Tuesday, 28 January 2014

Cara Burn Fat Badan

Assalamualaikum semua.Maaf ya tajuk entry saya tu rojak.Hahaha!Oh ya,saya sedar blog ni dah lama tak di-update.Yang ber-update cuma pasal giveaway je.Setakat ni cuma ada 2 je giveaway yang saya menang.Selebihnya no luck laaa.Sebab tu lah saya join banyak-banyak giveaway.Tuah chicken nampak di kaki,tuah human siapa yang tahu kan?Maaflah kawan-kawan blogger kalau korang asyik nampak post saya pasal giveaway je.Heheh!

Ok,saya tak tau nak cecita apa benda.Tapi saya akan cerita sikit-sikitlah pasal apa yang saya buat pagi-pagi lepas Subuh.Baru semalam start tu pun sebab kat rumah ni asyik tambah berat badan je.Almaklumlah,aritu minta kerja part time kat kedai takde,no luck lagi,jadi duduk di rumah lah sementara tunggu result SPM sambil usha usha biasiswa luar negara ada yang dah dibuka ke belum.

Heheh,teringin jugak saya nak jejak kaki ke negara luar.Terutamanya New Zealand dan Korea.New Zealand sebab nak tengok keindahan geografi nya dan Korea sebab nak rasa makanan diorang.Bila tengok Running Man pasal makanan tu,ish kecur mulut tau!Macam sedap je!Tapi nak rasa yang halal punya lah,yang haram tu ketepikan.

Maaflah melalut sampai makanan pulak.Hahah.Kat bawah ni saya akan share share video youtube yang saya download untuk workout setiap pagi.Setakat ni belum ada perubahanlah,tapi memang patut pun,baru je start semalam kan?Hehe..Jum korang terjah video kat bawah ni.Mana tahu korang nak workout jugak ke.Workout yang saya buat ni tak susah mana sebab saya buat dance workup.Senang je.Cuma ambik masa 30 minit je include warm up and cool down.Cukuplah tu untuk sehari.Kalau buat hari-hari pun fat kita burn jugak kan.


Simple Warm up

Dance Workout 1

Dance Workout 2

Simple Cool down


Kalau tak nak cepat bosan buat benda sama je setiap hari,korang boleh selang-seli kan dance workout tu.Ada banyak lagi tau.Marilah kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat.Malaysia boleh woo!


p/s : saya download video youtube guna browser Torch.Senang sahaja!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin