Sunday, 14 December 2014

Miss World 2014

Assalamualaikum and selamat malam. Maafkan saya heee. Aritu kemain lagi Izah cakap after 21/11 kononnya nak kembali menaip kat sini tapi sekali tengok arini 14/12 bru nk start menulis. Haihh! =.=' biasalah kan. Kat rumah banyak novel yg nak dibaca, tv yg nk ditengok setelah sekian lama tak tengok tv hahaha. Kira macam nak balas dendam ah nii buat semua benda yg Izah tak buat waktu sibok belajo kat sana tuuu...

Kenal tak siapa si ayu dari bumi kenyalang tu?? Heheh yeah Dewi Liana Seriestha. Wakil Malaysia untuk Miss World 2014. Apa-apapun Izah harap sangat dia boleh menang. Manis perwatakan gadis Bidayuh ni. Comey gituu hihik. Izah tengah tengok live dia ah ni kat sana. Dari pukul 1030 mlm tdi start.. Ni kalau nk tengok masih sempat lgi nii. Izah sertakan link dia kat bawah ni ye :D


Harap-harap dia boleh banggakan Malaysia!Amin! Wehooooo :))


Sunday, 26 October 2014

Jom meriahkan Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Click gambar untuk baca lebih jelas

Assalamualaikum! Selamat petang & salam sayang dari Izah. Sejujurnya Izah katakan blog ni dah lama terbiar tak diusik. Hanya sesekali saja buka sebab nak approve few comments yang ditinggalkan mereka yang sudi lawat blog ini and also nak baca chats yang ditinggalkan para pelawat walaupun ada sesetengahnya nampak merapu.Hahaha! Tak kisah pun nak penuhkan chatbox tu tapi kene ingat ehh. Tatabahasa sila jaga. Jangan merapu bahasa yang tidak sopan.Tu Izah tak suka :)

Mengenai poster di atas tu pulak adalah karnival Lan Berambeh Anak Sarawak yang bakal diadakan 31 Oktober hingga 2 November di Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Semua warga Malaysia silalah datang ke sana. Masuk adalah percuma tu. Bila korang semua baca tentatif dia kat atas tu banyak aktiviti menarik serta barangan dari Sarawak akan dijual di sana. Jangan risau karnival ni bukan jemput anak Sarawak je, semuanya dijemput hadir jugak. Bagi sesiapa yang tidak faham kenapa karnival ni guna nama pelik iaitu Lan Berambeh. Hahaha macam nama manusia kan?? Emm Izah kasi explain sikit bahasa Sarawak tu. Lan tu maksudnya Jom dan Berambeh tu maksudnya Singgah. Jadi kalian semua jomlah singgah ke karnival itu!Rugi tauu kalau tak pergi.Kalau Izah ada transport pergi sana,memang tak lepas peluanglahh.

Okeh, tak dapat merepek banyak kat sini. Izah pun cuma nak beritahu je terima kasih bebanyak bagi yang sudi melawat blog ni sehingga mencapai 100 ribu viewers. Last time Izah tengok 60 ribu saja.Heheh semoga apa yang Izah share share bolehlah memberi input baru sikit. Hah! Sebelum Izah lupa, blog ini akan Izah tinggalkan mulai harini hinggalah 21/11 nanti sebab kite pun nak fokus dengan exam sat. Waktu cuti nanti bolehlah Izah merepek panjang-panjang and upload lagi siri novel itu eh kat penulisan2u.my. Terima kasih yang sudi membaca dan berikan komen positif. Izah sayang korang! Hihih..

Bagi yang bertanya pasal akaun insta saya tu.Boleh je kalau sudi follow. Jangan risau. Saya ni bukan sombong :) Saya ni pasti followback sesiapa yang follow kite. Bila dah saling mengfollow tu, tegur-tegurlah kite dalam tu. Izah ni lebih aktif insta dengan wechat kot berbanding pesbuk. ;)

Alright! Sampai di sini sahaja. Ehh akaun insta saya : nurulizahafiqah . Follow ye jangan tak follow.Hahaha! Assalam dan bye!

Tuesday, 26 August 2014

Kisah Saya Di IPG KTI Johor (2)

Selamat pagi semuanya.Sudah lama blog ini ditinggalkan.Rindu juga nak menaip kat blog ni sebab tu harini hati terdetik nak merapu di blog ini lagi.Muaheheh.Seperti yang anda baca pada tajuk di atas,kali ni nak ceritakan sedikit perkembangan terbaru dalam batch saya.Ada 4 siswa guru yang baru masuk dalam kelas kami.Seorang Indian tiga lagi Melayu.Keempat-empatnya orang Semenanjung.Seperti yang saya ceritakan sebelum ni,kelas saya hanya ada 4 orang Indian yang dari Semenanjung,selebihnya pulak dari Borneo.Jadi dengan bertambahnya 4 orang itu,sekurang-kurangnya dapat meramaikan suasana  satu Malaysia dalam kelas.Taklah semuanya orang Borneo saja kan.

