Sunday, 31 March 2013

Novel Online : Cinta Awak,Cinta Kita (Bab 4)


Bab 4

“Awak.Kita laparlah.”

“Sabar ye.Saya yakin mereka akan datang selamatkan kita nanti.” Hakim mengusap-usap kepala Qairina untuk menyabarkannya.Sayup-sayup kedengaran suara orang memanggil. Qairina dan Hakim bingkas berdiri dan berpandang-pandangan antara satu sama lain sebelum menjerit.

“Tolong!Tolong!”

Langkah Tan Sri Ebrahim dan Tan Sri Mustapha terhenti apabila mereka terdengar suara menjerit meminta tolong.

“Qairina!Hakim!”Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim terus berjalan mengikut suara yang didengari mereka.

“Papa!”

“Ayah!”

“Hakim!Syukur alhamdulillah.” Tan Sri Ebrahim terus memeluk erat anak tunggal kesayangannya.

“Terima kasih,Ya Allah.” Tan Sri Mustapha mencium Qairina dan terus memeluknya.

“Alhamdulillah semua dah selamat.Jom gerak balik ke rumah.Isyak dah nak masuk ni.” Pak Arif bersuara setelah mereka menjumpai Hakim dan Qairina.

Setelah memastikan semua berkumpul,mereka bergerak keluar ke hutan dan menuju ke rumah masing-masing.Ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir Tan Sri Mustapha dan Tan Sri Ebrahim kepada mereka yang telah banyak membantu.

“Anak mama!”

“Qairina!”

Serentak Puan Sri Balqis dan Puan Sri Zahra menjerit tatkala melihat anak kesayangan mereka selamat sampai.Tubuh anak mereka digapai dan dipeluk erat sambil mulut tidak henti-henti mengucapkan alhamdulillah.

“Dah dah lah tu Zahra.Anak kita dah ada ni.Jom balik.Dah azan tu.” Puan Sri Zahra meleraikan pelukannya dan bangun untuk bersalaman dengan Puan Sri Balqis.

“Eh nak pergi mana pula Zahra salam-salam ni?Masuklah rumah kami dulu.Solat dan makan malam sini sekali.” ajak Tan Sri Ebrahim apabila menyedari Puan Sri Zahra bersalaman dengan isterinya.

“Ala tak payahlah Baim.Kami balik rumah dululah.Zahra pun belum mandi ni.” tolak Tan Sri Mustapha lembut sambil bersalaman dengan Tan Sri Ebrahim.

“Nanti-nanti lah balik.Solat dan makan malam kat sini dulu lah.” ajak Puan Sri Balqis sekali lagi.

“Terima kasihlah Balqis,Baim sebab ajak kami.Tapi kami nak balik je lah.Qairina pun mesti tak selesa ni.”

“Assalamualaikum.Terima kasih Baim.”

“Waalaikumusalam.Sama-sama.”

Setelah sampai ke rumah kayu peninggalan arwah ibu Tan Sri Mustapha,Qairina bergegas masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik air untuk mandi.Tan Sri Mustapha dan Puan Sri Zahra segera mengambil wuduk dan menunaikan kewajipan yang belum dilaksanakan oleh mereka.Usai menunaikan solat,Puan Sri Zahra menyusun makanan yang telah dimasak oleh Mak Bedah ke atas meja.Tan Sri Mustapha menutup suratkhabar yang sedang dibacanya dan menuju ke dapur.

“Amboi,Zahra belum susun habis makanan ni abang dah sampai?Lapar sangat ke abang ni?” tanya Puan Sri Zahra sambil tertawa kecil.

“Mana tidak laparnya sayang oi.Dari tadi berpusing-pusing seluruh kampung tanya pasal si Hakim dengan si Qairina tu.Nasib baik anak Pak Ali tahu dia kat mana.” balas Tan Sri Mustapha sambil membasuh tangannya di mangkuk yang berisi air paip.

“Zahra,Qairina tak nak makanlah.Dia kata dah kenyang.” Puan Sri Zahra terbangun dari kerusinya apabila mendengar jawapan Mak Bedah.

“Kenyang apanya Mak Bedah.Tengahari tadi disuruh makan tak nak.Katanya kenyang juga.Takkan sekarang ni pun masih kenyang kut.Takpe lah Mak Bedah.Mak Bedah duduk je lah kat kerusi tu.Biar Zahra panggilkan Qairina.”

Tok..tok..tok..

“Sayang.Ibu masuk ye?” Pintu bilik Qairina yang tertutup rapat diketuk perlahan oleh Puan Sri Zahra dari luar.

“Ye ibu.”

“Kenapa anak ibu ni tak nak turun makan?Sakit ke sayang?” tanya Puan Sri Zahra sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Qairina yang menutup dirinya dengan selimut berwarna biru di atas katil.

“Takde lah bu.Qairina tak lapar.Qairina letih bu.Qairina nak rehat dulu.”

“Sayang buka selimut ni dulu.Ibu nak tengok Qairina.Bukan nak tengok selimut ni hah.” jawab Puan Sri Zahra sambil menarik selimut yang menutupi Qairina.

Qairina tersenyum mendengar jawapan ibunya.Dia segera menoleh ke arah ibunya yang duduk di sebelah kirinya.

“Hah.Barulah nampak muka anak ibu yang cantik ni.”

Tangan Puan Sri Zahra mengelus-gelus rambut anaknya yang ikal mayang itu.Apabila terpegang dahi Qairina,dahi Puan Sri Zahra berkerut.

“Sayang demam ke?!” tanya Puan Sri Zahra cemas sambil meletakkan tangannya ke atas dahi Qairina.

“Takde ibu.Qairina ok je.” Qairina menolak tangan ibunya untuk mengelakkan ibunya tahu bahawa suhu badannya menaik.

“Sayang jangan tipu ibu.Ibu tak suka.Ibu tahu kamu ni demam sayang.Kejap ye,nanti ibu datang balik.Sayang duduk je sini.Jangan pergi mana-mana.” nasihat Puan Sri Zahra sebelum berlalu pergi dari bilik Qairina.

“Hah sayang,mana Qairina?Tak nak makan ke?” tegur Tan Sri Mustapha kepada isterinya yang berjalan laju menuju ke kamar peraduan mereka.

“Eh maaf bang.Abang dengan Mak Bedah makan dululah.Ajak Farhan dengan Pak Mat sekali.Zahra makan lepas ni.Qairina demamlah bang.Zahra nak ambik sapu tangan basah,letak atas kepala dia.Mak Bedah nanti tolong masakkan bubur ya untuk Qairina?” pesan Puan Sri Zahra sebelum menuju ke kamarnya.

“Lah demam rupanya anak saya tu.Patutlah tak nak makan.Mak Bedah,kita makan dulu lah ye.” ajak Tan Sri Mustapha.

“Takpelah.Mustapha makan dulu.Mak Bedah nak masakkan bubur.Kesian si Qairina tu.Mesti perutnya kosong.Lepas ni Mak Bedah makan je dengan Zahra.” Tan Sri Mustapha hanya mengganggukkan kepalanya mendengar jawapan Mak Bedah.

Puan Sri Zahra mengisi air paip ke dalam besen sebelum membawanya masuk ke dalam bilik Qairina.Sapu tangan segera dicelup dan kemudian diperas olehnya.

“Sayang.Ibu letak sapu tangan ni kat dahi sayang ye.Lepas ni Mak Bedah bawa bubur.Sayang mesti makan tau?Lepas tu sayang makan ubat ye.Kalau tak ibu tak nak kawan dengan Qairina.” usik Puan Sri Zahra sambil tertawa kecil.Qairina hanya tersenyum mendengar usikan ibunya.

“Sayang,lepas sayang dah sembuh ni.Ibu nak bincang sesuatu dengan Qairina.” ujar Puan Sri Zahra sambil tangannya mengurut-urut tangan Qairina.

“Apa dia bu?”

“Adalah sayang.Mana boleh cakap sekarang.Kan sayang masih sakit.”
Qairina hampa mendengar jawapan ibunya.Tetapi dia hanya diam kerana dirinya terlalu letih untuk bertanya lagi kepada ibunya.

Tok..Tok..

“Boleh Mak Bedah masuk Puteri Qairina?” Puan Sri Zahra tertawa mendengar panggilan yang diberi Mak Bedah kepada anak tunggalnya.Qairina tersenyum apabila mendengar perkataan ‘puteri’ yang disebut oleh Mak Bedah.

“Kan cantik kalau Puteri Qairina senyum macam ni.Tak macam Mak Bedah nampak tadi,monyok je muka.” ujar Mak Bedah sambil meletakkan talam berisi bubur dan susu suam ke atas meja yang berada berdekatan dengan Puan Sri Zahra dan Qairina.

“Jemput makan puteri yang Mak Bedah sayang.”

“Terima kasihlah Mak Bedah.Mak Bedah dah makan ke belum?Kalau belum pergi makan sekarang.Pak Mat dengan Farhan tu ajak sekali diorang makan.Saya akan jaga Puteri Qairina ni.” balas Puan Sri Zahra yang turut menggunakan gelaran ‘puteri’ Mak Bedah.
“Suami saya dan anak saya dah makan dari tadi Zahra.Mak Bedah ni je belum.Mak Bedah keluar dulu ye nak.”

“Mak Bedah!Cakap dengan Abang Farhan esok saya ajak pancing ikan kat sungai.Hakim ikut sekali.”

“Abang Farhan tu tahun depan dah nak PMR lah sayang.Mana ada masa nak main-main lagi.Badan kamu pun belum sembuh,sibuk nak pergi pancing ikan pulak!Ibu tak izinkan!”
“Hmm..yelah bu.Tak payah je Mak Bedah.Terima kasih.” Mak Bedah hanya tersenyum dan keluar dari bilik Qairina.

************

Setelah selesai menunaikan solat Isyak,Puan Sri Balqis menyusun pinggan berisi nasi di atas meja.Lauk-pauk telah dihidangkan oleh Bik Susti ketika mereka sekeluarga sedang menunaikan solat Isyak.

“Hakim,papa!Dah,tak payah tengok tv tu.Datang sini makan.”

“Ye mama.”

Hakim dan Tan Sri Ebrahim bergegas menuju ke sinki dapur dan membasuh tangan mereka.Bik Susti yang telahpun selesai menghidangkan makanan menuju ke ruang tamu untuk mengambil alih peranan Hakim dan Tan Sri Ebrahim.

 “Wow.Sedapnya masakan hari ni mama!”

“Baca doa makan.Tak payah nak jerit-jerit.”

Doa makan mula dibaca dan masing-masing diam menghadap makanan yang berada di depan mata.Puan Sri Balqis pantang sekali jika suaminya,anaknya atau pembantu rumahnya bercakap ketika makan.Pasti akan ditegur olehnya.

Sudah menjadi kebiasaan keluarga Tan Sri Ebrahim apabila selesai menikmati makan malam,mereka akan duduk bersantai di anjung rumah.Buah-buahan telah dihidang oleh Bik Susti untuk mereka bertiga menikmatinya.

“Hakim,mama ada sesuatu nak dibincang dengan Hakim ni.”

Hakim yang masih enak menikmati buah mangga terus mendongakkan kepalanya.Tan Sri Ebrahim hanya mendiamkan diri kerana tahu apa yang akan dibincangkan oleh isterinya itu.

“Apa mama?Pasal tadi ke?Qairina tak salah lah mama.Jangan marahkan dia pula.”
“Ish kamu ni.Mama belum cakap apa-apa lagi dah menyampuk.Mana kamu tahu mama nak marahkan Qairina?” duga Puan Sri Balqis.Hakim hanya menundukkan kepala mendengar jawapan mamanya.

“Mama janganlah marah dia.Kesian Qairina.Hakim yang salah sebab ajak dia masuk hutan ma.” ulas Hakim yang masih menundukkan kepalanya.

“Amboi,Hakim ni papa tengok macam nak menangkan Qairina je?Hakim berkenan dengan dia ke?” Hakim tersenyum mendengar usikan papanya.

