Thursday, 2 January 2014

Cinta Awak,Cinta Kita! Bab 6



Ku menanti sang kekasih
Dalam sunyi ku bersuara lirih
Yang berganti hanya buih
Yang sejati tak akan berdalih

Lembaran putih telah terpilih
Dan demi cinta

Ku tepiskan semua keraguan jiwa
Dan ku ganti dengan kepastian
Hatiku ini yang mulai mengerti
Dan berani tuk menyambut janji

Lagu Menyambut Janji nyanyian kumpulan Letto mengejutkan Qistina yang sedang lena diulit mimpi.Tangannya pantas menggapai Samsung S4 yang dibaluti Christian Dior Pure White Sapphire Crystals yang masih rancak berbunyi itu.Geram!Siapa pula yang ganggu tidurnya itu?!Tangannya pantas menekan inbox untuk membaca mesej yang baru diterimanya tadi.

Harris--Beb!Lunch sama-sama jom.Aku belanja!:D

Qistina--Lunch apanya Ris?It’s still 8 a.m. lah.Saya nak sambung tidur dulu,
             pukul 12 nanti awak mesej saya tempat mana kita lunch ok?Bye and morning!:)


Belum sempat mimpi Qistina memunculkan diri,Samsung S4  nya berbunyi lagi.Kali ini lagu Dark Side nyanyian Kelly Clarkson pula yang berkumandang.Qistina menjeling tajam Samsung S4 nya walaupun dia masih dalam keadaan mamai.Dia mengeluh panjang sebelum perlahan-perlahan menghampiri smartphone nya yang ‘bersembunyi’ di belakang jam loceng.Takut dengan jelingan tajam Qistina lah tu.

“Assalamualaikum!” Suara ‘bersemangat’ yang dilontarkan oleh Harris menyebabkan mata Qistina menjadi segar.

“Waalaikumusalam!Tak payah lah nak jerit-jerit macam tu.Awak ingat saya ni dah pekak ke?!” Qistina mendengus geram.Pertama,geram kerana Harris menganggu tidurnya dan kedua,geram kerana dia bercakap macamlah Qistina tu pekak!

“Ala..Bad mood lah pulak bestfriend aku ni.Kau pasal?Period ek?” Harris ketawa.Pipi Qistina berubah warna.Ish..kalau ye pun dia period takkanlah nak heboh dengan mamat ni.Bikin malu je!

“Eh tak.Tak adalah.”

“Yelah tu.Aku dah lama kenal kau lah Qistina.Sejak Form 4 lagi!Kau tu selalunya after subuh takkan tidur tapi hari ni kau tidur sampai matahari dah tegak atas kepala!That’s mean kau period lah!” Harris ketawa lagi.Kuat.Qistina hanya mendiamkan diri.Sungguh dia malu amat-amat!

Whatever lah!Apasal pulak awak kata matahari tegak atas kepala?Ni baru pukul 8 lah.Juling ke mata awak tu?” Qistina mengenakan Harris kembali.Dia ingin ‘membalas dendam’ kerana Harris telah memalukan dirinya tadi!Walaupun perbualan itu cuma mereka berdua sahaja yang dengar.

“Cik Qistina,aku rasa Cik Qistina tu yang juling.Cuba Cik Qistina tengok jam betul-betul.Pukul 8 ke pukul 12?” ujar Harris dengan ketawanya yang makin kuat.Gembira mungkin dapat mengenakan Qistina sekali lagi.Qistina tahu jika Harris memanggilnya dengan nama panggilan ‘Cik’,mesti ada kesilapan yang telah dilakukannya.Dan ya!Memang ada kesilapan yang dilakukannya!Jam locengnya dah mati!Alamak!Nak kenakan Harris,dia pula yang terkena!Ish asam betul lah!

“Hehe..Jam loceng saya dah matilah awak.Sebab tu saya ingat masih pukul 8 je.” Qistina akhirnya mengaku kalah.Kalau dia nak kenakan Harris lagi,takut dia pula yang terkena.