Saya juga looking forward ni dengan cuti pertengahan semester tak lama lagi.Yeahhh balik Sarawak again!Rindu dengan semuanya,families lah,kucings lah udara sarawak lah.Over kan saya ni.Hahahah inilah yang saya rasa dalam hati.Suasana di Johor ni lebih kurang saja dengan di Sarawak tapi perasaan rindu akan tanah air sendiri tu memang adalah.Alhamdulillah sudah hampir 2 bulan saya kat sini.25/8 ni sudah masuk 2 bulan saya berada di ipg ni and berada di Johor!Sungguh tak sangka takdir Allah menempatkan saya kat sini.Dulu tak pernah expect pun nak belajar jauh dari Sarawak.Last-last Allah campakkan saya kat sini.Saya redha dan saya percaya,mesti ada sebab kenapa Allah letakkan saya kat sini.Mungkin sekarang belum nampak,tapi insya Allah,satu hari nanti,saya akan nampak.

Hujung minggu ni saya banyak outing dengan akak-akak senior.Terima kasih kepada akak tu sebab memahami kami yang shock plus tertekan dengan assignment yang diberi.Outing bersama mereka dapat membuka minda saya untuk lebih berfikiran positif serta yakin Allah ada di sisi,sentiasa memeluk kita sekiranya kita tertekan.Hanya dengan menyebut nama-Nya mampu memberi kita ketenangan.Insya Allah,Dia akan permudahkan segalanya.Hanya perlu yakin yakin dan yakin akan diri sendiri.Just do the best untuk segala kerja.

Di dunia ni nak jadi hamba assignment atau hamba Allah??Akak-akak semua banyak menyedarkan kami supaya jangan terus terleka dengan duniawi sahaja.Memang,memang assignment sangat penting untuk teruskan hidup kita tapi jika di sebalik itu kita mengabaikan suruhan Allah seperti lambat solat kerana assignment,itu maksudnya kita lebih pentingkan duniawi.Berhentilah sekejap dan sujud kepadanya.Insya Allah hati akan merasa tenang dan lebih bersemangat teruskan assignment.Muhasabah diri, itu yang banyak akak-akak senior remind kami.Banyakkan berfikir.Allah suka hamba-Nya yang banyak berfikir akan kejadian-Nya.Insya Allah kak,terima kasih atas segala nasihat.Marilah kita semua sama-sama muhasabah diri kita.Saling mengingati antara satu sama lain.

Mari kita sama-sama tengok gambar outing saya.Yang gambar malam hari tu kan,kami masuk ke UTM Skudai untuk solat Isyak di sana dan bergambar di balai cerap UTM.Gambar masjid tidak sempat diambil kerana rushing nak solat Isyak.Yang penting,masjid itu memang cantik!Pada keesokkan harinya pula kami ke Pantai Tanjung Balau Johor.Dua-dua outing ini dihandle oleh akak senior yang berlainan ye. :)

Kegelapan Tidak Menghalang Kami Untuk Berselfie\





Negara Islam kami




Yang di atas ini pulak,adalah gambar-gambar saya bersama sahabat-sahabat baharu.



Meskipun sudah bertemu sahabat baru,tetapi sahabat lama tetap di hati.Terima kasih kalian kerana sudi datang ke rumah untuk beraya.We're forever friends!



Itu sahaja untuk entri kali ini.Ada masa saya akan update blog ini,kalau takde,terpaksa diabaikan untuk sementara waktu.Btw, selamat menyambut hari kemerdekaan tak lama lagi. Bagi sesiapa yang ikut serta di dataran Johor Bahru nanti, bolehlah kita berjumpa.Saya pun turut serta pada haritu.Heheh!Assalamualaikum.


p/s : sudilah follow insta baharu saya : n.izah.a
        terima kasih!

Wednesday, 16 July 2014

Kisah Saya Di IPG KTI Johor (1)

Assalamualaikum semuanya.Baru hari ini hati terdetik ingin 'membuang sawang-sawang' dalam blog saya ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang masih sudi melawat blog saya.Tapi,ada ke??Hahahah tak kisahlah ada ke takde.Tetap saya nak ucapkan TERIMA KASIH.Heheh!

Baiklah!Saya ingin menceritakan serba sedikit kehidupan saya di IPG KTI atau nama lainnya Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bahru.Wahh!Sampai sekarang saya rasa sangat sangat bersyukur tau.Kenapa?Sebab saya adalah orang-orang dalam 3,000 yang terpilih antara ratusan ribu orang yang meminta IPG.Ini pengarah IPG saya yang cakap ye.Beliau dah banyakkkk kali cakap pasal ni.Bukan dia saja.Pensyarah lain juga.Oleh sebab itu,saya merasa bersyukur yang amat dan ini saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus tababhkan hati berpisah dari keluarga di Sarawak.

Batch kami ni,majoriti orang Sabah dan Sarawak.Sekarang ni ada 75 orang batch saya.Yang second intake pun akan masuk tak lama lagi,tapi saya dengar 3 orang saja yang akan masuk dalam opsyen saya.Opsyen saya adalah Pendidikan Pemulihan.Semuanya ada 16 orang dan yang paling seronoknya,semuanya GIRLS!Jadi saya berharap sangat yang second intake ni nanti,girls je lah yang masuk.Bukan sebab 'racist' dengan kaum lelaki ya?Tapi bagi kami ya,K-A-M-I bukannya S-A-Y-A heheh,lebih seronok lagi kalau semua perempuan.Kami bebas untuk melakukan apa-apa dan yang paling penting takde ler nak control ayu sangat.Hahaha!

Itu dia kami.Yang empat orang Indian tu saja yang dari semenanjung.Selebihnya Sabah Sarawak

Jangan risau.Kami semua ok ok saja.Malah rapat pulak tu.Kami mengamalkan gagasan 1 Malaysia!Pewitt!Iya,saya bangga kerana kami adalah SATU.Muka-muka di atas itulah yang akan bersama selama 5 tahun,Insya Allah.Tapi tak semestinya ye,selepas habis belajar di sana kami lupakan diri masing-masing.Sudah tentulah,hubungan persahabatan akan kekal selamanya.

Okeh,kita cerita benda lain pulak.Emm setakat ini assignment tu alhamdulillah pensyarah-pensyarah belum beri.Harap-harap selepas raya ye prof?Dapat juga nak melepas 'rindu dendam' dengan family bila balik raya nanti.Tiket sudah dibeli.24 Jun ni.Tak sabar tauuu.Hihih.

Oh ye,hari tu saya ada ikut forum yang diadakan di UITM Pasir Gudang.Cantik wehh UITM tu.Masih baru pulak tu,atas gunung kiranya.Hahah.Artis yang diundang adalah Encik Taleeb Mizad dan Ustazah Pilihan Fizah.Memang baguslah forum haritu.Banyak ilmu baharu yang saya peroleh tauu.Malam ini pulak,ada imam dari palestin akan mengetuai tarawih.Memang bertuahlah duduk IPG ni,kawan-kawan dari IPG lain kata,diorang takde buat iftar harian macam IPG kami.Alhamdulillah lah,sekurang-kurangnya dapat juga pelajar-pelajar IPG saya ni jimat duit,termasuk sayalah.Hihih


OTW to UITM Pasir Gudang haritu



Ini dia original daripada phone Encik Taleeb.Saya ambil dari insta dia.Tepi tu isteri dia.Dan yang belakang ikut berselfie tu kawan saya yang sama opsyen.Bertuah sungguh berselfie!Hahah!Siap Encik Taleeb tag diorang dalam instagram ><

Bersama Ustazah Fizah pulak,kawan-kawan ada bergambar tapi tak di upload.Jadi saya tak dapatlah nak kongsikan di sini.Buat masa sekarang itu sajalah yang saya kongsikan.Kalau ada cerita seronok lagi,saya akan cerita di blog ini ye?So make sure korang datang melawat selalu!Heheh!Ok,silakan scroll ke bawah jika sudi tengok 'kegedikan' kami berselfie.Hahah




Gambar di atas tu ketika kumpulan saya memenangi tempat pertama dalam drama Batu Belah Batu Bertangkup.Alhamdulillah,mula-mula tu saya tak sangka tau,sebab boleh dikatakan kami tak buat preparation sangat.Jadi,sangat-sangat bersyukur.Hihih!Oh ya,kami haritu harus persembahkan sekali lagi untuk IPG Perlis yang datang melawat.Malu tu memang ada lah.Tapi semua tu memberikan pengalaman baharu kepada saya.Ada sesiapa ingin tahu ke saya yang mana?Ecehh perasan betul saya ni kan?Hahahah.Ok,saya beritahu je lah.Saya yang guna baju kurung hijau tu.Yang tinggi sekali.LOL!Malu wehh antara semua girls di sana,saya yang tinggi.Hihih!

Selfie dengan rakan sekumpulan

Budak paling kiri tu lah kawan cina yang saya ajak berbahasa Mandarin.Takut lupa lah.Rugi tauu.Sebelah saya tu pulak,budak Sabah


Lastly,gambar penutup ialah gambar saya dengan kawan-kawan baru #selfie


Insya Allah,bakal-bakal Guru. 




Ziana,Vivie dan Saya <3

Dua-dua Sabahan & saya Sarawakian :)


Terima kasih sudi singgah dan baca ! 

Friday, 4 July 2014

Program Persedian Ijazah Sarjana Muda PPISMP JUN 2014



Assalamualaikum semuanya!Di pagi yang redup ini,saya bercadang nak buang sawang labah-labah kat blog saya.Bukannya apa,saya ini dah lama tak update blog.Mungkin ada SESETENGAH orang di luar sana nak tahu perkembangan saya ke,LOL!Maaf andai saya ini jenis perasan.Heheh! 'IZAH YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG!' Kenapa eh saya tetiba masukkan lirik adik Tegar?Entry kali ini dikira SPECIAL lahh kerana saya nak beritahu WHERE AM I NOW and WHY I DIDNT UPDATE MY BLOG..Heheh,sila scroll bawah!


Bagi pelawat-pelawat yang pernah baca entry saya sebelum ini,mesti akan jumpa gambar di atas.Yang itu adalah screenshot saya apabila saya ditawarkan program perguruan tersebut.Pada mulanya,sejujurnya aku isi gitu-gitu aja.Tak pernahhh terlintas sedikittttpun di hati saya ingin masuk IPG.Ingat ye,IPG (institut pendidikan guru) dan bukannya MAKTAB lagi.Zaman dah berubah,so nama maktab pun berubah okaii?Kalau baca OPEN HERE di sebelah kanan tu,masing-masing tahu lah kan,saya ni SARAWAKIAN.Jadi tak heran lah kalau first UJIAN UKCG tu saya ditawarkan di Kuching Sarawak sebab dekat jerr dengan rumah saya.Ujian tu bolehlah,majoriti saya paksa diri saya.Bagi korang korang yang nak apply ke,sila sediakan stamina anda. 



Yang ini pulak 'filtration' yang kedua.LOL!Sekarang ni banyak ujian tauuu sebab rakyat Malaysia ni banyak yang nak jadi GURU,oleh sebab itu,diorang tapis tapis tapis tapis tapis sepuas hati diorang.Screenshot di atas tu saya dipanggil untuk hadiri INTERVIEW.Interview yang saya dapat tu,nun jauh di BINTAGOR.Kalau korang tengok map,tahulah berapa KM jarak KUCHING-BINTANGOR tu.Ayah pandu kereta saja,nak dekat 6 hrs cmtu lerr.Mak aihhh,last time saya pergi interview is interview pengawas jerr kat sekolah menengah.So,takde lah formal mana kan.Cikgu tu pun kenal saya,boleh dikatakan saya ni murid kesayangan dia lah.Heheh.Nervous tu jangan cakaplah.Bila tengok blogger blogger lain ceritakan pengalaman diorang,ada yang tanya pasal dasar transformasi negara lah,ada yang pasal falsafah pendidikan lah.Biul sikit otak saya menghafal semua yang diramal.Macam SPM pulak derrr.

LUP DAP LUP DAP,hari yang 'menakutkan' pun tiba.Saya dapat pukul 12.So ,dalam waktu menunggu tu,sempatlah juga nak beramah mesra dengan orang orang di sana.Majoriti dari kawasan pedalaman.Yang dari KUCHING boleh dibilang pulakk.Banyak Chinese jugalah yang saya ajak kawan.LOL banyak yang terlopong mulut bila saya 'hamburkan' bunyi mandarin.Nak kawan dengan diorang ni senang saja.asalkan kita tahu caranya.HAHA,yelah tu Izah. =.='

Bila tiba giliran saya,semua masuk,Kumpulan saya ada 8 orang.Semua kenalkan diri in ENG sebab tuan tuan tu yang minta.OK,sampai giliran saya.Apalagi,saya sebut sahajalah.Laju betul saya sebut!Sampai muka berkerut-kerut memikirkan adakah diorang faham ke tak apa yang saya bebel.Bila saya duduk tu,kawan sebelah berbisik,'wow,bagusnya ENG kau'.I was like,WHAT?? Laju gitu kau cakap bagus.Entah faham or tak tuan tuan tu.Ada juga terdetik rasa menyesal sebab cakap laju sangat.

Then,mulalah interview yang sebenarnya.Ya Allah!Yang ini saya tak sangka langsung.Mereka hanya beri kami video ini.Sedih jugak lah bila tengok.Dahlah ada lagu ayah dan ibu.Buatkan saya teringatkan diorang yang setia menanti.Dari situ,saya berazam.I will do my best!




Bila habis saja,saya terus je angkat tangan.Yang lain malu-malu belaka.Peluang hanya sekali so saya rembat sajalah.Lepas tu dan seterusnya,masing-masing sudah tunjuk belang.Berebut-rebut nak jawab soalan.LOL!Saya tak terkecuali ye heheh.Sampai satu masa,sorang tuan ni tanya,

Tuan 1 : Awak bersekolah di mana?
Saya : SMK PETRA JAYA
T 1: *pause sekejap dia,mungkin tak pernah dengar kut*
S : Kuching,Sarawak
Tuan 2: Jauh betul!Awak minta interview sini ke?

-Waktu itu,rasa nak ketawa pun ada.Dalam hati sempat berbisik, 'Kuching dekat-dekat,kenapa pulak saya nak minta jauh-jauh encik oiii"-

S : Eh,taklah.Diorang yang bagi saya kat sini.
T 2 : Emm,kalau diorang dah hantar gini,peluang awak dapat di luar Sarawak sangat tinggi.Mungkin nanti nanti dia hantar awak belajar ke Sabah.Mahu ke awak?

-Nak testing aku lah tu-

S : Mestilah nak tuan.Saya tak kisah pun. *Ada sedikit tipuan di situ sebenarnya.Heheh,saya ni tak pernah duduk asrama.Sebab tu kalau boleh nak dekat S'wak saja *

-Tuan 1 hanya diam mendengar sahaja.Big boss bah-

T 2 : Sekarang ni memanglah semua kata sanggup je pergi mana-mana.Tunggu nanti kalau awak bersuami,takkan mahu punya duduk di pedalaman.

-I was like,suami??Apahal kahh???Dengan lantang dan confidentnya saya menjawab-

S : Kalau macam tu,ajak sajalah suami saya ke pedalaman.Bukan susah punn.

- Satu bilik ketawa dengar jawapan saya.Tuan 2 yang start dulu baru semua beramai-ramai ketawa.Apa yang lucu pun saya tak tauu lah.Yang Tuan 1 tu pulak,muka serius ajeee.-

Lepas habis tu,Tuan 2 pun angguk kepala saja.Sampailah satu soalan tu,dia tanya,siapa ada bakat terpendam.Kasi angkat saja tangan!

S : I can speak chinese tuan.Saya boleh gunakan kelebihan saya ni untuk tolong budak budak cina yang tak faham BM.

-Nah,dari situ dia buat muka tricky sudahhh.Saya lagi disoalnya-

Tuan : Awak tak rasa ke student tu akan bingung kalau awak sekejap cakap BM sekejap cakap BC?


-Saya dah agak dah.So saya jawab selamba saja dengan explanation yang padat-

Saya : Tak.Sebab bagi saya,budak sekolah rendah yang berbangsa Cina masih belum mengetahui bahasa Melayu.Jadi,sekiranya saya mengajar mereka,saya boleh tolong translate BM itu ke BC supaya mereka mudah faham dan ingat apa yang diajar.

-Hehe!Tuan tu angguk puas hati.Fakta ok apa yang saya cakap di atas tu.Kawan cina saya je cerita dulu guru sekolah rendahnya guru Melayu,dia tak faham sepatah pun.So he said BM dia sampai sekarang tak pernah mencapai A.Kesian kan???





Muahahah!Alhamdulillah,setelah melalui dua tapisan.Izah berjaya!!Tapi tak boleh gembira sangat.Ini baru program dia,belum lagi yang actual degree.Still syukur alhamdulillah kerana saya diberi peluang.Yang tak sangka tu,bila baca sekali lagi,saya dapat di JOHOR???Ehhh??

Seberang Laut China Selatan tuuuu.Mula-mula saya teragak-agak jugak sebab homesick lah,jauh dari family lah,takutlah.Sejujurnya bila saya sampai Johor sehari sebelum pendaftaran.Sedih+frust saya rasa.Setiap malam menangis saja.Tidur malam peluk mak sepuas hati until lah the day saya dah daftar.After selesai semua,naiklah saya ke tingkat 4 yang tinggi itu.Letih weii.

Menangis tu adalah.Berhari-hari.5 hari gitu perasaan sedih menguasai diri.Nak call ayah mak saja.Nak pulang S'wak juga.Bila call tu,ayah beri nasihat.Asyik saja diulang "Kau ni bertuah.Daripada 50,000 yang buat tawaran hanya 3,000 saja yang dipilih.Kau antara 3000 tu,tak rasa bertuah ke?Tahu tak ramai yang menangis tak dapat,tapi kau ni nak sia-siakan begitu saja?5 tahun saja nak,kita akan bersama lagi kemudian,Insya Allah." Sentap + tersedar jugak lah bila ayah cakap macam tu.Hati mula lega sikit.Alhamdulillah,temu banyak kawan juga di sini.Majoriti batch kami ni Sabah Sarawak paling ramai.Alhamdulillah,semangat Borneo tu masih ada.

Syukur sekarang ni,saya dah ok sikit.Cuba untuk tabahkan diri!Takkan nak nangis saja kan?Sampai bila saya nak duduk bawah ketiak ibu kan?Dan alhamdulillah,saya semakin sedar.Amanah keluarga kepada saya supaya membawa pulang sekeping ijazah,insya Allah,mak ayah dan seluruh keluarga yang support,Izah akan tunaikan...






Thursday, 24 April 2014

Ujian Program Perguruan dan Tawaran Kolej Matrikulasi Labuan (KML)


Assalamualaikum dan selamat petang semua walaupun sekarang ni dah malam.Heheh..rasanya dah nak dekat sebulan kut saya tak update blog.LOL!Bila kemalasan melanda memang gitu lah,blog akan terabai.Oh ye,maaf jika lambat tapi tahniah diucapkan untuk semua pelajar pelajar SPM 2013 kerana kita berjaya menempuh hari 'menakutkan' itu.Menakutttkan lah sangat.Saja je nak buat bunyi dramatik.Saya dah dapat result aritu.Hihi.Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang saya dapat,terutamanya untuk kelas sains macam saya,bila dapat result gitu,memanggg alhamdullilahhh.Nanti-nanti eh saya upload slip spm tu,sekarang ni biarlah rahsia bak lirik lagu Dato Siti.Hehe..


Saya upload ni nak sharing sharing berita baik.Alhamdulillah diberikan tawaran seperti dibawah.Mana tahu kan ada blogger blogger yang sama tempat belajar nanti.Bolehlah kenal kenal.Gambar first tu saya screenshot.Ehem ehem..telefon dah canggih kononnya.*hadiah spm dari ayah*.Terima kasih ayah!!Hahah.Sempat jugakk.Saya check tu cun cun waktu birthday saya 11 April lepas.So kira sebagai hadiah birthday tambahan lah.Hahaha.Oh ye,Izah dah 18 tauu.Hehe!



Bila check aritu,seronok and nervous tu ada.Nervous sebab ujian tu je.Takut takde kawan.Dahlah saya ni jenis yang pendiam.Tapi alhamdulillah saya gagahkan kaki *cehh* untuk pergi dan cuba untuk beramah mesra dengan orang-orang situ.Adalah beberapa orang yang saya approached.Maaf ye bukan saya tak ingat nama diorang tapi mungkin nama diorang tak familiar kat telinga sebab tu susah sikit nak ingat.Yang chinese pulak saya dekati dengan conversation dalam bahasa cina,hahaha diorang terkejut beruk pulak.Ok lah sebab senang sikit nak bercakap dengan diorang.

