Sunday, 31 March 2013

Novel Online : Cinta Awak,Cinta Kita (Bab 3)



Bab 3

Azan berkumandang menandakan tibanya waktu solat Maghrib.Setelah mengambil wuduk,Tan Sri Mustapha menuju ke bilik yang memang dikhaskan untuk solat.Kelihatan isterinya duduk termenung.

       “Sayang?Bentangkan sejadah tu.Abang dah nak solat ni.”

Puan Sri Zahra hanya diam dan keadaannya masih statik seperti tadi.

       “Sayang.” Suara Tuan Sri Mustapha dikuatkan lagi sambil mengerakkan bahu isterinya.

       “Eh!Ye.Abang nak apa?” tanya Puan Sri Zahra dalam kebingungan.

       “Istighfar sayang.Lepas ni kita cari Qairina ye.Mari kita solat dulu.Tak elok melengah-lengahkan solat ni.”

       “Ye bang.”

Puan Sri Zahra bersalaman dengan suaminya setelah selesai menunaikan solat.Air mata Puan Sri Zahra mengalir tanpa disangka.Cepat-cepat dia menyeka air matanya untuk mengelakkan Tan Sri Mustapha melihatnya.

       “Lah.menangis lah pulak sayang ni.Dah dah.Takye nangis-nangis.Jom pergi rumah Bakthiar,tanya dia Hakim tu dah balik ke belum.”

************

       “Eh..eh!Nak g mana tu mama oi?Salam papa je belum,dah buka telekung.” rungut Tan Sri Ebrahim sambil melipat sejadahnya.

       “Papa ni kan?!Mama tengok macam endah tak endah je anak kita belum balik.Papa tak sayang Hakim ke?!” marah Puan Sri Balqis.

       “Astaghfirullahal’azim!Mulut tu sedap je tuduh papa ye?Hakim kan anak papa.Takkan papa tak risau,mama oi?Cubalah bersabar dulu.Salam papa dulu sebelum keluar bilik.Ini tak,main terjah je.” nasihat Tan Sri Ebrahim.

       “Maaf.” Puan Sri Balqis terus menggapai tangan suaminya untuk dicium.Dahi Puan Sri Balqis dicium lembut oleh Tan Sri Ebrahim ketika isterinya mengangkat kepala.

       “Assalamualaikum.”

       “Waalaikumusalam.Kejap ye!”laung Tan Sri Ebrahim sebelum terkocoh-kocoh keluar untuk membuka pintu rumahnya.

       “Mus!Lama tak jumpa!”

Tan Sri Ebrahim terus memeluk sahabat baiknya.Mereka berkenalan ketika di universiti lagi. Tan Sri Mustapha merupakan roommate nya.Hubungan mereka makin rapat apabila masing-masing mengambil course yang sama.Tetapi mereka telah terpisah apabila selesai menamatkan pengajian di universiti tersebut.Tetapi takdir Allah telah menemukan mereka kembali ketika dia datang untuk merisik isterinya.Siapa tahu yang isterinya itu sekampung dengan Tan Sri Mustapha. Puan Sri Balqis yang baru keluar dari biliknya terus menyalami Puan Sri Zahra.

       “Aku ingat kau tak balik kampung Baim.Yelah,selama ni cuti sekolah pun kau tak balik.Yang balik cuma anak kau tu hah.”

       “Risau aku nak tinggalkan dia sendiri kat sini, Mus.Nenek dia dah takde.Mana ada saudara lain kat sini kalau tak keluarga Abang Bakthiar dia tu.Abang Bakthiar sekeluarga pula tengah holiday.Tu yang aku datang sini nak jemput dia balik bandar.Tapi dia sendiri tak nak.Terpaksalah aku ambik cuti 2 minggu sebelum tunggu Abang Bakthiar tu pulang.”

“Masuklah dulu Zahra,Mustapha.Takkan nak bercerita kat luar pulak.” ajak Puan Sri Balqis sambil tersenyum kelat.

“Tak.Takpe.Kami datang ni nak jumpa Hakim.Dia ada tak?” Tan Sri Mustapha bersuara setelah menyedari isterinya hanya mendiamkan diri.

Tan Sri Ebrahim dan isterinya saling berpandangan apabila ditanya soalan begitu.

“Kenapa nak cari Hakim pula?” Tan Sri Ebrahim menggaru belakang lehernya yang langsung tidak gatal.

“Petang tadi Zahra cakap Hakim pergi jumpa Qairina,ajak dia pergi main.Tapi sampai sekarang belum balik-balik lagi.Tu yang cari Hakim ni.Nak tanya dia Qairina ada tak melencong kat tempat lain.”

“Lah.Nak cari apanya.Hakim sendiri belum balik!” Puan Sri Balqis sudah tersedu-sedan.

“Sabarlah Balqis.Anak saya pun belum balik juga.” pujuk Puan Sri Zahra yang turut mengalirkan air mata.Tangannya mengusap bahu Puan Sri Balqis untuk menenangkannya.

“Erm..kalau macam tu Zahra dan Balqis tunggu kat rumah je ye.Kami berdua pergi tanya orang kampung ada tak jumpa budak berdua tu.” Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim berlalu pergi.

“Abang!Kami nak ikut!”jerit Puan Sri Zahra tiba-tiba.

“Eh tak payah!Tunggu je kat sini dengan Balqis!” tegas Tan Sri Mustapha.

************

“Qairina,kalau dah besar nanti,saya nak awak jadi isteri saya.Boleh tak?” Pertanyaan Hakim memecahkan kesunyian antara mereka berdua.Qairina menoleh ke arah Hakim walaupun wajahnya tidak kelihatan kerana kegelapan malam.Bulan tidak menunjukkan dirinya seperti selalu.Barangkali hujan akan turun pada malam itu.

“Kenapa awak tiba-tiba tanya soalan itu?” Qairina terpinga-pinga mendengar soalan cepumas itu.

“Sebab saya suka awak.Saya nak dah besar nanti awak jadi isteri saya.Tak boleh orang lain.Tak boleh Fairuz atau Azim.” Qairina hanya mendiamkan diri apabila mendengar nama Fairuz dan Azim.Dia tahu mereka berdua meminati dirinya.

“Awak tak sudi ke?Atau awak dah suka dengan Fairuz?Atau dah suka dengan Azim?” tanya Hakim sekali lagi.Kali ini nadanya kedengaran sedih.

“Eh tak!Tak!Saya tak suka mereka.Mereka jahatlah.Suka sangat kacau orang.” rungut Qairina.Senyuman Hakim kembali mekar tatkala mendengar jawapan Qairina.

“Jadi maksud awak,awak nak dengan kita lah?!” Hakim menjerit terkejut.

“Emm...emm..a’ah.” jawab Qairina malu-malu.

“Yeay!!Yeay!!Yeay!!” Hakim terlompat-lompat mendengar jawapan Qairina.Dia segera bertinggung di hadapan Qairina dan menggapai tangannya.

“Saya janji dah besar nanti awak akan jadi isteri saya Qairina.” ucap Hakim setulus hatinya.

************

Beberapa orang kampung yang membantu mencari anak Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim hanya menunggu di depan surau sementara mereka berdua melangkahkan kaki ke rumah papan yang berada bersebelahan dengan surau.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam.Eh Tan Sri!Jemputlah masuk ke rumah saya.”Jemput Pak Ali sambil tersenyum hormat.

“Takpe lah Pak Ali.Kami datang ni nak jumpa dengan Aina.Dia ada tak?” tanya Tan Sri Mustapha lembut.

“Oh nak jumpa Aina ye.Kejap ye.Aina!Oh Aina!”

“Ye pak.” Aina terkocoh-kocoh menuju ke anjung rumahnya sambil tangannya membetulkan tudung yang senget.

“Ni.Kamu ni ada buat salah ke?” Pak Ali mencerlungkan matanya kepada Aina.

“Salah?Salah apa pak?Aina takde buat apa-apa pun.” jawab Aina takut-takut.Matanya tidak berani untuk bertatapan dengan bapanya.

“Eh kenapa dimarah pula Aina ni Pak Ali?Dia takde buat apa-apa pun.Saya cuma nak tanya soalan dengan dia.”

Senyuman Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim menyejukkan hati Pak Ali yang mula mendidih.

“Bukan apa Tan Sri.Saya tak percaya sangat dengan Aina ni.Dia ni boleh tahan nakal juga.” jelas Pak Ali yang sudah kendur kemarahannya.Mereka hanya tersenyum mendengar penjelasan Pak Ali.

“Aina,pak cik nak tanya ni.Tadi Aina ada jumpa Hakim dengan Qairina tak?” tanya Tan Sri Ebrahim sambil tersenyum kepada Aina.

“Ada!Petang tadi kami main sama-sama.” Aina tersenyum apabila memberikan jawapannya.Mungkin lega kerana dia langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang dicakapkan oleh bapanya.

“Bila kali terakhir Aina jumpa mereka?Maksud pak cik Aina main dengan dia sampai pukul 6 lebih ke?” Berkerut-kerut dahi Aina dan dahi Pak Ali mendengar soalan Tan Sri Mustapha.

“Tan Sri,setahu saya Aina dalam pukul 5.30 dah balik rumah dah.Awal juga dia balik hari ni.Selalunya nak dekat pukul 6 baru ingat jalan balik.Tu yang saya ajak dia pergi kebun bila dia balik rumah awal tadi.”jelas Pak Ali.Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ibrahim hanya menggangukkan kepalanya mendengar jawapan Pak Ali.