“Hah!Tahu pun.Susah sangat ke nak mengaku?” ujar Harris dalam ketawanya yang masih bersisa.

“Emm..ye.My fault!Nak lunch kat mana ni?”

“Tempat biasa kita lah.Dalam shopping mall ayah kau.”

“Ye lah tempat biasa.Tapi kedai makan mana?Kan kat sana banyak kedai makan.”

“Kita pergi Elite Restaurant milik syarikat ayah kau je lah.At least aku tolong business ayah kawan aku.” ujar Harris sambil tersengih.Sengihannya itu pantas dimatikan kerana beberapa orang yang lalu lalang memandang dirinya dengan pandangan yang pelik.

“Cewah!Selama ni saya ajak pergi makan sana tak nak.Ni tetiba nak makan sana pulak kenapa?Ada perkara happening yang berlaku dalam hidup awak ke?” soal Qistina dengan penuh tanda tanya kerana setahu dia mamat yang sorang ni takkan pergi ke tempat mahal kalau takde perkara penting yang berlaku dalam hidupnya.

“Cepat bersiap.Aku and geng tunggu kau kat bangku luar bangunan Lé Elite yang dekat dengan air pancut tu ok?And by the way,bukan perkara happening yang berlaku dalam hidup aku,tapi hidup kau!Bye!” Qistina terpinga-pinga mendengar ayat Harris yang terakhir.Qistina mengeluh panjang sebelum masuk ke dalam bilik airnya.

Setelah mengeringkan rambut ikal mayangnya dengan menggunakan hair dryer,Qistina menyapukan ubat rambut L’Oreal Paris pada rambutnya.Dia tak nak kalau rambutnya kusut masai dek kerana dia membuka bumbung kereta nanti.Tangannya membuka penutup Maybelline Dream Fresh BB sebelum disapunya ke seluruh wajah.Matanya yang bulat bersinar indah itu digarisi dengan Maybelline Eye-Studio Master Duo 2-In-1 Glossy Liquid Liner.Seluruh badannya disapu dengan Gucci Guilty Oriental Floral Body Lotion.Chanel Eau De Toilette Spray disembur pada leher dan baju jenama Marc Jacobs nya.Bibir yang merah semulajadi itu tidak dicalit apa-apa olehnya.

Kakinya melangkah menuju ke pintu yang terletak berhampiran meja solek.Pintu dibuka.Suis lampu diketik.Bilik yang gelap menjadi terang benderang.Di rak sebelah kiri menempatkan bermacam jenama beg tangan,rak tengah menempatkan berbagai warna kasut dan rak di sebelah kanan pula menempatkan beraneka bentuk barang kemas dan jam tangan.Segalanya bersusun kemas.Dia menghampiri rak kasut.Matanya memerhati setiap kasut sebelum memilih Christian Louboutin Daffodile Suede berwarna merah jambu.Beg tangan DKNY Ostrich Leather Crossbody With Adjustable Chain yang senada dengan warna baju dan kasutnya turut digapai.

Jam tangan Rolex Datejust Oyster With White Gold and Diamonds dipakai ke tangan kirinya sebelum melangkah keluar dari bilik yang dibina khas untuk barang peribadinya itu.Dia terus menghampiri almari kecil yang terletak di tepi katil.Kamera Samsung WB850F dan Ipad Mini Apple dibawa keluar dari laci almari yang kedua dan dimasukkan terus ke dalam beg tangannya.Samsung S4 nya yang berbaring di atas katil empuk itu diambil dan dimasukkan ke dalam beg tangannya.In case kalau ada benda happening yang akan terjadi pada dia seperti yang dicakap oleh Harris,dapat juga dia merakamkannya dengan menggunakan ketiga-tiga gadget nya itu.Opss!!Keempat-empat gadget nya actually.Dengan HTC Butterfly nya sekali!

