Sunday, 31 March 2013

Novel Online : Cinta Awak,Cinta Kita (Bab 5)




Bab 5

Uncle Tsau,Uncle Tsau!Ada nampak Hakim tak?” soal Qairina dengan nafas yang termengah-mengah kerana berlari tadi.

“Qairina!Bagus kamu datang mari.Uncle mintak maaf sebab marah Qairina semalam.” ujar Uncle Tsau sambil tersenyum.

“Tak.Tak perlu.Bukan salah Uncle.Salah Qairina sebab pijak sayur Uncle.Uncle ada nampak itu Hakim tak?”

“Ada!Dia lari itu hutan.Uncle sudah cakap jangan masuk hutan,tapi dia tak mau dengar.” balas Uncle Tsau sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Terima kasih Uncle!Qairina pergi dulu ya?”

“Eh Qairina!Mahu pergi mana?!Nanti sesat lagi!Balik sini!” Qairina tetap berlari menuju ke hutan tanpa mengendahkan panggilan Uncle Tsau.

Qairina mengusap tali nilon yang diikat pada sebatang pokok di hadapannya.Pokok-pokok yang lain juga turut diikat dan membentuk petunjuk seperti menuju ke suatu tempat.Tempat yang Qairina tahu.Tempat milik dia dan Hakim.

“Hakim!” Jeritan Qairina mengejutkan Hakim yang sedang termenung panjang.

“Qairina!Macam mana awak tahu kita kat sini?” soal Hakim sambil tersenyum gembira.Senyuman itu mati bila melihat muka Qairina yang pucat lesi.

“Awak sakit ke?!” Pantas tali nilon yang dipegangnya dibuang ke tepi dan tangannya dilekapkan terus ke dahi Qairina.

“Jangan pegang saya!Saya tak suka!” Pantas Qairina menepis tangan Hakim lalu berpaling wajah darinya.Dia kesal,kesal sangat!Sampai hati Hakim tidak memberitahu perkara penting itu kepadanya.

“Awak,nape ni?Awak benci kita ke?” soal Hakim yang masih terkejut akan sikap Qairina yang kasar itu.

“Ye!Saya tak suka awak!Awak penipu!Awak langsung tak beritahu saya yang awak nak ke London!” Hakim terdiam.Qairina terduduk.Masing-masing melayan perasaan mereka.Buntu dan sedih mencengkam jiwa.

“Maafkan saya.” ujar Hakim yang turut terduduk di depan Qairina.Qairina hanya diam membisu.

“Maafkan saya.Mama..mama..saya baru semalam cakap dengan saya.Saya langsung tak tahu apa-apa Qairina.” Air mata Hakim menitis.Pantas disekanya manik-manik jernih itu.Dia tak boleh lemah!Tidak di depan Qairina!

“Awak tipu..Mama awak cakap dah dua bulan mereka rancang semua tu.Tak mungkin awak tak tahu.Tak mungkin.” balas Qairina perlahan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Betul Qairina!Saya tak tipu!Mama baru semalam cakap dengan saya!Saya baru nak datang rumah awak tadi.Nak cakap pasal ni lah.Tapi awak dah tahu dulu..Maafkan saya.” Sekali lagi Hakim meminta maaf kepada Qairina.Hatinya rasa bersalah kerana membuatkan Qairina menitiskan air mata.

“Bila awak pergi London?” Qairina pasrah.Andai benar mereka akan terpisah lama,Qairina tak ingin perpisahan mereka berakhir dengan kesedihan.Dia ingin perpisahan mereka adalah sesuatu yang sangat baik untuk dikenang oleh Hakim dan juga dirinya.

“Hari Sabtu ni.Petang ni saya dah balik rumah saya kat bandar.Mama suruh balik awal sebab nak kemas baju.” ujar Hakim perlahan.

“Jadi hari ni hari terakhir awak kat sini lah?” soal Qairina.Perlahan.Dia mengeluh panjang.Tiada gunanya jika dia menjerit atau memarahi Hakim lagi.Cepat atau lambat Hakim tetap akan meninggalkannya.

“Ye.”

Qairina mengusap air matanya yang mengalir turun lalu diangkatnya dagu Hakim supaya mata mereka bertentangan antara satu sama lain.