Sehari-hari saya kat maktab tu jalani ujian.Ujian kecergasan tu,LOL biasalah untuk orang malas exercise macam saya ni,sukar sikit.Ada 5 ujian yang merangkumi ujian kecergasan tu,saya lemah sikit dalam satu ujian tu je.But saya takkan cakap ujian apa,biar adik adik next year yang ambik cikgu prepare body korang.Hahaha ingat ye,banyakkan berlari dan buat exercise.Kalau tak,jadi macam akak nanti.Cehh poyo lah gelar akak akak ni.Hahaha Awak semua yang baca ni doakan saya dapat sambung kat maktab ye?Saya memang dari kecil nak jadi cikgu.Hehe.






Yang matrik ini pulak,baru je check arini.Alhamdulillah ada rezeki untuk ke Labuan.Hehe.Banyak jugak lah kekawan yang dapat Labuan.Mungkin saya akan masuk ke matrik ini,Insya Allah.Saya tengah tunggu result temuduga maktab tu.Harap-haraplah dapat and lulus temuduga tu.Amin.Saya risau satu hal je,jika lah,jika je,saya tak mengharapkan ia berlaku.Jika saya tak lulus temuduga guru tu,tapi dah ketinggalan tarikh daftar kat matrik terpaksalah masuk form 6.Sebab apa?Sebab kalau tak salah saya,check tarikh interview tu 5/5 and keluar result dapat masuk maktab or tak pada 25/5 sedangkan tarikh daftar matrik 19/5.Dahlah saya tinggal di Sarawak,kalau pergi Labuan then jika saya dapat guru tu,tak ke membazir duit tiket.Saya tak nak susahkan parents saya.Huhu.Kakak kakak senior yang ada pengalaman bagilah advice ye?Saya perlukan sangat-sangat ni.

Bagi sesiapa yang nak check matrik,click sini.Yang nak check form 6 pulak,click sini.Bagi yang upu tu,ada beberapa universiti yang dah boleh check,click sini. Share share lah korang dapat mana ye.Hihih


p/s : doakan saya dapat tawaran interview guru,lulus interview dan dapat jadi cikgu eh?Amin.Terima kasihh!!

Saturday, 15 March 2014

Hadiah Giveaway Terbaikkk



Alhamdulillah,Izah dapat rezeki yang tak terduga ni.Baru sekarang nak cerita sebab bulan lepas jarang buka blog.Terima kasih kepada Queen Typo sebab uar-uarkan pasal giveaway yang dia join.Jadi Izah pun tergerak nak join juga memandangkan hadiah dia boleh dikatakan lumayan.


Nak tahu hadiah apa yang Izah menang?Jeng..Jeng..Jeng...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TADAA!



Yahoooo!Yes...Powerbank 5000mAh!Syukur syukur.Terima kasih banyak-banyak Jazz Powerbank. Jasamu takkan Izah lupakan.Haha.Bagi sesiapa yang nak join,mari lah,setiap minggu ada pemenang tauuu.


Sekian,terima kasih dan semoga berjaya.


p/s : Doakan untuk SPM Izah serta batch 1996 ye?Doakan juga MH370.Terima kasihhh!

Cerita SPM 2013




Assalamualaikum..tak sangka masa berlalu dengan cepat.Rasa macam baru semalam Izah habiskan test SPM.Tak sangka pulak hari Khamis minggu depan (20/3/2014) keputusan akan diumumkan.Sejujurnya Izah katakan,nervous/takut/risau sentiasa bermain di fikiran.Nak bergembira pun susah.Bila ketawa sikit,terus mati.Maksud mati di sini ialah ketawa eh,bukan Izah.Hihi...Emm...hambar je suasana Izah kat sini.

Apa-apapun,Izah mesti berfikiran positif kan?Izah dah try yangggggg terbaik,jadi tadahkan tangan dan meminta pada Yang Esa.Bukan Izah saja,kawan-kawan yang sama batch dengan Izah tu,Izah doakan yang terbaik untuk awak semua.Harap-harap kita semua dapat banggakan ibu bapa kita ya.Amin!



Selain doakan tentang SPM kita,jangan lupa juga doa untuk MH370.Sama-samalah kita berdoa untuk mereka.Diharap ketika kita mencapai kejayaan nanti,pihak-pihak yang mencari MH370 juga mencapai kejayaan mereka.Moga-moga mereka semua berada dalam keadaan yang selamat dan cepat ditemui.Amin!





Oh ya,lupa juga nak cakap.Sekarang ni kalau nak check SPM,ada cara terbaharu.Bukan hanya SMS je,kita pun boleh check kat http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ selepas 10 a.m.Jangan pura-pura tak ingat laman tu eh mentang-mentang dah 3 bulan tinggalkan sekolah.Hehe.Kalau yang tengah otw pergi sekolah selepas pukul 10 a.m. tu,awak semua boleh guna cara ni pulak.


Tapi lebih 'afdal',datang sekolah ambillah.Izah faham mesti ramai yang takut dan malas nak pergi ambil kan,Izah pun sama.Walaubagaimanapun,kita tawakal lah.

"Senang je cakap Izah ni kan,tapi diri sendiri entah macam mana." Hahaha.Ya,ya,Izah akui diri sendiri pun takut dan risau.Sebab tu nak cuba motivate orang lain supaya diri Izah ni tambah semangat.Hehe.


Apa-apapun,fighting!Goodluck ya semua!

Friday, 7 March 2014

Punca-Punca Wanita Membenci Lelaki




As salamu'alaikum. Terlalu ramai yg tanya ttg punca wanita membenci lelaki. Antara sifat lelaki yg di benci wanita: 

1.Ingkar perintah Allah,

2.Cakap kasar kpd wanita, 

3.terlalu mengongkong,

4.cemburu buta, 

5.Baran, 

6.ego, 

7. kaki rokok, 

8.pembohong, 

9.curang, 

10.miang & suka tengok wanita lain, 

11.terlalu perasan, 

12. pentingkan diri, 

13.tak peka perasaan pasangan, 

14.workaholic hingga abaikan rtangga, 

15.pengotor, 

16. gelojoh, 

17.terlalu lebihkan kwn drp pasangan, 

18.tak tahu hargai pasangan, 

19.enggan mengaku salah atau minta maaf, 

20.kedekut, 

21.pemalas, 

22.lucah/suka porno, 

23.mudah patah semangat, 

24.terlalu bergantung, 

25. tak mampu buat keputusan, 

26.ungkit kebaikannya, 

27.minta wanita belanja dia, 

28.tak romantik. 

Mmg byk lagi sifat yg di benci wanita. Cukuplah setakat ni. Cuba atasi sifat -ve ni utk dpt menambat hati pasangan. Moga Allah permudahkan usha kita. Aamiin.


Sumber Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Wednesday, 5 March 2014

Cara Membuka Pintu Rezeki dan Terhindar Dari Hutang



As salamu'alaikum shbt tersyg. Moga sentiasa di rahmati Allah SWT. Di antara cara utk membuka pintu2 rezki & terhindar drp hutang: 

1.Patuh suruhan Allah dan banyak berdoa.

2.Bermunajat di malam hari.

3.Buat baik kepada ibu bapa dan doakan mereka.

4.Baca al-Quran setiap hari.

5.Solat taubat dan istighfar.

6.Solat Isyra’ dan Dhuha setiap hari.

7.Tawakkal kepada Allah.

8.Banyak bersedekah dengan ikhlas.

9.Keluarkan zakat dengan sempurna


10.Bantu anak yatim/orang miskin/usaha fisabilillah/ orang melanjutkan pelajaran.


11. Beri binatang/ burung makan.


12.Sentiasa bersangka baik, memaafkan orang lain dan senyum selalu (bentuk muka rezeki).


13. Menunaikan haji/umrah.


14.Menjalin silaturrahim.


15.Berumah tangga.


16.Sokongan & redha drp pasangan/ keluarga.


17. Sentiasa mendoakan orang lain utk sama2 murah rezki.


18. Membaca Asma’ ul- Husna.


19.Berhijrah di jalan Allah.


20. Berterusan cari ilmu.


21. Amalkan doa murah rezeki --
spt ayat seribu dinar, Surah al Waqi’ah Surah al Kauthar, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa pelindung sifat negatif, dsbnya. 

Mari kita sama2 berusha agar terbuka semua pintu rezki & mendapat redha Allah SWT. Aameen, wassalam.


Sumber dari Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Monday, 3 March 2014

Doa yang Di Aminkan Malaikat




As salamu'alaikum. Di antara doa yg di aminkan Malaikat, justeru makbul: 

1.Org tidur dlm keadaan bersuci (wudu'), 

2.Org yg duduk tunggu waktu solat, 

3.Org yg di saf depan solat berjamaah, 

4.Org yg penuhkan saf yg kosong, 

5.Org yg sebut "AMIN" selepas imam baca fatehah serentak dgn Malaikat, 

6.Org yg duduk atas sejadah selepas solat, 

7.Org yg solat 'asar & subuh berjemaah, 

8. Org yg doakan saudaranya dlm senyap, 

9. Org yg infakkan hartanya, 

10.Org yg bangun mkn sahur, 

11.Org yg ziarah org sakit, 

12.Org yg sdg berpuasa, 

13.Org yg doa semasa sujud, 

14.Org yg di zalimi, 

15. Pemimpin yg adil, 

16. Doa semasa hujan atau bencana alam, 

17. Doa masa tahajjud. 

Moga kita berterusan berdoa. Wassalam.

Sumber : Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Sunday, 23 February 2014

First Giveaway by Mrs Bella



Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Alhamdullilah akhirnya terlaksana juga giveaway pertama saya iaitu First Giveaway by Mrs Bella. Sebenarnya dah lama nak buat giveaway ni but takde time nak buat maklumlah busy belajar.Hadiahnya simple je syaratnya pun tak banyak. Pemilihan pemenang berdasarkan Random and jangan lupa meriahkan First Giveaway by Mrs Bella

Tag 2 org rakan : AinRuslee , Diary of Marionnette


Link profile facebook : https://www.facebook.com/eyzah.11

Tips Untuk Lebih Menawan




As salamu'alaikum. Ramai yg bertanya tips utk lebih MENAWAN

1.Syukur dgn apa yg Allah kurniakan,

2.Cuci hati agar wajah menawan, 

3.Baca doa ketika lihat cermin,

4.Jaga solat & byk zikir, 

5.selawat setiap kali cuci muka, 

6.kekalkan wudu', 

7.sayangi diri & elak sabotaj diri dgn buat dosa atau amalan yg -ve, 

8.gaya hidup sihat & exercise, 

9. Jaga kebersihan diri & sentiasa wangi, 

10.byk senyum, 

11. menyenangkan org lain, 

12.pakai warna yg serasi dgn diri, 

13.Jaga harga diri & elak nampak murahan, 

14.Ada prinsip hidup +ve, 

15.Hakis benci dlm diri dgn maafkan org-- syg akan tarik syg, 

16. cari ilmu sbb org pandai nampak bergaya & menawan, 

17.merendah diri, org ego nampak hodoh, 

18. hantar gelombang +ve kpd org lain, 

19. Doa agar org syg, 

20. Tawakkal kpd Allah.



Sumber dari Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Tuesday, 18 February 2014

Tanda-tanda Doa Yang Makbul






As salamu'alaikum shbt tersyg. Orang yg kurang berdoa adalah org yg sombong. Dia seolah olah menyatakan yg dia mampu lakukan sesuatu tanpa bantuan Allah SWT. Makin byk kita berdoa, makin Allah syg kpd kita. Di antara tanda DOA YG MAKBUL: 



1. Terasa menggeletar bila menyebut nama Allah krn merasa byk dosa kpd Allah,

2.Menangis semasa berdoa,

3. Benar2 khusyu' semasa berdoa & terasa amat hampir dgn Allah,

4. Yakin yg Allah akan kabulkan doa yg di pohon. Moga kita tak putus2 berdoa utk diri kita & org lain & moga Allah perkenankan segala doa kita. Aamiin, wassalam.


Sumber : Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Sunday, 9 February 2014

Mini February Giveaway


[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st Top Referral:
1x Natural Bamboo Slimming Suit bernilai RM55

2nd Top Referral:
1x 4 Strand Mixed Bracelet bernilai RM38

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Hairclip
2x Fridge Magnet
2x Button Badge
4x Keychain
4x Bookmark

Style Shades
Brooch Riben
Belt
Mini Pouch
Necklace (with box)

Obuse Liptint
Majalah JOM!
Album Gambar 4R
Handsock berenda
EXO XOXO Sehun Replica Photocard

Saturday, 8 February 2014

Giveaway : Blogger Gempak 2014



Assalamualaikum w.b.t


Click banner di bawah utuk menyertai segmen 

tamat pada 15 /03/2014

Wednesday, 5 February 2014

GA Sempena Anniversary JS Shoppe



Kawan semua,jomlah meriahkan giveaway ni.Click banner untuk join ye?Ini review saya.Sudilah baca.

Review JS Shoppe

Salam semua.Entry kali ni special untuk review GA yang saya join.Nak tahu kedai mana yang saya maksudkan?Click sini.

Nahhh..itu dia kedainya.Kedai online ye.Sekarang ni zaman moden,dengan hujung jari je kita boleh klik klik dan dapat beli baju yang kita suka.Bagi sesiapa yang berminat dengan baju ataupun barangan yang dijual mereka.PM sahajalah.Eceh eceh..lagak saya ni macam salah sorang pemilik JS Shoppe kan?Hahahah!

Kat bawah sini saya sertakan beberapa barangan yang mereka jual.Bukan hanya baju sahaja,tapi benda lain pun mereka jual.Mesti rasa ingin tahu korang membuak-buak kan?Apa kebenda 'benda' yang mereka jual.Hehe..nak tahu scroll lah.














Gambar yang last tu menarik kan?Saya pun tertarik tengok spray.Nak beli?Click sini lerrrr.Sekian..

Giveaway Gadis Floral by Cik Akie



Click banner untuk join ye?

Tuesday, 4 February 2014

Mari Berkongsi Giveaway




Assalamualaikum semua.Memandangkan saya tengah bosan ni,saya nak berkongsi giveaway.Heheh..Eh eh jangan salah faham eh?Bukan saya yang anjur giveaway,saya nak sharing sharing je beberapa giveaway yang saya dah join.Emm..Insya Allah jika ada rezeki nanti,mungkin saya nak buat giveaway jugak.Bila tu?Allahualam...


Pendek je kata-kata saya kat entri kali ni.Kalau panjang-panjang,mesti korang nanti baca sekerat je kan?Hahaha!Kalau korang nak check apa je giveaway yang saya dah join,boleh click banner giveaway yang bergerak kat atasss sekali tu.Tu cuma beberapa saja eh?Kalau nak check giveaway lain,tulislah kat SEARCHBOX tu 'giveaway'.Kat sana baru ada bermacam jenis dan warna giveaway yang telah saya join.Ok,sampai di sini sahajaa.Berjumpa lagi di entri lain.Bye Bye!



p/s : Sudilah-sudilah ringankan mouse tu click salah satu gambar dalam 'My Study Fund'.Terima kasih sudi menderma 20 sen kepada saya.
 
copyright by Izah Assrin