“Mana pulak pergi orang dalam rumah ni?Sunyi betullah.” getus hati Qistina yang sedang menuruni tangga.Dia meliarkan matanya ke sekeliling sambil mengambil kunci keretanya yang tergantung pada dinding.Setelah puas meninjau,dia mengambil keputusan untuk terus pergi.Kalau lambat sampai habislah dia kena sembur Harris nanti!

Kereta Porsche 911 Carrera 4S Cabriolet yang berwarna putih dihidupkan untuk dipanaskan enjinnya.Kereta itu dihadiahkan oleh ayah Qistina pada tahun lepas sempena birthday present nya.Tangannya menekan butang yang berada di tepi bangku keretanya.Bumbung kereta terbuka.Marc Jacobs Oversized Sunglasses disarungkan pada matanya sambil dia membaca Bismillah sebelum memulakan perjalanannya pada pagi itu.Tangannya mengambil Ipod nano Apple yang berwarna turquoise blue di tempat duduk penumpang di sebelahnya lalu disumbatkan earphone ke dalam telinganya.Kepalanya bergoyang-goyang mengikut rentak lagu Good time nyanyian Carly Rae Jepsen feat Owl City.

************

“Masuk.”

“Bos,ada tetamu nak jumpa bos.Dia dah tunggu bos sejak bos meeting tadi.Boleh tak dia masuk?” Annisa memang begitu.Bila di pejabat dia akan memanggil Rayyan ‘bos’ manakala di luar pejabat ‘abang’.

“Siapa tetamu tu?Dia ada buat appointment ke?”

“Urm..Takde lah pulak bos.Tapi dia kata dia kenal bos.Dia kenal bos dari sekolah menengah lagi.” balas Annisa sambil menundukkan kepalanya.Cuak hatinya melihat jelingan tajam sepupunya itu.

“Erm..ok.Panggil dia masuk.”

“Baik bos.” Annisa terus berjalan keluar dari bilik pejabat bos nya itu sebelum memanggil tetamu yang sudah menunggu dari tadi.

“Hi Rayyan!” jerit tetamu itu sambil melangkah masuk.

Fail yang diangkat Rayyan untuk disusun pada rak yang terletak bersebelahan dengan meja kerjanya terlepas dari tangan dek kerana terkejut dengan jeritan itu.Siapa lagi kalau bukan Sharifah Mardhiyah,perempuan yang meminati dia dari sekolah menengah lagi.Tapi dia hanya buat endah tak endah sahaja bila perempuan itu cuba untuk mendekatinya.Apa yang dia tahu hubungan mereka berdua hanya sekadar seorang kawan sahaja,terserahlah apa yang Mardhiyah mahu fikir tentang mereka berdua.

Rayyan mendengus kasar.Dia bertinggung di sebelah failnya yang berbaring di atas karpet dan mengutip kertas-kertas yang bertaburan di tepinya.Malas dia nak layan tetamu yang tidak diundang itu.Mardhiyah turut membongkokkan dirinya untuk membantu Rayyan mengutip kertas setelah panggilannya tadi tidak dilayan.

“Astaghfirullahal’azim!” Rayyan beristighfar kuat dan terus berdiri apabila tidak sengaja melihat benda yang tidak sepatutnya dilihat olehnya ketika ingin mengambil kertas yang berada berhampiran dengan Mardhiyah.

“Kenapa you ni?Terkejut je I tengok?You tak tahu ke I yang datang tadi?” ujar Mardhiyah sambil tersenyum panjang.Rayyan mengeluh panjang sebelum bertinggung lagi untuk mengutip beberapa helai kertas yang masih berada di atas karpet.Mardhiyah turut mahu membongkokkan dirinya sebelum disergah oleh Rayyan yang suaranya seakan-akan menjerit.

“Awak tak perlu tolong saya!Saya boleh ambil sendiri!”

