS: 
Papa nak jodohkan aku dengan anak kawan dia? Aku baru putus cinta dengan Aiman. Aku tak nak di kecewakan lagi. Baik aku menyamar jadi gemuk masa jumpa lelaki tu. Lepas tu mekap tebal-tebal dan pakaicermin mata. Bila dia nampak aku buruk, mesti dia tak jadi nak kahwin dengan aku.” Syazana memasang tekad. 
Demi menyelamatkan syarikat papa, aku terpaksa berkorban untuk dijodohkan dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku redha walau aku masih teringatkan Qistina. Tapi aku nak perempuan tu terima aku seadanya. Bukan sebab aku handsome. Apa kata aku pakai gigi palsu besar, berperut buncit, berjambang dan botak tengah kepala.” Rafiqi merancang. 
Kalau sudah jodoh, akhirnya kahwin juga. 
Selepas kahwin, Rafiqi duduk sebelah rumah Syazana. Tidak mahu jatuh cinta kononnya. Apabila Syazana bosan, dia selalu datang rumah Rafiqi. Menonton televisyen sama-sama, main game PS sama-sama, makan sama-sama... Tapi ada sahaja yang membuatkan mereka bergaduh.





Cik Blur dan Encik Ikhlas



SINOPSIS : 
AKU? Tak tahulah apa yang tak kena. Ada saja salah aku di mata dia. Kalau sehari tak marah aku, gamaknya dia tidak serupa orang. Nak kata aku tak cantik, di dalam ofis ini ada lagi yang tak cantik. Sudahnya aku berhenti kerja saja.

“ Helo, dah pukul berapa ni? Tak reti nak masuk pejabat? Ingat ni syarikat tok nenek awak ke? ” – Encik Ikhlas
Encik pekak ke? Kalau encik pekak saya cakap lagi sekali. Dengan rasminya saya dah berhenti kerja, berkuat kuasa hari ini.” – Kasih Khalisha


Selepas aku berhenti kerja, amannya aku rasakan hidupku ini. Tapi... tiba-tiba aje dia muncul kembali. 
Apa encik buat kat sini?
Eh! Saya yang sepatutnya tanya soalan tu. Kenapa Kasih ada di rumah saya ni?
Rumah encik? Ini rumah encik?
Yalah. Ini rumah saya! Takkan rumah beruang pula!

Aduh! Aduh! Aku rasa kepala aku dah pening. Dah rasa berat sebelah. Rumah dia? Rumah lelaki tanpa perasaan ni? Argh! Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa dunia ni kecil sangat?


Bagaimana aku hendak menghadapi kenyataan bahawa lelaki yang selama ini terkenal dengan garangnya, tiba-tiba saja berubah karakter dihadapanku?

Hmmm, susah juga nak memenuhi ciri-ciri lelaki pilihan Kasih. Siapalah yang agak bertuah tu, kan?
Siapa tahu, kan. Pasti ada seorang lelaki untuk saya.”
Kalau tak ada, ambillah saya. Saya pun masih kosong.

Ya, setiap satu itu pasti ada hikmahnya. Adakah perpisahan yang dulu akan menemukan aku dengan seseorang yang lebih baik? Atau sebaliknya? Argh! Sungguh, sedikit sebanyak kehadiran Encik Ikhlas membuatkan aku buntu untuk berfikir.





Asam Pedas Untuk Dia



SINOPSIS :  
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri. 
Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!





AWAK SUKA SAYA TAK?



SINOPSIS : 
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan. 
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan. 
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah… 
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong 

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong 

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha




HEHE!Dah sampai IMPORTANT PART dah ni!Novel ni dah ku baca dah!Novel ni lah yang aku,adik aku dan akak aku 'khatam' melebihi SEPULUH kali.Novel tu pun dah jadi lusuh semacam terkena 'penangan' kami.Siapa suruh novel tu seronok sangat!HAHA!
CENG..CENG..CENG...







Yeah!!Ini dia novel kesayangan kami!Seronok nak mampus baca buku ni!Ketawa terbahak-bahak dan tersengih-sengih memang menjadi 'lumrah' kalau baca buku ni!Tak caye??Tanya mereka yang dah baca novel ni.Mesti diorang alami perkara yang sama macam aku.Novel ini jugalah yang buat aku menangis!Betul-betul menangis!Macam tengok cerita Bollywood pulak jadinya!Ini first time tau aku menangis baca novel.Selalunya kalau ada part sedih,aku biasa-biasa je.Tersentuh sikit je.Tapi novel ni,huh!Nangis sampai basah pipi aku.Mata jadi sembap dan merah!!Huisshh!Over kan??Tapi itulah kenyataannya.Nak try cuci mata(bukan tengok lelaki,tapi menangis kayy!)?? Pergilah korang beli.Rugi kalau kau tak cuba baca tau!

RATING : 5 STARS WEI!!


SINOPSIS :  
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya
berada dalam hati Inspektor Iris…
Aidan 
Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim 
Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…
Dan apa?” - Firman
Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris 
Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki. 
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar. 
Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.” 
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta… 
Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…






Novel kawan yang telah aku baca :


Musuhku Suamiku :


Buku ni best dibaca.Aku suka saat diorang bergaduh tu.Sweet sesangat!Try lah korang baca!Mesti tersengih-sengih.


SINOPSIS :  
Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya. 
Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!” 
Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan. 
Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.” 
Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta. 
Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubungan itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?





In Progress Membaca: 




SINOPSIS :  
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar.  
Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. 
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.






No comments:

 
copyright by Izah Assrin