Saturday, 30 March 2013

Penurunan Berat Badan Yang Berkesan

















Ramai yg telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan, samada secara kawal pemakanan dan minuman, senaman, dan supplement. Ada yg berjaya turunkan berat badan, dan ada yg tidak berjaya. Adakah cara menurunkan berat badan itu tidak berkesan? Asas kepada penurunan berat badan adalah pengawalan calorie ditambah dengan senaman. Ia adalah satu jangka masa yg lama untuk melihat hasil yg memuaskan.

1. Disiplin dan komitmen

Untuk menurunkan berat badan secara berkesan, haruslah disertai dengan disiplin dan komitmen. Disiplin dari segi bentuk pengawalan pengambilan calorie dan mengawal nafsu makan. Komitmen dari segi mengutamakan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dlm kehidupan. Untuk mendapatkan disiplin dan komitmen ini, anda harus memberi tumpuan yg penuh terhadap cita-cita utk menurunkan berat badan. Penumpuan haruslah diberi kepada pengurusan pelan pemakanan seharian dan kehidupan yg aktif. Kehidupan aktif di sini tidaklah semestinya bermaksud menjadi atlit, namun biarlah tubuh badan sentiasa bergerak. Malah pergi berkebun juga adalah satu pergerakan aktif untuk membakar calorie.


2. Sentiasa bermotivasi

Kurangnya efektif penurunan berat badan adalah disebabkan kurangnya bermotivasi. Motivasi penting untuk anda semakin bersemangat untuk menurunkan berat badan. Motivasi boleh juga dengan mendengar kisah kejayaan orang yg telah menurunkan berat badan, dan juga menetapkan saiz pakaian yg diidamkan. Carilah orang di sekeliling yg sentiasa memberi semangat dan peringatan kepada anda untuk menurunkan berat badan, mengingatkan anda agar dapat mengawal nafsu makan supaya tidak makan secara berlebihan. Anda akan sentiasa bermotivasi dan terus bersemangat untuk menumpukan perhatian menurunkan berat badan dalam jangka masa yang panjang.


3. Tetapkan target
Ingin menurunkan berat haruslah mempunyai target dalam jangka tertentu. Misalnya ingin menurunkan 5kg dlm masa 5 minggu, haruslah mempunyai pelan pemakanan dan pembakaran lemak yg konsisten secara berkemampuan. Jadikan target anda adalah realistic dan logic kerana ia perlukan masa untuk mencapai target penurunan berat. Untuk sentiasa mengingatkan dan memotivasikan diri, tampal lah target penurunan berat di dinding, dan ia menguatkan lagi diri untuk mencapai target penurunan berat badan.


4. Amalkan pemakanan yg sihat

Pemakanan yg sihat digabungkan dengan pengambilan calorie yg rendah akan memudahkan proses penurunan berat badan. Namun pengambilan calorie rendah bukan bermaksud mengabaikan kenikmatan makanan. Makanan bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran, serta bijiran, dapat membantu anda untuk mengawal pengambilan calorie. Dan kurangkan pengambilan gula kerana ia mampu menyumbang kepada pengambilan calorie berlebihan. Sungguhpun begitu, anda masih boleh menikmati kenikmatan makanan, namun biarlah secara sederhana.


5. Sentiasa aktifkan diri dalam kehidupan harian

Aktifkan diri bermakna membakar calorie. 1kg bersamaan 7700kcal. Malah dengan memotong 500 calorie dalam sehari, seminggu dah boleh mengurangkan 0.5kg. Sungguhpun begitu, calorie terbakar bergantung kepada frequency, masa, dan ketahanan fizikal. Semakin meningkat frequency, masa, dan ketahanan fizikal, maka semakin banyak calorie akan terbakar.




No comments:

 
copyright by Izah Assrin