“Awak.Awak tak perlu risau.Saya..saya..izinkan awak pergi.Saya cuma harap jika awak balik sini lagi,awak akan datang jenguk saya kat kampung.Saya berharap awak takkan lupakan saya dan janji kita semalam.” ujar Qairina sambil tersenyum.

“InsyaAllah,saya akan balik sini lagi Qairina.Saya janji.Saya takkan lupakan awak dan janji kita berdua.” balas Hakim sambil merenung wajah di hadapannya.Dia akan ingat mata itu!Dia akan ingat senyuman itu!

“Terima kasih awak.” Qairina terus memeluk Hakim sambil air matanya mengalir deras.Dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Hakim tapi itulah kenyataan yang terpaksa dia hadapi.

Kenangan ketika pertama kali mereka berjumpa,bermain di minda.Dia mengenali Hakim ketika melawat arwah nenek Hakim yang sedang sakit di rumahnya.Waktu itu dia baru berumur 8 tahun.Dari hanya berbalas senyuman,persahabatan mereka mula terjalin.Setiap kali cuti sekolah menjelma,Hakim pasti akan balik ke kampung ini untuk berjumpa dengannya dan juga kawan-kawan mereka yang lain.

Hakim turut membalas erat pelukan Qairina.Sungguh hatinya sedih kerana terpaksa berpisah dengan Qairina yang telah dikenalinya selama 2 tahun itu.Dia tidak pernah rapat terhadap mana-mana budak perempuan lain selain Qairina.Itulah yang membuatkan Qairina sangat istimewa di matanya.Pelukan mereka mula terungkai apabila matahari kian memancarkan cahayanya.Peluh jelas kelihatan di wajah masing-masing.

“Awak.Jom balik ye?Saya tahu awak tak sihat sebenarnya kan?Muka awak tu pucat.” ajak Hakim sambil membantu Qairina untuk berdiri.

“Emm..” Qairina angguk.Hakim memapah Qairina untuk berjalan keluar dari hutan.Kini mereka tidak akan sesat lagi,kerana tali nilon yang diikatnya pada pokok membantu mereka mencari jalan pulang.

************

“Assalamualaikum.” laung Hakim yang baru sampai di anjung rumah Qairina.Dia menyandarkan Qairina ke dinding sebelum dia turut menyandarkan dirinya di sebelah Qairina. Kelegaan jelas terpancar di wajah Hakim kerana berjaya memapah Qairina pulang ke rumahnya.

“Waalaikumusalam.Hah,Hakim baguslah kamu dah datang sini.Tak payahlah papa susah-susah nak ambik kamu kat rumah...Eh Qairina!Kenapa ni nak?!”

 Tan Sri Ebrahim terus menghampiri Qairina yang sedang bersandar lemah pada dinding.Tubuh kecil itu dicempungnya masuk lalu dibaringkan ke atas sofa.Sungguh dia tak perasan yang Qairina berada di tepi Hakim tadi.Yelah!Mana nak perasan kalau baju Qairina tu sebijik dengan warna guni beras!Setahu dia tadi Tan Sri Mustapha beritahu yang Qairina berada dalam bilik.Demam.Tapi apa yang dilihatnya tadi bertentangan lah pulak dengan apa yang diberitahu sahabatnya itu!

“Zahra!Bawa kain basah ke sini!” laung Tan Sri Ebrahim setelah memegang dahi Qairina yang panas itu.Kalau letak telur ayam ni,pasti masak.Sempat juga Tan Sri Ebrahim bergurau dalam hati sebelum menyambut huluran kain basah yang disuakan oleh Puan Sri Zahra.Tan Sri Mustapha dan Puan Sri Balqis pula masih sibuk di dapur.

“Ya Allah!Qairina!Kenapa ni sayang?!Kamu dari mana tadi?Kenapa berpeluh-peluh macam ni?!” Terkejut Puan Sri Zahra melihat anak perempuannya yang berbaring lemah di atas sofa.Peluh yang mengalir di dahi Qairina dilapnya dengan hujung lengan baju kurungnya.

“Apahal kain basah ni bau semacam je?Cuba Hakim hidu.Bau macam ikan pun ada kan?” Tan Sri Ebrahim menyuakan kain basah itu ke hidung Hakim.

 “Wekk!Eeee!Bau hamis lah pa!Takkan nak letak atas dahi Qairina.Bau lah dia nanti.” Rungut Hakim sambil menutup hidungnya.

“Manalah papa tahu!Mak Cik Zahra ni yang bagi.” ujar Tan Sri Ebrahim sambil menggaru-garu belakang lehernya yang tidak gatal.Puan Sri Zahra yang mendengar perbualan anak-beranak itu menyampuk.

“Lah.Manalah Zahra tau Baim nak guna kain tu letak kat dahi Qairina.Zahra ingat Baim nak lap air tumpah.” Tan Sri Ebrahim hanya tersengih mendengar penjelasan Puan Sri Zahra.Salah dia juga sebab tak cakap yang kain tu nak letak atas dahi Qairina,bukan untuk lap air tumpah!

“Takpe lah mak cik.Hakim tolong ambikkan ye?” Hakim berjalan tergesa-gesa menuju ke dapur.Beberapa minit kemudian,Hakim kembali bersama sapu tangan bersih dan besen berisi air paip.Tan Sri Mustapha dan Puan Sri Balqis turut mengekori langkah Hakim.Cuma Mak Bedah yang berada di dapur untuk menjaga masakan yang dimasak oleh mereka agar tidak hangus.

“Teruk sangat ke demam Qairina tu?” Tan Sri Mustapha memecah kesunyian antara mereka apabila masing-masing ralit memerhati Puan Sri Zahra meletakkan kain basah ke atas dahi Qairina.

“Bawa dia ke hospital lah Mus.Risau saya tengok rupa dia tu.Pucat semacam je.” Tan Sri Ebrahim dan Hakim angguk.Tanda setuju akan kata-kata Puan Sri Balqis.

“Takk..nak..Qairina..takk..nak..ke..hospital..Qairina..takk..apa..apa..” Qairina bersuara perlahan sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Memang kami nak bawa ke hospital pun semalam.Tapi saya tahu Qairina ni mesti cakap macam tu.Tu yang malas nak paksa-paksa dia.Biar dia rehat je lah.” ujar Puan Sri Zahra lembut.

“Tapi keadaan dia tu dah teruk sayang.Abang nak bawa dia ke hospital jugak.Abang tak nak kalau terjadi apa-apa kat Qairina tu.” tegas Tan Sri Mustapha.

Dia mencempung tubuh Qairina untuk dibawa ke kereta.Qairina meronta-ronta.Tapi Tan Sri Mustapha tidak sedikit pun terusik dek rontaan Qairina yang tidak seberapa itu.

“Hakim ikut pak cik.Kalau kamu ada senang sikit nak pujuk Qairina ni.Baim dan Balqis tunggu kat rumah kejap ye.Balik nanti kita makan tengahari sama-sama.” pesan Tan Sri Mustapha sebelum berlalu keluar menuju ke keretanya.Pak Mat sudahpun berdiri di tepi pintu kereta untuk membukanya.

“Pak Mat bawa kami pergi hospital.Tunggu Zahra kejap.Dia tengah tukar baju tu.” Tan Sri Mustapha terus meloloskan dirinya ke dalam kereta setelah memberi arahan.Pintu kereta penumpang di belakang terus ditutup oleh Pak Mat setelah Puan Sri Zahra masuk ke dalamnya.

************

“Anak Tan Sri dan Puan Sri cuma demam biasa sahaja.Pastikan dia habiskan ubat ni ya.” ujar Doktor Lim selaku doktor keluarga Tan Sri Mustapha sambil tangannya menyerahkan list bertulis ubatan yang perlu dibeli.

“Terima kasih Doktor Lim.”

Tan Sri Mustapha segera ke kaunter untuk membeli ubat yang disenaraikan manakala Puan Sri Zahra menghampiri Qairina dan Hakim yang sedang rancak berbual.

“Amboi anak ibu,rancaknya berbual dengan Hakim.Dah sembuh ke sayang?”soal Puan Sri Zahra sambil melabuhkan punggungnya di tepi Qairina.Tangannya mengusap-usap rambut Qairina yang tidak terurus itu.

“Takde lah ibu.Kepala Qairina masih sakit tapi tak lah sesakit tadi.” balas Qairina sambil tersenyum manis kepada Puan Sri Zahra.