“Pak cik,kali terakhir Aina main dengan dia dekat kebun sayur apek tu.Kami main sorok-sorok kat sana.Lepas tu Qairina tak sengaja terpijak sayur apek.Apek tu marah dan kejar Qairina.Tapi Qairina hanya berdiri kat situ je.Tak nak lari.Cuma saya,Izham dan Mamat je lari.Hakim pun saya tak nampak dia lari sama.” tambah Aina lambat-lambat.Pak Ali mencekak pinggangnya apabila mendengar jawapan Aina.

“Jadi maksud Aina yang terakhir jumpa mereka tu Uncle Tsau lah?”

“Siapa Uncle Tsau tu?”

Uncle Tsau tu orang yang Aina panggil apek tu lah.” jawab Pak Ali yang tangannya masih statik di pinggang.Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim hanya tergelak mendengar jawapan Pak Ali.

“Pak Ali,kami minta diri dulu lah ye.Terima kasih Aina,tolong pak cik.” Tan Sri Mustapha menghulurkan not berwarna merah kepada Aina.

“Yeay!Terima kasih pak cik!” jerit Aina lalu berlari masuk ke rumahnya.

“Assalamualaikum Pak Ali.”

“Waalaikumusalam.”

Tan Sri Ebrahim bersama Tan Sri Mustapha bergegas menuju ke rumah Uncle Tsau yang berada di hujung kampung.Lampu suluh setia memancarkan cahayanya untuk memudahkan pemiliknya berjalan ke rumah yang ingin dituju.

Zou shu shu,ni you zai jia ma?(Uncle Tsau,awak ada di rumah tak?)” jerit Tan Sri Ebrahim sambil tangannya mengetuk pintu rumah yang usang itu.

Lai le,lai le.(Datang ni,datang ni.)” Uncle Tsau kaget melihat Tan Sri Ebrahim dan Tan Sri Mustapha bersama beberapa orang kampung berdiri di depan pintu rumahnya.


You shen me wo ke yi bang dao ni men de ma?(Ada apa-apa yang boleh saya bantu?)” Uncle Tsau terus bertanya kepada Tan Sri Ebrahim yang sememangnya dia sudah tahu boleh berbahasa Mandarin.

Qing wen ni you kan jian Hakim he Qairina ma?(Tumpang tanya.Uncle ada nampak Hakim dan Qairina tak?)” Uncle Tsau diam sejenak sebelum menjawab soalan Tan Sri Ebrahim.

Ru guo wo mei you ji cuo de hua, ta men ying gai shi pao dao sen lin li qu le.Ta men hai mei hui jia ma?(Tak silap saya,mereka lari ke hutan.Mereka tak balik-balik lagi ke?)” Uncle Tsau mulai risau.

 “Hai mei you. zhe jiu shi wei shen me wo men zai zhao zhe ta men.(Belum lagi.Itu yang kami tengah cari mereka ni.)” jawab Tan Sri Ebrahim sambil matanya menoleh ke arah hutan yang dimaksudkan Uncle Tsau.

Dou shi wo de cuo. Ru guo wo mei you ma Qairina de hua,ta jiu bu hui he Hakim pao le.(Semua ni salah saya.Kalau saya tak marah kat Qairina tadi,mesti dia takkan lari ke hutan bersama Hakim.)” Uncle Tsau hanya menundukkan wajahnya.Rasa bersalah kian mencengkam jiwanya kerana takut terjadi apa-apa terhadap mereka berdua.

Mei guan xi. Zhe bu shi ni de cuo. Cuo de shi Qairina. Shi ta ta le ni de shu cai.Wo men xu yao pei na xie bei Qairina ta huai de shu cai ma?(Takpe.Ni semua bukan salah pak cik.Salah Qairina sebab dia yang pijak sayur pak cik.Kami perlu bayar ke sayur yang dipijak Qairina tu?)”

Mei guan xi. Ni men yi fen qian ye bu yong huan.Ta you bu shi gu yi de.Gang cai shi wo de fan ying guo du,cai hui ma ta de.(Takpe.Tak perlu bayar satu sen pun.Dia bukan sengaja nak pijak.Saya yang melebih-lebih marahkan dia tadi.)” Uncle Tsau tersenyum kelat.

Na hao ba.Xie xie nin,Zou shu shu.Wo men xian zou le.Zai jian.(Baiklah.Terima kasih.Kami minta diri dulu.Selamat tinggal.)”

Tan Sri Ebrahim terus berjalan meninggalkan rumah Pak Cik Tsau dan menuju ke arah hutan.Mereka yang tidak mengetahui apa-apa hanya mengekori langkah Tan Sri Ebrahim.

Uncle Tsau kata mereka berdua berkemungkinan di dalam hutan.Jadi kita cari di dalam hutan lah ye?”

“Ok.” Semua serentak menjawab tanpa membantah.

“Pak Arif dan Zul pergi sebelah sana.Aiman dan Hafiz pergi ke tengah tu.Saya dan Mustapha pergi sebelah sini,ok?” laung Tan Sri Ebrahim memberi arahan.Semua berjalan masuk ke dalam hutan sambil mulut membaca Bismillah.

No comments:

 
copyright by Izah Assrin