Thursday, 19 December 2013

Cara Mendidik Anak Solat



Peringkat 0 bulan - 6 tahun
1. Pendedahan mengenai solat bermula dengan ibubapa.
Selalunya ibubapa yang solat, anak akan solat.
Dari bayi lagi, anak melihat ibubapanya solat, dia akan terikut.

2. Saya paling suka berada dekat dengan anak ketika saya solat.
Memang dia akan mengacau kita tapi ada cara-caranya untuk solat dalam keadaan begitu. Divaz boleh google cari.

3. Belikan telekung atau kupiah untuk anak dari kecil lagi. Dia tak mahu pakai masa solatpun tak apa asal dia nak ikut.

4. Ajak dia solat bersama kita.
Pakaikan dia telekung dan biar dia ikut dengan cara dia.
Tunggang langgang pun tak apa.

5. Selesai solat, kita betulkan cara dia.
Sangat menyeronokkan ketika ini.
Dan tak perlu beria sangat membetulkan, contoh, cara duduknya kerana mereka masih anak kecil dan tulang masih lembut.

6. Jadikan solat satu ibadah yang menyeronokkan.

7. Peluang untuk berinteraksi bersama anak

8. Melatih skill dan motor anak

9. Lebih baiknya solat berjemaah.

10. Ajar mereka bacaan yang mudah.

11. Perlahan-lahan didik secara berterusan.

12. Selalu pastikan mereka solat.
Tak cukup rakaat, tak betul gaya dan bacaan, biarkan.
Jika sentiasa diperbetulkan, insyaALLAH mereka akan dapat cara dan tertib solat yang betul.


Peringkat 7-9 tahun
1. Masuk darjah satu, saya dah mula tegas.
Mereka mesti solat tanpa alasan.

2. Solat Subuh tak menjadi masalah lagi kerana mereka bangun awal untuk ke sekolah, alhamdulillah.

3. Hari cuti, saya kejutkan mereka solat subuh. Tanpa belas kasihan lagi. Maksud saya tanpa belas kasihan bukan saya simbah mereka dengan air atau rotan. Saya kejutkan mereka dengan lemah lembut dan pujuk mereka bangun solat. Tapi kalau tak jalan juga, memang saya cubit tapak kaki mereka. ekeke

4. Mereka mesti solat di awal waktu.
Tak solat, saya paksa mereka qadha.
Kerana tak mahu qadha, mereka terpaksa solat.
Kelazatan bersolat tak ada jika terpaksa qadha
Tak ada umphhh!
Anak-anak saya dapat merasakannya.
Tiada kelazatan, baik mereka solat di awal waktu.
Allah sayang, ibupun sayang 

5. Degil tetap ada walau dah dilatih dari kecil.
Diumpan dengan kata-kata manis dan hadiah.
Malas solat, tinggal solat, buat sambil lewa, depa marahkan saya semula bila saya suruh solat, rotanlah jawabnya! Who's the boss? Berani marahkan boss ya! ekeke

Tapi saya rotan ala kadar , di betis. Libas sekali dua. Cukup. Gertak je lebih. Jangan over sangat pukul anak, sekadar acah-acah je. 

10-12 tahun
1. TIADA KOMPROMI

2. WAJIB SOLAT!

3. Macam-macam tektik saya gunakan.
Tapi banyak cara pujuk dan belai-belai.
Cerita hal yang indah-indah dan baik-baik saja pasal solat.

4. Tunjukkan video balasan orang yang tak solat dan sebagainya.

5. Mereka pun dah pandai membaca.
Pandai cari sumber rujukan dan bahan bacaan pasai solat dan sebagainya. Mereka ceritakan semula kepada saya mengenai balasan solat dan tak solat. Saya pun jadi nasi tambah. ekeke

6. Cikgu dan ustazah pun banyak membantu di sekolah dengan KAFA dan lain-lain. Alhamdulillah999999999x.

7. Saya hantar mereka ke kem solat dan motivasi. Balik je, mereka minta ampun dan maaf dengan saya. Tak mahu jadi anak yang nakal dan malas lagi. Alhamdulillah999999x



Setiap waktu, saya tak pernah lupa mendoakan mereka, semoga mereka menjaga solat, menjadi anak yang beriman dan cemerlang dunia akhirat. Tanpa jemu dan putus asa. 

Bukan mudah nak mendidik anak solat. Ia mengambil masa bertahun-tahun. Tapi saya percaya, biarlah saya susah sekarang, jangan saya susah di akhirat. Betul solat, insyaALLAH akan betul segala urusan dunia mereka. Belajar dan bekerja. 

Dan saya tak pernah lepas tangan sampai sekarang. Pantau wajib! Cuma intonasi suara dan cara lebih lembut kerana mereka sudah menjadi anak dara. Alhamdulillah. Pendidikan tetap berterusan.


Tips dari penulis novel terkenal : Melur Jelita


Tips lain : Cara Mendoakan Anak

Tips lain : Cara Mendidik Anak yang Degil

No comments:

 
copyright by Izah Assrin