Saturday, 16 March 2013

Novel Yang Akan Aku Beli



Suamiku,Encik Perfect 10!


SINOPSIS :  
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.


Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen


Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial


Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.


Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial


Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?




Love You Mr.Arrogant


SINOPSIS : 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal. 
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham 
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?" 
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja." 
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!" 
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri. 
"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah 
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...







Hikayat Cinta Si Pematah Hati


SINOPSIS : 
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. 
Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang! 
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
 
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati. 
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati? 
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
 
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…







Siapa Orang Gajiku 


SINOPSIS :  
Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah. 
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah

"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?








Suami Yang Kubenci



SINOPSIS : 
Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik. 
"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....  
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."  
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"  
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"








Suami Aku Ustaz


SINOPSIS : 
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? 
Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.” 
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia? 
Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”  
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar? 
Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.” 
Alisa - Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?








Perempuan Lindungan Kaabah



SINOPSIS : 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah. 
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa... 
Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex 
Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez 
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina. 
Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan 
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?







Projek Memikat Suami


SINOPSIS : 
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia. 
Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak s
angat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.
” – Zahrain Alimin 
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick. 
Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna 
Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla 
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan? 
Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin 
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin