Saturday, 30 March 2013

Novel Online : Cinta Awak, Cinta Kita (Bab 1)



Bab 1
   “Satu,dua,tiga!”

Jeritan yang kuat itu mengejutkan beberapa ekor ayam yang sedang mematuk nasi di atas tanah. Bunyi bising ayam tersebut langsung tidak menganggu Qairina yang sedang leka mencari kawan-kawannya yang bersembunyi di kawasan kebun milik seorang apek.

       “Opss!!” mulut Qairina terlopong melihat apa yang baru sahaja dipijaknya.

       “Amoi!!Apa lu sudah buat?!Lu pijak saya punya sayur aa!”

Apek kebun itu terus berlari mendapatkan Qairina.Qairina yang terkejut akibat disergah oleh apek hanya berdiri sambil menundukkan kepalanya.Dia tidak berani hendak mengangkat kepala mahupun melihat muka apek yang sudah berubah warna itu. Kawan-kawannya yang lain sudah lari entah ke mana bila apek itu menghampiri Qairina.

       “Aiyoo amoi aa!Lu tahu tak saya susah-susah tanam ini sayur?Kenapa lu main sini?Mainlah jauh-jauh!Ini kebun sayur bukan taman untuk lu mainlah!”

 Qairina hanya mendiamkan diri apabila dimarahi oleh apek.Air matanya sudah menitis.Telinganya hanya mendengar suara apek yang bercakap sendirian dalam bahasa Hakka dengan nada yang berbunyi marah.Qairina hanya mengerling ke arah apek yang sedang bertinggung sambil memegang sayur yang dipijak olehnya.

       “Psst!Psst!”

Qairina menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan bayangan seorang budak lelaki yang amat dikenalinya bersembunyi di sebalik belukar.Budak lelaki tersebut terus berdiri apabila Qairina melihat ke arah belukar tersebut.Tangannya memanggil-manggil  Qairina untuk menghampirinya tetapi mata budak lelaki tersebut tidak lekang dari memandang ke arah apek yang masih bercakap sendirian sambil mengeleng-gelengkan kepala.Mungkin mengeluh kerana Qairina memijak sayurannya yang gemuk-gemuk itu.Tetapi Qairina tetap diam,tidak berkutik langsung dari kedudukan asalnya.

        “Jom!”

Qairina hanya memerhati tangan kecil yang putih itu menarik tangannya ke arah hutan yang berada di sebelah rumah apek.Di belakangnya pula kedengaran suara apek yang marah-marah.Mungkin marah kerana Qairina melarikan diri. Setelah sampai di tempat yang dirasakan selamat,budak lelaki tersebut melepaskan tangan Qairina dan memandang tepat ke mata Qairina yang masih menitiskan air mata.Tangan kecil itu terus mengusap pipi Qairina untuk menghilangkan manik-manik jernih yang gugur.

       “Kenapa awak tak datang tadi?Kan kita panggil awak?” tanya budak lelaki tersebut yang masih setia mengusap pipi gebu Qairina yang semakin laju air matanya.

       “Sss..saya takut!” tangis Qairina terus memeluk budak lelaki tersebut.

       “Syyyhh..dah dah.Kan saya dah kata.Saya akan sentiasa bersama awak.Saya akan melindungi awak.Awak tak perlu takut ye?” Budak lelaki tersebut terus mengusap belakang Qairina dengan harapan Qairina akan lebih tenang.

       “Terima kasih awak.Saya ingat awak dah tinggalkan saya dengan kawan-kawan kita tadi.” Perlahan-lahan Qairina merungkaikan pelukannya terhadap budak itu.

       “Kan saya dah kata tadi.Saya akan sentiasa bersama awak.Jadi awak tak perlu risau ok?Tapi salah saya juga.Kalau saya tak paksa kita main kat kebun tu,mungkin awak tak terpijak sayur apek tu dan kena marah.Sorry ye Qairina?”

 Wajah bersalah yang ditayangkan budak lelaki itu sedikit sebanyak mencuit hati Qairina. Senyuman terukir di bibir Qairina yang merah bak delima itu.

       “Takpe lah awak.Saya tak kisah pun.Bukan salah awak kan?Awak bukannya tahu perkara ni akan terjadi.Jadi saya takkan salahkan awak,ok?”

       “Terima kasih awak!Sayang awak!” Jerit budak lelaki tersebut kegirangan dan terus melabuhkan bibirnya di pipi Qairina.

Qairina tergaman seketika.Budak lelaki itu pula terus menutup mulutnya dengan tangan kanan.

       “Opss!Sorry Qairina!” Budak lelaki itu terus melarikan dirinya ke tengah hutan.

       “Hakim!Nanti awak!” jerit Qairina lantas berlari mengejarnya.

Gelak ketawa mereka bersatu bersama bunyi-bunyi serangga yang sedang mengalunkan lagu masing-masing.Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka berdua.Bagaikan dunia ini hanya dimiliki oleh mereka.

       “Wahh!!”  

       “Cantiknya!!”

Mulut masing-masing terlopong melihat keindahan ciptaan Allah di depan mata.Hakim dan Qairina leka memerhatikan anak-anak ikan berenang dengan lajunya melawan arus air sungai yang deras mengalir.Mata Qairina tertancap pada bunga teratai yang berada berhampiran dengannya.Hakim yang perasan akan renungan Qairina terhadap tumbuhan itu lantas menarik tangan Qairina dan menyuruhnya duduk.

       “Tutup mata awak.Jangan buka tau selagi kita tak suruh buka.”

       “Kenapa pula saya kena tutup mata saya?” Qairina merenung Hakim dengan penuh persoalan.

       “Ish..adalah.Tutup sekarang atau kita tak nak bagi kejutan.”

       “Yelah..yelah..”

       “Jangan curi-curi tengok tau.Nanti kita tak kawan dengan awak.”

Setelah memastikan Qairina menutup matanya,Hakim segera berlari ke tebing sungai dan memetik dua kuntum bunga teratai yang mekar.Usai memetik tumbuhan itu,dia segera berlari ke arah Qairina yang masih setia menutup mata dengan kedua-dua tangannya.

       “Awak..Bukalah mata sekarang.”

Qairina membuka matanya dan terus menoleh ke arah Hakim yang duduk di sebelah kanannya. Bibir comel Hakim yang terus terus menguntum senyuman sambil tangan kanannya bersembunyi di belakang badan membuatkan perasaan Qairina membuak-buak ingin tahu.

       “Kenapa awak senyum-senyum ni?Apa tu?” tanya Qairina sambil kepalanya terjenguk-jenguk ke belakang Hakim yang sedang memegang sesuatu.

       “Nah!Bunga ni saya petik untuk awak.”

       “Wah!Cantiknya!Terima kasih awak!”

       “Sama-sama.Tapi saya nak minta satu boleh?”

       “Kenapa pulak?Kan awak dah bagi kita?” tanya Qairina dengan muncung sedepa.

       “Adalah.”

Tangan Hakim segera menarik sekuntum bunga teratai di tangan Qairina dan disangkutkannya di telinga kanan Qairina.

       “Hah.Ni lah yang kita nak buat.Sekarang ni awak dah cantik.”

       “Terima kasih awak.” ulas Qairina malu-malu.

       “Awak,saya nak awak simpan bunga ni baik-baik tau.Mana tahu satu hari nanti saya takde sini.” Entah mengapa hati Hakim tiba-tiba merasa sedih.Sepertinya dia merasa bahawa mereka berdua akan terpisah.

       “Awak!Kenapa cakap macam tu?!Saya tak sukalah!Saya tak nak simpan bunga ni!” Qairina membaling bunga teratai yang berada di tangannya ke muka Hakim.Hakim terkejut akan perlakuan Qairina yang tiba-tiba naik angin itu.

       “Awak.Janganlah macam ni.Saya cuma cakap je.Saya takkan pergi jauh dari awak lah.” Hakim menyuakan kembali bunga teratai tersebut.Qairina berpaling dari menatap bunga teratai yang disuakan oleh Hakim.

       “Tak nak.Buang je bunga tu.Kalau saya simpan pun takde guna.Bunga tu mesti layu nanti.”

       “Ala..saya susah-susah petik ni awak tak nak terima pula.Sampai hati awak.”
Hakim berjalan menuju ke tepi sungai.Moodnya telah berubah dek keengganan Qairina mengambil bunga tersebut.Tangannya mengocak-gocak permukaan sungai yang jernih itu.Tepukan yang lembut di bahu mengejutkan Hakim yang sedang ralit memerhatikan bentuk yang tercipta di permukaan sungai dek kocakannya itu.

       “Awak saya nak bunga saya tu.” Jari Qairina menunjuk ke arah bunga teratai yang dipegang oleh Hakim.Hakim memandang Qairina sekilas sebelum mengocakkan permukaan sungai sekali lagi.

       “Awak.Janganlah macam ni.Maafkan saya.” Qairina turut bertinggung di sebelah Hakim sambil tangannya menarik-narik hujung lengan baju Hakim.Hakim sedikit terhibur dengan cara Qairina memujuknya.Dia suka dipujuk begitu oleh Qairina.Qairina kelihatan sungguh manja di matanya.

       “Ye.Nah ambik balik bunga ni lepas tu simpan.Kalau tak saya marah lagi dekat awak.”

       “Terima kasih Hakim!Tapi camne saya nak simpan lama bunga ni?Tak ke mati bunga ni nanti?”

Mereka berdua duduk di tebing sungai sambil kaki masing-masing direndam ke dalam sungai.

       “Senang je.Papa kita cakap ambik buku tebal lepas tu masukkan bunga hidup kat tengah-tengah dia.Atas dia letak lagi buku tebal.Kita ada buat dulu.Menjadi tau.Jadi awak buatlah untuk bunga ni.Supaya awak akan sentiasa ingat saya bila saya balik ke bandar lepas habis cuti sekolah ni.” Qairina hanya menggangguk-anggukkan kepalanya sambil tersenyum manis kepada Hakim yang memandangnya.

       “Tempat ni saya nak jadikan tempat kita berdua.Kalau kita sedih,kita boleh datang sini.Atau kalau saya takde nanti....” Qairina pantas meletakkan tangannya ke mulut Hakim.Dia tak sanggup mendengar apa yang akan dikatakan oleh Hakim.

       “Awak jangan buat kita marah.Kita tak nak dengar.” ugut Qairina sambil menuding jarinya tepat ke muka Hakim.Hakim mengangkat kedua belah tangannya tanda meminta maaf.

       “Janji tau?” Hakim angguk.Tanda mengiyakan kata-kata Qairina.Perlahan-lahan tangan Hakim diturunkan.

       “Kalau saya takde nanti,awak anggaplah awak akan jumpa saya kat sini.” sebut Hakim laju-laju sebelum berlari menjauhkan dari Qairina.

       “Hakim!” Mereka saling berkejaran antara satu sama lain sebelum merebahkan diri ke atas rumput dan tertawa riang.



*Original ciptaan saya* Enjoy!



No comments:

 
copyright by Izah Assrin