“Ewah mulut abang ni.Budak ni baru je 11 tahun.Dah nak ajar dia bercinta ke?”

“Ala apa salahnya ma.Dah besar nanti kahwinkan je mereka berdua tu.Rayyan ni tua setahun je dari dia.Papa tengok si Qairina tu cantik apa.Baik pulak tu.Sesuai dengan anak kita yang handsome ni.Bertuah anak papa ni kalau jadi suami Qairina.” ujar Tan Sri Ebrahim sambil mengusap kepala anaknya.

“Sukalah Hakim ni,papa cakap camtu.” usik Puan Sri Balqis sambil mencuit pipi anaknya lalu diciumnya dengan penuh kasih sayang.

“Sayang,mama ada benda yang lebih penting lagi nak dicakap ni.Bukan pasal mama nak marah Qairina.Mama gurau je lah.Mama tahu Qairina tu tak sengaja pijak sayur Uncle Tsau kan?Lepas tu Hakim jadi hero dan tarik Qairina ke hutan sebab takut Uncle Tsau marahkan dia?Mama tahu anak mama ni baik.Mama harap ini kali terakhir Hakim buat macam tu.Jangan nak risaukan hati mama dan papa lagi ye,sayang?”

“Maafkan Hakim,ma.Hakim janji Hakim takkan buat lagi.” Hakim bersuara lega setelah mengetahui mamanya takkan marahkan Qairina.

“Ya sayang.Sambung dengan benda penting yang mama nak cakap ni ye.Dengar baik-baik.Pasang telinga besar-besar.”

“Ala..yang mama ‘over dramatic’ dengan ayat mama tu nape?Cerita je lah dengan budak ni.Kesian dia dari tadi tertunggu-tunggu.Buat saspen je lah.” Hakim hanya tersengih mendengar ulasan papanya.

“Ye..ye..mama nak cerita lah ni.Macam ni sebenarnya Hakim.Papa nak besarkan bisnes peninggalan atuk Hakim.Jadi papa Hakim ni bina satu lagi Tan Holdings tu kat London!” ujar Puan Sri Balqis sambil menepuk-nepuk tangannya.

“Eh,yang mama terlebih seronok ni kenapa?Macamlah tak pernah pergi London.”
“Mestilah papa.Kita pergi pun dulu kan.Time tu Hakim baru je darjah 2.Kita pergi pun seminggu je.”

“Alhamdulillah.Yang kat sini punya siapa jaga pa?Ermm..kita pergi sekejap je kan?”

 “Papa suruh abang mama kamu itu jaga.Papa mana ada saudara lain yang nak diharapkan.Papa ni anak tunggal.Nenek datuk Hakim dah takde.Papa cuma boleh harapkan Pak Cik Bakhtiar kamu tu tolong jaga.Papa dah bincang dengan dia sebelum dia pergi bercuti.Sebab tu papa harap sangat-sangat Hakim ni dah besar.Dapat papa terus bagi Hakim handle je.” Hakim mulai risau mendengar jawapan papanya. Dia takut jika apa yang difikirnya sekarang akan menjadi kenyataan.

“Ala papa ni.Dah besar nanti barulah bincang.Tak payah nak bebankan dia sekarang ni.Sayang kita akan tinggal kat sana sehingga company baru papa tu dah stabil!Hakim jangan risau.Mama dan papa dah uruskan segala-galanya sejak dua bulan lepas. Baru hari ni nak cerita kat Hakim.Sengaja nak bagi surprise kat Hakim.Mama tahu Hakim mesti suka.Dapat Hakim main salji kat sana nanti.Sekarang ni kan bulan 12.Kita berangkat hari Sabtu ni.Esok petang kita balik rumah kita kat bandar tu.Sempat lagi kalau Hakim nak bye bye kawan-kawan kat sini.Mama sengaja nak balik awal sebab baju-baju kita mama belum kemas habis lagi.Lepas tu nak beli coat lagi.Takkan nak pakai jaket biasa je.Tak cukup tebal tu.”