You ingat I pekak ke?!Tak perlulah jerit kat I macam tu.Terkejut I tau!” rungut Mardhiyah tetapi dia tetap membongkokkan dirinya untuk mengutip kertas yang berada di hadapannya.Sekali lagi Rayyan beristighfar.Tiga kali.Kali ini dia tak boleh tahan sabar lagi.Kertas yang dikutip oleh Mardhiyah terus dirampas dan dimasukkan ke dalam fail.Dia kembali duduk di kerusinya dan menghadap komputer Toshiba Regza LX830 nya yang sudahpun menunjukkan skrin hitam.Dia mengerak-gerakkan tetikusnya dan kembali menekan keyboard tanpa menghiraukan Mardhiyah yang mukanya sudah berubah riak.Masam.

You ni kenapa?Apa yang I dah buat kat you sampai you tak nak tengok I?Susah-susah I sambung study kat Malaysia ni sebab nak jumpa you tau.Tapi you langsung tak appreciate I.Sampai hati you!” ujar Mardhiyah dengan mukanya yang masam.

Rayyan berdiri dari kerusi empuknya dan menghampiri Mardhiyah.Tangannya didekatkan pada pipi Mardhiyah seakan-akan ingin mengusapnya.Dekat..dekat...dan semakin dekat.Mardhiyah tersenyum menggoda sambil mengenyitkan matanya kepada Rayyan.Apabila hampir dekat ke pipi Mardhiyah,Rayyan terus menurunkan tangannya dan menunjuk tepat ke dada Mardhiyah.Mardhiyah turut melihat ke arah yang dituding oleh Rayyan.Pipi Mardhiyah sudah berubah rona.Malu!Mati-mati dia ingat Rayyan nak usap pipinya,tapi apa yang difikirnya langsung tidak berlaku!

“Baju awak tu tak cukup kain ke?Kalau tak cukup,saya boleh belikan baju lain.” sindir Rayyan sambil tersenyum sinis.

“Err..err..Ni style sekarang ok.Apa you tahu?You tu bukannya perempuan.” balas Mardhiyah lambat-lambat.

“Sebab saya bukan perempuanlah saya hairan tengok style baju awak tu.Sebab setahu saya style kemban kemban ni untuk orang yang nak pergi mandi je.Awak nak pergi mandi ke?” balas Rayyan sambil ketawa kecil.Sindir.Mardhiyah yang terasa dirinya disindir cukup-cukup oleh Rayyan terus mengubah topik perbualan mereka.

You jom makan nak tak?Dah masuk lunch ni.I belanja.” ujar Mardhiyah sambil tersenyum manis.Tangan Rayyan mengusap-usap dagunya apabila mendengar pelawaan Mardhiyah.Dahinya pula berkerut-kerut seakan-akan memikirkan masalah berat.

“You!Susah sangat ke nak jawab yes or no?!Jangan nak buang masa boleh tak?” jerit Mardhiyah apabila melihat gaya Rayyan seakan-akan mempermainkan soalannya tadi. Rayyan meliarkan matanya dari bawah ke atas tubuh Mardhiyah dengan pandangan sinis.Kemudian dia berjalan menuju ke kerusinya dan mengambil jaket sebelum berpatah balik untuk menuju ke pintu.Mardhiyah terus menghalang jalan Rayyan.Sebelum sempat dia melontarkan soalan,Rayyan terlebih dahulu mengeluarkan suaranya.

“Sorry Mardhiyah.Saya prefer lunch sorang-sorang.Malulah nak lunch dengan orang berkemban.” ujar Rayyan sambil ketawa kuat.Mardhiyah hanya mampu menjeling tajam Rayyan yang telahpun menghilangkan dirinya di sebalik pintu.

“Takpe.Satu hari nanti you akan kenal siapa diri I yang sebenarnya Rayyan!” jerit Mardhiyah kuat.Walaupun dia tahu Rayyan tak mendengar jeritannya itu,tapi hatinya puas setelah meluahkan segala yang terbuku di dalam hati sejak tadi.

************

Qistina mengeluh panjang apabila carpark sudah penuh.Dia berpusing-pusing lagi di sekitar Lé Elite.Dia menjerit kegembiraan apabila ternampak sebuah Proton Saga sudah mengundur dan terus memecut laju meninggalkan carpark kosong dan masih belum diisi kereta lain.Mungkin kereta lain nampak tapi apakan daya mereka,carpark tersebut berada di sebelah jalan masuk manakala mereka pula di sebelah jalan keluar.Takkan nak main redah je.Silap-silap berlanggar dengan kereta lain pulak.Tapi Qistina yang dah tak sanggup nak pusing-pusing cari carpark  lain terus membelokkan keretanya masuk ke carpark kosong tersebut.Keretanya hampir berlanggar dengan kereta seseorang yang dari jalan masuk.Tetapi nasib baik tidak berlanggar. Qistina tersengih sendirian.Manalah dia nampak kereta itu.Kalau ye pun dia nampak, takkan sesenang tu dia nak bagi.Siapa cepat dia dapatlah.Pandai-pandailah nak main rampas-merampas.

 Rayyan keluar dari keretanya dan terus pergi ke bahagian hadapan kereta.Dia mengusap-usap Ferrari California 30 kesayangannya untuk memastikan tidak tercalar dek berselisih dengan kereta Porsche yang entah datang dari mana.Alhamdulillah!Dia mengucap syukur kepada Allah kerana keretanya tidak apa-apa.Tapi hatinya tetap geram.Siapa pulak yang bawa kereta tidak berhemah tu?Kereta je cantik tapi langsung tak tahu adab!Rayyan terus menghampiri perempuan yang baru keluar dari kereta tersebut.

Setelah memastikan keretanya berkunci,Qistina ingin berjalan menuju ke pintu masuk shopping mall tersebut.Tapi langkahnya hanya sampai di belakang kereta sahaja kerana pemilik kereta yang hampir berlanggar dengannya tadi menghadang jalannya.Mata lelaki tersebut tajam memandang tepat ke mata Qistina.Hati Qistina sedikit gementar tetapi sempat juga dia menilik lelaki di hadapannya ini.Hidungnya mancung.Bibirnya merah tanda tak merokok.Kulitnya putih melepak seperti dirinya juga.Cina kut?Tapi mata taklah sepet pulak.Ish!Qistina terus mengeleng-gelengkan kepalanya dan menolak sedikit tubuh lelaki tersebut supaya jalannya tidak terhalang.

Rayyan tersentak.Perlakuan perempuan itu sungguh kurang ajar.Rayyan menarik kuat tangan perempuan itu.Dia tak puas hati!Kurang ajar betul perempuan tu.Perkataan maaf pun langsung tidak diucapnya.

Mata Qistina membulat apabila tangannya ditarik kasar oleh lelaki tersebut.Dia segera mengundurkan diri apabila dirinya hampir terpeluk lelaki itu.Dia memberikan jelingan tajam kepada lelaki itu walaupun hatinya sudah tidah keruan.Habislah!Entah apa lelaki tu nak buat kat dia.Qistina menjeling pula kereta lelaki tersebut.Langsung tiada calar.Jadi kenapa lelaki tu nak tarik-tarik pulak!

“Eh lepaslah!Apa pegang-pegang ni!” Qistina menepis-nepis tangan lelaki yang makin kuat pegangannya itu.

Rayyan tetap memegang kuat tangan perempuan yang menepis-nepis tangannya itu.Dia tidak peduli walaupun beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang mereka dengan pandangan pelik.Pelik mungkin kerana melihat ‘drama’ yang dilakukan mereka ketika matahari kuat memancar.

“Tak salah kalau saya nak pegang awak.Saya nak parking kereta saya kat sini.Awak alihkan kereta awak.Sepatutnya carpark ni saya yang punya,bukan awak punya!Dahlah muncul entah dari mana.Kalau kereta saya tercalar tadi,siaplah awak!” ugut Rayyan sambil jari telunjuknya menunjuk tepat ke mata perempuan itu.Mata bulat yang bersinar indah itu memandang tepat ke mata Rayyan.Rayyan tersentak.Mata itu menyerupai seseorang…
Tapi perasaanya itu terus ditepis kerana dia tidak mahu kalah dengan perempuan tersebut.Mata dia kembali menjeling perempuan itu.Masing-masing diam tidak berkutik sambil mata menjeling antara satu sama lain.Lama.

 “Pin!Pin!” Hon kereta mengejutkan mereka berdua.Rayyan menoleh ke arah Viva yang berada di belakang keretanya.Jari telunjuk pemandu Viva tersebut menghala ke kereta Rayyan.Meminta Rayyan mengalihkan keretanya.

“Hari ni awak selamat.Saya beralah dengan awak kerana awak ni perempuan.Saya tak mahu digelar lelaki lembik kerana menyakiti perempuan.Lain kali jangan harap awak dapat opportunity macam ni.”ujar Rayyan lalu melepaskan pegangan tangannya dan berjalan menuju ke keretanya.Qistina menarik nafas lega kerana dia tidak perlu menatap mata lelaki tersebut dengan lebih lama.Hatinya sudah terasa lain macam apabila dia bertatapan dengan lelaki itu tadi.

Rayyan terus memecut laju Ferrari California 30 turun ke carpark bawah tanah.Sebenarnya dia tidak suka memarkirkan keretanya ke bawah tanah,tapi terpaksa kerana tiada lagi carpark kosong di atas.Dia risau jika kereta kesayangannya hilang ataupun dicalar walaupun CCTV berada di setiap sudut carpark bawah tanah itu.Tapi malas juga dia nak panjangkan kisah dia dengan perempuan itu tadi.Dia tidak kuat nak menatap lama mata yang bersinar indah itu.

************

Guys!!Sorry lambat!” jerit Qistina sambil menghampiri kawan-kawannya yang berbual rancak di bangku yang berdekatan dengan air pancut.Qistina memerhati setiap wajah kawannya itu.Banyak juga kawan dia yang datang ni.Emily,Chiaw Bing, Joyce, Fitreena, Chen Pin,Harris,Rahman dan Clement.Mereka pula sepakat beramai-ramai untuk menjeling Qistina dengan pandangan geram.Qistina hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih dan tersusun kemas itu.

“Ala..Sorry lah.Saya tak sengaja.Tadi susah sangatlah nak cari parking.” ujar Qistina sambil membuat muka seposennya.

You’re lucky Qistina.Nasib baik hari ni hari special.Kalau tak memang kami marah kat you!” ujar Chiaw Bing sambil menjegilkan matanya.Qistina ketawa lalu memeluk sahabatnya itu.Lucu betul dia lihat mata Chiaw Bing yang terjegil itu.Chiaw Bing turut membalas pelukannya.Tadi tu dia cuma bergurau je.Suka nak buat Qistina rasa bersalah.

“Eh I pun nak peluk juga!” jerit Emily sambil memeluk tubuh Qistina dan Chiaw Bing.Fitreena dan Joyce turut berdiri sama dan mereka berpeluk beramai-ramai.Chen Pin pantas mengeluarkan kamera DSLR D5200 jenama Nikon nya dari beg untuk menangkap detik gembira itu.Mereka ketawa beramai-ramai sebelum melepaskan pelukan masing-masing.

“Eh!Kami belum peluk lagilah!Jangan stop berpeluk.Kami nak join.” usik Rahman sambil tersengih.Harris,Clement dan Chen Pin hanya ketawa mendengar usikan Rahman.

Sorry ok!Kami cuma berpeluk sesama jantina je.Korang boys.Kami tak nak.” balas Joyce sambil menjelirkan lidahnya.

“Ala cute nya muka dia ni.” usik Clement sambil mencuit lembut pipi Joyce.Joyce terdiam.Semua mentertawakan gelagat mereka berdua.