“Kalau ibu tak bawa Hakim tadi,mesti Qairina tak nak masuk jumpa doktor kan?” Qairina tersipu-sipu mendengar soalan ibunya.Puan Sri Zahra ketawa melihat pipi anak perempuannya yang berubah warna itu.Hakim pula hanya menundukkan wajahnya.Malu!

“Jom balik.Ni yang sorang pipi merah sorang tunduk kepala ni nape?Ada apa-apa ke?” usik Tan Sri Mustapha yang telahpun selesai membeli ubat.

“Urmm..jomlah balik ayah.Qairina dah lapar ni.Nak makan masakan mama papa Hakim.” ujar Qairina sambil tangannya mengusap-usap perutnya.Sebenarnya dia hanya mencari alasan untuk mengelakkan diri dari usikan ayahnya!

“Yelah sayang.Ayah pun lapar ni.Hakim jom.Takkan asyik nak tunduk-tunduk kepala je.Tak nak balik ke?” Hakim hanya tersengih dan mengekori langkah mereka ke kereta.

************

“Awak.Petang ni saya nak awak ikut saya.” ujar Qairina sambil tangannya mencedok kuah sayur ke pinggannya.Dia dan Hakim makan tengahari di bilik manakala mama,papa,ibu dan ayah mereka makan di dapur.Hakim mendongakkan kepalanya.Memandang tepat ke mata bulat yang bersinar indah itu.

“Nak pergi mana?Awak belum sembuh lagi lah.” Hakim meneruskan suapannya yang terhenti tadi.

“Adalah.Saya dah nak sembuh dah ni.Kepala saya tak sakit sangat.Tolonglah awak.Kita pergi kejap je.Tak lama pun.” pujuk Qairina sambil matanya merenung Hakim yang sedang enak menikmati makanannya.Suapan Hakim terhenti apabila terasa dirinya ralit ditenung oleh Qairina.

“Mana tempat tu?Ibu ayah awak tahu tak?” soal Hakim yang sudah mengalah demi Qairina.

“Jangan!Jangan beritahu ayah ibu!Hakim seorang je yang tahu semua ni.Tolonglah ye??” pujuk Qairina sekali lagi sambil menarik-narik lengan baju Hakim.

“Hmm.Yelah!Dah-dah.Awak makan habis nasi tu.Kalau tak kita tak nak ikut.”

“Ok!!”

************

“Awak nak bawa saya pergi mana ni?Saya dah nak balik bandar lepas ni.”

“Ye.Saya tahu.Saya nak kita buat sesuatu sebelum awak pergi.” ujar Qairina yang tangannya sedang memimpin Hakim berjalan.Ini kerana dia menutup mata Hakim dengan sapu tangan tadi.

“Ok!Dah sampai!” jerit Qairina kegirangan.Hakim membuka sapu tangan yang menutupi matanya.

“Tempat kita?Awak nak buat apa kat tempat kita?Bukan kita dah pergi ke pagi tadi?” soal Hakim sambil menggaru-garu belakang lehernya.

“Ni!” Qairina menunjuk pisau kecil yang dibawanya tadi.

“Hah!Awak nak buat apa dengan pisau tu?!Nak bunuh diri?!Janganlah awak!Saya sayangkan awak!” jerit Hakim melulu.Qairina tersenyum bahagia mendengar kata-kata Hakim.

“Saya pun sayang awak juga.Pisau ni saya nak kita berdua tulis nama kita kat pokok tu.Pokok tu dah banyak beri kenangan kepada kita berdua.” ujar Qairina sambil menyerahkan pisau itu kepada Hakim.Hakim berjalan menuju ke pokok tersebut dan mengusap-usap pokok itu.

“Awak minta maaf dengan pokok tu ke?”

Lagaknya bagai meminta maaf kepada pokok itu tapi hakikatnya di hati dia berkata lain.Hakim menoleh Qairina sekilas.H.A.K.I.M.Namanya telah pun terukir di batang pokok tersebut.Qairina tersenyum manis sambil mengukir namanya pula di bawah nama Hakim.

“Ok!Dah siap!!Yeah!!” Qarina bertepuk tangan kegirangan.

“Belum lagilah awak.Awak tertinggal sesuatu.” Hakim pantas mengambil pisau itu dari tangan Qairina sebelum mengukir bentuk hati pada nama mereka berdua.

“Sekarang ni baru lah siap.” Matanya redup memandang Qairina sambil tersenyum manis kepadanya.Qairina tersentak.Matanya..matanya itu..mengetarkan jiwanya. Air mata mula bergenang kembali.Dia tidak sanggup untuk berjauhan dari Hakim.Tak sanggup!

“Awak jom balik.Mama papa saya mesti dah tunggu tu.Nanti lewat pula kami sampai ke bandar.” Hakim bersuara apabila melihat air mata Qairina yang hanya menunggu masa untuk berlabuh ke pipi gebunya.Dia tidak sanggup untuk melihat semua itu.Biarlah dia pergi ke London dengan membawa senyuman Qairina.Dan bukannya air matanya.

“Awak.Lepas ni saya harap sangat-sangat awak tak menangis.Saya nak senyuman awak yang hantar saya pergi.Bukan tangisan awak.Muka awak buruk tau kalau menangis macam ni.Kita tak suka. ” pujuk Hakim sambil mengusap-usap bahu Qairina.Tubuh itu segera dipeluknya.Erat.

“Maafkan saya awak.Saya janji takkan menangis lagi lepas ni.” Qairina turut membalas pelukan Hakim sambil hatinya berdoa agar Hakim tidak akan melupakannya.

************

“Mama semua barang Hakim dah bawa keluar ke?” jerit Tan Sri Ebrahim dari luar rumah.Bik Susti pula masih sibuk mengangkat beg-beg pakaian mereka ke dalam bonet kereta.Tan Sri Mustapha,Puan Sri Zahra dan beberapa orang kampung berada di situ untuk mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

“Dah papa.Hakim tu je yang belum ada.Entah pergi mana dia tu.” rungut Puan Sri Balqis sambil mengunci pintu rumah.Kunci itu kemudiannya diserahkan kepada Puan Sri Zahra untuk dijaga sementara menunggu keluarga abangnya balik dari bercuti.

“Hah,tu dia Hakim.Hakim cepat sikit berjalan tu.Kang sampai sana dah malam pulak.” jerit Tan Sri Ebrahim.Dia bersalaman dengan orang kampung dan kemudiannya Tan Sri Mustapha.Sahabatnya itu dipeluk erat sebelum mulutnya berbisik sesuatu pada telinga Tan Sri Mustapha.Tan Sri Mustapha hanya tertawa kecil sebelum mengangguk-anggukkan kepalanya.

Puan Sri Balqis memeluk Puan Sri Zahra dan kemudiannya mencium kedua-dua belah pipinya.Puan Sri Zahra turut melakukan perkara yang sama kepada Puan Sri Balqis.

“Jaga diri baik-baik tau.Jangan lupa solat kalau sampai London.” nasihat Puan Sri Zahra kepada Puan Sri Balqis yang sudah dianggapnya seperti adik sendiri.

Izham,Mamat dan Farhan terus menghampiri Hakim dan mereka berpelukan bersama-sama manakala Qairina dan Aina hanya memerhati sahaja.

“Jaga diri tau Hakim.” ujar Aina sambil tersenyum kepada Hakim yang berjalan menuju ke keretanya.

Hakim membalas senyumannya.Kelat.Matanya tidak lepas dari memandang Qairina yang hanya menundukkan kepalanya.

“Oklah!Kami jalan dulu ya semua.Terima kasih sudi datang sini jumpa saya.” ujar Tan Sri Ebrahim sambil tertawa kecil.Semua yang hadir turut tertawa sambil menganggukkan kepala.

“Assalamualaikum!” jerit Tan Sri Ebrahim dan Puan Sri Balqis sambil mengangkat tangan kanan mereka dari dalam kereta.

“Waalaikumusalam.” Semua menjawab serentak.

“Bye Qairina!Bye Izham,Aina,Mamat,Abang Farhan!” jerit Hakim pula di dalam kereta.

“Bye bye!” serentak mereka berlima menjawab sambil tangan melambai-lambai.Qairina turut melambai kepada Hakim dan tersenyum manis kepadanya.Dia sudah berjanji dia tak akan menangis lagi!Tidak di hadapan Hakim!Hakim gembira .Gembira kerana impiannya untuk pergi bersama senyuman Qairina tercapai.



*Original ciptaan saya* Enjoy!

Akan bersambung minggu hadapan Bab 5-Bab 10!






No comments:

 
copyright by Izah Assrin