Hakim tersentak.Sungguh dia tak sangka apa yang difikirnya tadi benar-benar akan terjadi!Dia tak bersedia lagi untuk meninggalkan segala-galanya di sini.Apalagi selepas pengakuan yang dibuat oleh dia dan Qairina tadi.

Hakim mengeluh panjang.Kakinya digagahkan menuju ke pintu rumah untuk masuk ke dalam bilik.Dia ingin bersendirian.Hatinya bingung dengan apa yang baru sahaja didengarnya sebentar tadi.

“Hakim!Nak ke mana tu?” Laungan Puan Sri Balqis langsung tidak diendahkan oleh Hakim.

“Mama biarkan dia tu.Dia nak bersendirian mungkin.Bukan senang nak terima berita macam ni.Kalau kita inform dengan dia dulu,mungkin dia takde terkejut sangat.Mama tu pulak explain panjang lebar kenapa?Siap masuk coat coat pulak tu.Perempuan..” Tan Sri Ebrahim mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Hish..mana-mana lah papa.Mama bingung dengan perangai Hakim tu.Dulu beriya-iya tak nak balik Malaysia bila kita bercuti kat London.Sekarang ni dia pulak yang tak nak ke situ.”

Jam loceng ‘Spiderman’ pemberian Qairina ketika hari jadinya yang ke-9 ditenung lama.

“Lepas ni aku akan bawa kau ke London.Aku takkan tinggalkan kau lagi macam aku selalu buat bila aku balik bandar.Hai..entah bila lagi aku dapat balik ke sini.” keluh Hakim sambil tangannya mencapai jam tersebut dan dimasukkan ke dalam beg bajunya.Itulah satu-satunya kenangan yang akan mengingatkan dia pada Qairina apabila dia sudah menjejakkan kaki ke kota London nanti.

************

Qairina terbangun dari tidurnya apabila mendengar suara bising di ruang tamu rumah.Dia bingkas bangun dari pembaringannya dan membuka sedikit pintu biliknya supaya dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka.

Perlahan-lahan,Qairina jatuh terduduk apabila mendengar apa yang disebut oleh Tan Sri Ebrahim.Air matanya mengalir tanpa henti.Bibirnya diketap rapat.Geram!Dengan badannya yang masih belum kebah dari demam,dia nekad melompat keluar dari jendela biliknya.Tak kisahlah apa tanggapan orang kampung bila nampak dia melompat macam beruk,tapi sekarang ini ada yang lebih penting dari semua tu.Penjelasan Hakim!

“Assalamualaikum!Hakim!”

Bik Susti terkocoh-kocoh keluar dari bilik air.Hajat untuk melepaskan segalanya tidak kesampaian apabila mendengar suara orang memberi salam.

“Hakim!!”

Qairina melaung sekali lagi apabila panggilannya tidak berjawab.Pintu rumah Hakim diketuk bertalu-talu sehingga menyebabkan beberapa orang yang lalu lalang di depan rumah Hakim menoleh ke arah Qairina.

“Waalaikumusalam.Sebentar!Sebentar!” Belum sempat Bik Susti membuka luas pintu rumah,Qairina telahpun menolak sehingga hampir terjatuh Bik Susti.

“Bik Susti!Hakim mana?Saya nak jumpa dia!” Mata Qairina melilau ke sekeliling mencari Hakim.Hampa.Hakim langsung tiada di situ.

“Cik Qairina,Tuan Hakim ngak ada di rumah.Dia sudah keluar tadi.” balas Bik Susti lambat-lambat.Dia terkejut akan perubahan perangai Qairina itu.

“Dia pergi mana Bik Susti?” Suara Qairina semakin kendur apabila menyedari dirinya bersikap kurang ajar terhadap Bik Susti.

“Maaf Cik Qairina.Saya ngak tahu.”

“Tak apalah,Bik.Maaf menolak Bik Susti tadi.Qairina keluar dulu.” Bik Susti hanya angguk.Tanda mengiyakan.Otak Qairina ligat berfikir.Ke mana Hakim pergi agaknya?Hmm...jangan-jangan…



*Original ciptaan saya* Enjoy!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin