Saturday, 30 March 2013

Novel Online : Cinta Awak, Cinta Kita (Bab 2)


 Bab 2 

           “Assalamualaikum sayang.”

       “Waalaikumusalam abang.Cepat abang balik hari ni.Selalunya nak dekat Maghrib baru sampai.” Puan Sri Zahra segera menggapai tangan suaminya untuk dicium.Tan Sri Mustapha pula mencium kepala isterinya apabila dia menunduk.

       “Kerja abang dah siap.Itu yang abang balik awal hari ni.Yang rumah ni sunyi sangat kenapa?Selalunya kalau abang balik,anak manja abang tu peluk-peluk abang.Mana dia sekarang ni?Tidur ke?”

       “Ish..abang ni.Kalau ye pun janganlah tanya banyak sangat soalan.Bingung Zahra nak jawab yang mana satu.Takkanlah rindu dengan anak kita tu je bang?Saya ni tak dirindui ke?” Puan Sri Zahra tarik muka. Merajuk. Tan Sri Mustapha terasa ingin ketawa.Tapi ditahannya.

       “Eh..Sayang ni nak abang rindu juga ke?”

       “Ish..Sampai hati abang ye tak rindu langsung kat Zahra.” balas Puan Sri Zahra yang muncungnya sudah sedepa.

       “Ala..ala..tengok ni mulut dah macam mulut itik dah.Patutlah anak kita kalau merajuk mulut pun macam itik.Ikut perangai mama dia rupanya!Hahaha!” sakat Tan Sri Mustapha sambil ketawa.Puan Sri Zahra turut tertawa mendengar ulasan suaminya.

       “Pukul 4 tadi Qairina tu dah keluar rumah dah bang.Katanya nak main sorok-sorok dengan kawan-kawan.Si Hakim ada datang jemput dia tadi.Tu yang Zahra izinkan je.Tak sampai hati tengok muka sedih diorang kalau Zahra tak izinkan.Ni dah pukul 6.15 dah tapi belum balik-balik lagi.Tu yang Zahra risau dari tadi.Qairina kata nak balik pukul 6 tapi sekarang ni dah lambat 15 minit.Abang tak jumpa dia ke kat jalan tadi ke?” tanya Puan Sri Zahra sambil memimpin tangan suaminya ke sofa.

       “Takde lah pulak abang nampak Qairina tadi.” Puan Sri Zahra angguk,tanda faham.
       “Mak Bedah!Oh Mak Bedah.”

Terkocoh-kocoh Mak Bedah menghampiri Puan Sri Zahra yang setia berdiri di tepi sofa  menunggunya.

       “Buatkan air teh dan bawa kek yang saya buat tadi ye?”

       “Ye Puan Sri.” Sebelum sempat Mak Bedah ingin memusingkan badannya untuk menuju ke dapur,Puan Sri Zahra dah menegur.

       “Apa Mak Bedah ni?Kan Zahra dah cakap takye paling Puan Sri.Zahra tak sukalah Mak Bedah.Formal sangatlah bunyinya.Panggil Zahra kan dah cukup.” rungut Puan Sri Zahra yang sememangnya tidak menyukai orang memanggilnya dengan gelaran ‘Puan Sri’.

       “Eh ye lah.Maafkan Mak Bedah lah Zahra.Terlepas pulak panggilan ‘Puan Sri’ hari ni.” Mak Bedah tertawa kecil mengenangkan kesilapan yang dilakukannya tadi.

       “Hari ni Zahra maafkan.Hari lain Zahra tak nak maafkan kalau Mak Bedah panggil lagi ‘Puan Sri’.” ugut Puan Sri Zahra sambil bercekak pinggang.

Tan Sri Mustapha yang sedari tadi hanya mendiamkan diri terus menyampuk apabila mendengar kata-kata isterinya.

       “Main ugut-ugutlah pulak isteri tercinta abang ni.Dah-dah,Mak Bedah buatkan air ye?Saya dahaga ni.Kalau dilayan sangat isteri saya ni bercakap,sampai bila-bila pun saya takkan merasa kek yang dibuat Zahra ni.”

       “Ala abang ni.Zahra main-main je lah.Takde niat pun nak ugut Mak Bedah.” balas Puan Sri Zahra sambil tertawa kecil.

       “Ye Tan Sri.Eh!Mustapha.Maaf.” Mak Bedah terus menuju ke dapur.Takut ditegur sekali lagi oleh Puan Sri Zahra kerana terlepas panggilan ‘Tan Sri’. Dalam hati Mak Bedah mengucapkan syukur kerana majikannya baik hati dan merendah diri.

       “Ish Mak Bedah tu.Ada lagi nak panggil Tan Sri.Susah sangat ke nak panggil nama kita bang.” rungut Puan Sri Zahra sekali lagi sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan suaminya.

       “Ala..takye dipaksa-paksa.Mak Bedah kan baru je kerja dengan kita.Mestilah dia masih segan.InsyaAllah nanti terbukalah hati Mak Bedah nak panggil kita Mustapha dan Zahra.” jawab Tan Sri Mustapha yang matanya masih tertancap pada televisyen.

       “Ish..abang ni kalau menghadap tv dah tak ingat dah siapa tepi dia.” rungut Puan Sri Zahra dalam nada suara yang kecil.Tetapi Tan Sri Mustapha tetap dapat menangkap apa yang dirungut oleh isterinya itu.

       “Abang ingatlah sayang.Kan Zahra kat tepi abang ni.” ulas Tan Sri Mustapha sambil melingkarkan tangannya ke pinggang Puan Sri Zahra.Puan Sri Zahra hanya tersenyum melihat gelagat suaminya.

       “Zahra,Mustapha,silakan minum ye.” ajak Mak Bedah sambil meletakkan dua cawan teh dan teko berserta kek coklat yang dibuat  sendiri oleh Puan Sri Zahra.

       “Terima kasih Mak Bedah.Kalau Qairina dah balik,suruh dia jumpa saya ye Mak Bedah.”

       “Ye Zahra.Mak Bedah ke dapur ye.Nak sediakan makan malam ni.” Mak Bedah meminta diri ke dapur. Puan Sri Zahra hanya tersenyum dan angguk, tanda mengizinkan.

       “Abang.Dah-dahlah tengok tv.Zahra buat khas untuk abang dan Qairina ni.Kek coklat kegemaran abang dengan dia.Makanlah.” Puan Sri Zahra menyuakan sepiring kek coklat kepadanya.

       “Terima kasih sayang.”

************

       “Bik Susti tolong panggil Hakim keluar bilik.Dah pukul 6.15 ni.Dari pukul 4 tadi tak habis-habis dengan game komputer dia tu.Nak bercakap dengan dia pun susah.”
Pembantu rumah Puan Sri Balqis terkocoh-kocoh menaiki tangga untuk memanggil anak majikannya setelah mendapat arahan.

       “Lah.Papa ingat Hakim pergi main dengan kawan-kawan kat luar.Rupa-rupanya tengah membabi buta kat bilik tu.” tegur Tan Sri Ebrahim.

       “Papa ni kan,takde ayat yang lebih cantik ke nak sebut?Perkataan tu juga nak disebut.” ulas Puan Sri Balqis.

       “Apasal pulak?Betul apa yang papa sebut tu kan?Membabi buta.Kan maksud dia melakukan kerja yang sia-sia.Sia-sia lah kerja dia tu.Asyik main game je kerja.Apalah mama ni?Peribahasa Melayu pun tak tahu juga ke?Mentang-mentang lah si mama ni ada kacukan darah Arab.Papa yang kacukan Cina ni pun tahu maksud peribahasa tu.Ish..Ish..” Tan Sri Ebrahim mengeleng-mengelengkan kepalanya.Mulut Puan Sri Balqis mengherot bila mendengar usikan suaminya.

       “Amboi,sedapnya mulut mengata bini dia!Macamlah mama ni tak wujud tepi dia.Mama cuma nak papa guna ayat yang sedap sikit.Bukan membabi buta tu.Tak ke kasar bunyinya kalau si Hakim dengar?Apa salahnya kalau guna ‘melakukan perkara yang sia-sia’ papa oi?Nak berperibahasa lah pulak hari ni.” sindir Puan Sri Balqis sambil meletakkan majalah yang telah dibeleknya ke atas meja kopi. Tan Sri Ebrahim yang menyedari maksud isterinya lantas tertawa kecil.

       “Oh.Tu maksud mama rupanya.Papa ingat mama tak faham maksud membabi buta.Tapi kan mama panjang sangatlah ayat tu.Bagus papa guna dua ayat tu je.Jimat air liur papa.Hahaha.Sorry mama ye?” pujuk Tan Sri Ebrahim sambil tangannya menggapai tangan Puan Sri Balqis lalu diciumnya sepenuh hati.

       “Eh apa papa ni?Malulah kalau Bik Susti dengan Hakim nampak.” tegur Puan Sri Balqis sambil menarik tangannya daripada genggaman Tan Sri Ebrahim.

       “Puan Sri!Puan Sri!Tuan Hakim ngak ada!Tuan Hakim ngak ada di kamarnya!” Jeritan Bik Susti mengejutkan Puan Sri Balqis yang sedang enak menikmati kopinya.

       “Ehek!Ehek!Ehek!” Tangan Tan Sri Ebrahim pantas menepuk belakang isterinya agar tidak tersedak.

       “Bik Susti,kalau iya pun si Hakim tu takde.Tak payahlah nak jerit-jerit macam tu.Terkejut mama ni.”

       “Maafkan saya Tan Sri.Tuan Hakim ngak ada.” Puan Sri Balqis bingkas bangun dari sofa dan berdiri di hadapan Bik Susti.

       “Apa Bik Susti bilang?Hakim ngak ada?!” Jerit Puan Sri Balqis.Tan Sri Ebrahim hanya tersengih mendengar loghat Indon yang disebut isterinya itu.

       “Papa!Anak kita takde pa!Takde dalam bilik!Camne ni?” Puan Sri Balqis berjalan mundar-mandir di hadapan suaminya bila mendengar anak kesayangan tidak berada di dalam bilik.Lagaknya bagai kucing kehilangan anak!

       “Eh!Papa ingat mama nak bercakap dalam loghat Indon.Rupa-rupanya masih ingat juga bahasa Melayu ye.” usik Tan Sri Ebrahim.Bik Susti yang mendengar usikan Tan Sri Ebrahim hanya ketawa perlahan-lahan.Mungkin takut ditegur Puan Sri Balqis yang sedang kalut itu.

       “Ish papa ni kan?!Mama risau ni!Mama tak nak lah gurau-gurau macam ni.Dia ni tipu mama lah!Tadi kata nak main game je!Ni merayap entah ke mana.Kalau ada cakap dengan mama takpe lah juga.Yang Bik Susti tu satu hal juga.Takkan tak perasan si Hakim tu keluar rumah.Mama tengok tv pun tak macam Bik Susti tu.Tak peduli dah apa di sekeliling dia.Tak lama lagi nak Maghrib dah pa.Takkan papa tak risaukan Hakim?” Puan Sri Balqis menjeling ke arah suaminya.Geram.Bibirnya diketap rapat.

       “Nanti-nanti baliklah dia mama oi.Kalau ye pun marah dekat Hakim,janganlah Bik Susti tu kena sembur juga.Kesian dia.Dia pun nak tengok tv.Cubalah duduk diam-diam dulu.Sakit mata papa tengok mama jalan mundar-mandir camtu.Belum lagi waktu Maghrib ni.Papa nak menikmati kemanisan kopi pun susah.” rungut Tan Sri Ebrahim sambil tangannya menyuruh Bik Susti pergi ke dapur.Risau juga dia kalau Bik Susti masih ada di situ,nanti habis kena sembur dengan isterinya lagi.

       “Hmm..Yelah..yelah..sorry.” Puan Sri Balqis kembali duduk di sofa.Tan Sri Ebrahim hanya menjeling isterinya sekilas sebelum kembali menikmati ‘agenda’ yang tergendala dek kekalutan isterinya tadi.

************

       “Awak langit dah bertukar warna tu.Jom balik nak tak?”tanya Qairina pada Hakim yang masih sibuk menangkap anak ikan menggunakan tangannya.

       “Nantilah awak.Masih awal ni.”

       “Tapi ibu kita cakap kalau bunyi serangga kat hutan ni makin kuat maksudnya dah nak malam.” ulas Qairina.Hakim menoleh ke arah Qairina sambil mukanya berkerut-kerut.Mungkin sedang berfikir akan kebenaran kata-kata Qairina.

       “Yelah kan.Betul juga cakap awak tu.Papa kita pun ada cakap camtu dekat kita.” Sokong Hakim sambil berjalan menuju ke arah Qairina dan menarik tangannya untuk keluar dari hutan.Setelah letih berjalan untuk mencari jalan keluar,akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti sekejap.

       “Awak..Awak tak rasa ke kita macam jalan tempat yang sama je?Tu ada kelopak bunga teratai saya atas tanah.” tanya Qairina ragu-ragu sambil tangannya menunjuk ke arah kelopak bunga tersebut.Hakim bertinggung di depan kelopak bunga itu dan merenungnya.

       “Ermm..mungkin tu bunga lain kot.” Hakim menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal.Qairina tahu kebiasaan Hakim yang satu itu.Jika dia tidak yakin akan sesuatu,pasti belakang lehernya itu akan digaru sehingga nampak kemerahan.

       “Awak!Kita dah sesat kan?Saya tahu kita dah sesat!” jerit Qairina.Air mata mula bergenang.Hakim yang perasan wajah Qairina bertukar mendung terus meletakkan tangannya di bahu Qairina.

       “Saya rasa kita dah sesat lah awak.Maafkan saya kalau saya tak nak cakap.Saya..saya..cuma tak nak awak risau.Itu je.” balas Hakim serba salah.

       “Urm..tak..takpelah.Saya ada awak.Saya tahu awak akan lindungi saya.” Qairina memujuk Hakim kembali. Rasa bersalah timbul di hati Qairina apabila melihat Hakim hanya menundukkan kepalanya.

       “Terima kasih awak.Saya janji saya akan melindungi awak sampai bila-bila.” Hakim mengangkat tangannya bagai orang membaca ikrar.

       “Jom kita cari sungai tadi dan duduk sana.Mana tahu mama papa saya dan ibu ayah awak jumpa kita kat sana.”

Qairina hanya mengganggukkan kepalanya tanda setuju.Hakim menarik tangan Qairina supaya berjalan bersamanya.Dia tak mahu kalau Qairina terlepas pandang dirinya dan mereka berdua terpisah.Setelah menjumpai sungai yang telah ditinggalkan mereka 15 minit lalu,mereka duduk bersila di bawah pokok yang rendang.

       “Awak.Hari dah gelaplah.Saya takut.”

Qairina bersuara setelah lama dia mendiamkan diri.Bunyi unggas semakin kuat kedengaran.Menambahkan lagi ketakutan Qairina yang sedia ada.Hakim hanya duduk diam,tidak berkutik.Sayup-sayup kedengaran bunyi azan yang mendayu-dayu,memanggil seluruh umat Islam di Kampung Wetan ini untuk menyempurnakan tuntutan wajib kepada Allah S.W.T.Tercantas segala apa yang dimenung oleh Hakim apabila mendengar suara azan.Hakim menoleh ke arah Qairina yang duduk sambil memeluk lututnya.

       “Awak sejuk ke?”

Qairina mengeleng-gelengkan kepalanya,tanda menindakkan pertanyaan Hakim.Hakim segera melingkarkan tangannya ke bahu Qairina untuk mengelakkan diri mereka kesejukan.

       “Awak takpelah.Saya tak sejuk.”

       “Tapi saya sejuk.Saya perlukan awak untuk menghilangkan kesejukan saya.” Hakim menguatkan lagi lingkarannya.Qairina hanya tersenyum mendengar jawapan Hakim.Wujud satu perasaan indah di dalam hati Qairina yang dia sendiri tidak tahu untuk mentafsirkannya.



*original ciptaan saya* Enjoy!











No comments:

 
copyright by Izah Assrin