Ok cut if off!Kalau macam ni je,sampai bila pun saya tak merasa masakan restaurant tu.Jom lah korang.Saya dah lapar ni.” ujar Fitreena sambil menggosok-gosok perutnya.Kononnya nak tunjuk yang dia tu lapar giler!

“Ok.Jom.Hari ini aku belanja ok?!” jerit Harris pada semua.

Ok!No problem!Lagilah kami suka!” balas Chen Pin sambil ketawa.Mereka semua turut ketawa bersama.

“Emily,hari special apa hari ni?”bisik Qistina sambil mengekori langkah kawannya yang berjalan di hadapannya.Pelik juga dia mendengar kata-kata Chiaw Bing tadi,tapi hanya didiamkan sahaja di dalam hati kerana dia ingat kawan-kawannya itu benar-benar marahkan dia.

“Hari ni special sebab kita makan kat restaurant ayah you tu lah.Selalunya kita makan kat Pizza Hut,KFC,Secret Recipe or Kenny Rogers je kan.” balas Emily tanpa memandang ke arah Qistina.Jari Emily menari-nari di atas skrin Iphone 4 nya.Qistina tahu mesti Emily berbalas mesej dengan boyfriend nya yang bekerja di Singapura.Qistina angguk.Malas nak bertanya lebih.

**********

Rayyan melabuhkan punggungnya pada kerusi empuk Elite Restaurant yang berdekatan dengan tempatnya berdiri tadi.Pelayan yang tadinya tidak kelihatan kini memunculkan diri.Pasti ingin mengambil pesanan Rayyan yang baru sampai itu.

“Encik,maafkan saya.Meja ini sudah di reserved untuk anak empunya shopping mall dan restoran ini.Kalau boleh saya tunjukkan encik meja yang lain.” ujar pelayan tadi sambil tersenyum manis.Risau jika pelanggannya terasa hati kerana menyuruhnya berpindah ke meja lain.

“Ok.”

Pelayan itu berjalan menuju ke meja yang berada bersebelahan dengan meja yang sudah di reserved itu.Dia menarik kerusi supaya pelanggannya itu duduk.

“Terima kasih encik.Silakan pilih menu yang encik nak.Lepas ini,saya kembali lagi.” ujar pelayan itu.Rayyan angguk.Mungkin dia ingin mengambil kertas untuk menulis nama menu yang akan dipesan oleh Rayyan nanti.


Shopping mall mewah.Restaurant pun sama mewah.” puji Rayyan sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

Pertama kali dia masuk ke shopping mall ini,dia merasa kagum akan reka bentuk dan susunan kedainya.Segala-galanya lengkap.Tingkat satu menempatkan tempat untuk menjamu selera.Tingkat dua,tiga dan empat menempatkan kedai-kedai yang menjual baju,barang kemas,kasut,kedai buku,pawagam dan bermacam-macam lagi.Tingkat lima pula dibina khas untuk golongan remaja ataupun ibu bapa yang ingin meluangkan masa bersama anak mereka.Segala macam permainan telah disediakan di tingkat tersebut.

Seluruh bangunan dan isi bangunan seperti restoran,pasaraya,pawagam,kedai roti,butik pakaian,spa serta seluruh permainan di tingkat lima adalah milik syarikat Elite Empire Sdn.Bhd.Asalkan ada nama Elite,itulah milik syarikat mereka.Hotel yang terletak di belakang shopping mall ini pun milik syarikat Elite.Syarikat itu turut membuka cawangan mereka di beberapa negeri lain di Malaysia dan juga New Zealand.Dia mendapat tahu semua ini dari podium yang menunjukkan risalah susunan segala kedai dan sejarah penubuhan syarikat Elite yang sudah wujud dari zaman nenek moyang lagi.Sama sahaja dengan syarikat milik ayahnya yang turut wujud pada zaman tersebut.

No comments:

 
copyright by Izah Assrin