Monday, 30 December 2013

Kelebihan Berniat Apabila Pergi Kerja



As salamu'alaikum shbt yg mulia. Allah berikan ganjaran kpd setiap amalan kita berdasarkan kpd niat kita. Menurut guru saya, org yg tak pasang niat bila pergi kerja, akhir bulan akan dpt gaji & akhir thn mungkin dpt bonus. Tapi mrk tak dpt pahala! Justeru, pastikan kita pasang niat2 yg murni bila nak pergi kerja. Sbg perkongsian, antara niat saya bila nak pergi kerja setiap hari:
1. Nak cari rezki yg halal,
2. Nak cari ilmu yg berguna utk di fahami, di hayati, di amalkan, di sampaikan & mendoakan guru2 kita,
3. Nak kongsi ilmu dgn semua yg mahukan ilmu,
4. Nak senyum kpd semua org yg di temui,
5. Nak beri salam kpd semua org yg di temui,
6. Nak buang dosa dgn kerja kuat. Bila penat waktu ptg, maka kepenatan kita akan hapuskan semua dosa kecil (maksud Hadis),
7. Nak Allah sembuhkan penyakit-- bila dosa terampun, maka Allah akan sembuhkan penyakit!
8. Nak cari kawan baru,
9. Nak jumpa kawan lama,
10. Nak rangsang orang lain berubah,
11. Nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Bila kita pasang berberapa niat yg murni, Allah akan berikan pahala atas setiap niat, berikan ilham utk jayakan niat & beri kekuatan & semangat. Moga kita sentiasa pasang niat murni setiap kali nak pergi kerja & Allah rahmati kita semua. Aameen, wassalam.



Sumber : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

No comments:

 
copyright by Izah Assrin