Tuesday, 9 April 2013

Sejarah Solat Lima Waktu / 5 Times Prayers's History









P/S : If you want to read in other  languange,translate it by clicking 'TRANSLATE' button on your left-hand side

Solat Zuhur - Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir pada saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda berkenaan.
Nabi SAW bersabda,maksudnya : "Waktu Zuhur apabila tergelincir matahari ke sebelah barat selama belum datang waktu Asar." (Riwayat Muslim)



Solat Asar - Waktunya dimulai selepas waktu Zuhur habis iaitu ketika bayangan sesuatu objek sama panjang dan berakhir selepas terbenamnya matahari.
Nabi SAW bersabda,maksudnya: " Waktu Asar sebelum terbenamnya matahari." (Riwayat Muslim)
Manusia pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus AS tatkala baginda dikeluarkan Allah daripada perut ikan Nun.Ikan Nun memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,sedang ketika itu masuk waktu Asar.

Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersolat empat rakaat kerana baginda diselamatkan Allah daripada empat kegelapan iaitu :
i) Rakaat pertama : kelam dengan kesalahan
ii) Rakaat kedua : kelam dengan air laut
iii) Rakaat ketiga : kelam dengan malam
iv) Rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun




Solat Maghrib - Waktunya dimulai selepas terbenam matahari dan berakhir apabila mega (syafak atau teja) merah di langit hilang.
Sabda Nabi SAW,maksudnya :" Maghrib waktunya sebelum hilang syafak." (Riwayat Muslim)
Manusia pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa AS iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya sedangkan waktu itu terbenamnya matahari.

Bersyukur Nabi Isa,lalu bersolat tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan itu iaitu pada :
i) Rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
ii) Rakaat kedua : menafikan tuduhan dan tohmahan ke atas ibunya yang dituduh melakukan 
perbuatan sumbang 
ii) Rakaat ketiga : untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata,tiada dua atau tiga.






Solat Isyak - Waktunya dimulai selepas hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar sadik ataupun fajar kedua.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidur itu tidak sia-sia,tetapi sesungguhnya yang sia-sia orang tidak solat hingga masuk pula waktu solat yang lain." (Riwayat Muslim)

Manusia pertama mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa AS.Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluar dari Madyan,sedang di dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.

Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu solatlah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur atas dukacita terhadap :
i)Isterinya
ii)Saudaranya,Nabi Harun
iii)Firaun
iv)Anak Firaun




Waktu Subuh - Waktunya dimulai selepas terbit fajar sadik sampai terbitnya matahari.

Sabda Nabi SAW,maksudnya : "Waktu solat Subuh dari terbit fajar selama belum terbit matahari." (Riwayat Muslim)

Manusia pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam AS iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.Perkara pertama dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar Subuh keluar,Nabi Adam bersolat dua rakaat dengan :
i)Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana terlepas daripada kegelapan malam
ii)Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang menjelma



CREDIT TO : HARIAN METRO Newspaper (Selasa, 9 April 2013)










No comments:

 
copyright by Izah Assrin