Thursday, 2 January 2014

Cinta Awak,Cinta Kita! Bab 7



“Silakan masuk semua.” 

Harris membuka pintu kaca Elite Restaurant sambil kepalanya ditundukkan sedikit. Qistina dan kawannya yang lain hanya tersenyum sambil menundukkan kepala juga.Bagaikan menyindir Harris yang lagaknya seperti pelayan.Pelayan lelaki yang berdiri di tepi Harris hanya tersengih kerana Harris memudahkan kerjanya.Dengan tubuhnya yang kurus melidi itu,banyak juga tenaga yang diperlukan untuk menolak pintu yang boleh tahan beratnya itu.At least dapat juga dia berehat sebentar kerana dari pagi tadi,pelanggan tidak putus-putus makan di restoran itu.Harris hanya tersengih apabila terasa dirinya diperhatikan orang yang lalu lalang di hadapan restoran tersebut.Dia suka begitu.Biar orang tahu yang dirinya gentleman!

Pelayan perempuan yang berdiri di tepi podium yang berhampiran dengan pintu kaca terus mendapatkan mereka.Pelayan itu tersenyum manis kepada mereka sambil meminta mereka mengekori dia ke meja yang telah di reserved khas sempena hari istimewa mereka.Qistina dan kawannya hanya menggangguk.Tanda mengiyakan.

Setelah mengambil pesanan Rayyan,pelayan itu terus berlalu pergi ke belakang.Mata Rayyan yang turut mengekori langkah pelayan itu terus terbeliak apabila ternampak seseorang yang baru dikenalinya tadi.Haiya!Mood Rayyan untuk makan dengan gembira terus berubah apabila seseorang itu turut makan di restoran yang sama.Bersebelahan dengan mejanya!Duduk pun setentang dengannya juga!

Qistina tersentak.Lelaki yang duduk di meja seberang menjeling dia dengan pandangan yang amat tajam.Sungguh dia tak perasan yang lelaki itu duduk di meja berhampiran dengan mereka.Kalau dia tahu memang dia nak tukar ke meja lain.Tapi apabila melihat  semua kawannya seronok berbual,dia tidak ingin mematahkan perbualan mereka.

Sudahnya dia hanya menundukkan kepala kerana tidak ingin bertentang mata dengan lelaki pelik itu.Memang dia ingin meminta maaf tadi,tapi perbuatan kasar lelaki itu terhadap dirinya membantutkan segalanya.Dia nak lelaki itu meminta maaf kepadanya kerana memegang dia tanpa izin.Qistina pantang sekali jika lelaki bukan muhrim memegangnya.Walaupun dia tidaklah beriman mana dengan rambut yang masih menggerbang-gerbang tapi dia tetap menjaga batas pergaulannya.

 Rayyan turut memalingkan wajahnya ke arah lain sambil berpeluk tubuh.Dia pun tak ingin nak bertentang mata dengan perempuan yang langsung tidak tahu adab itu.

“Kenapa awak ni Qistina?Dari tadi asyik menunduk je?” tegur Fitreena sambil melihat ke arah yang bertentangan dengan Qistina.Dia perasan sejak mereka duduk di meja itu,wajah Qistina asyik ditundukkan.Seolah-olah takut nak bertentang mata dengan lelaki yang duduk bersebelahan dengan meja mereka.Tapi apa yang dia lihat,mamat tu boleh tahan handsome.Actually bukan boleh tahan,tapi memang handsome gile!Takkanlah Qistina yang cantik gile ni tak tertawan dengan mamat tu?

Tak mungkin..tak mungkin.Dia yang melihat mamat tu pun sudah cair.Takkanlah Qistina tak terpaut pulak.Fitreena hanya mengeleng-gelengkan kepalanya kerana dia tahu kawannya yang seorang itu begitu susah untuk menerima pelawaan mana-mana lelaki yang ingin menjadi teman lelakinya.Entah sebab Qistina tu jenis memilih atau dia sudah ada yang punya.Fitreena jarang menanyakan Qistina akan perkembangan dirinya kerana dia sibuk dengan assignment nya yang berlambak-lambak.

“Hah?Saja je saya menunduk.Dari tadi tunggu menu tak sampai-sampai pun.Sampai bila kita nak duduk sini?”

“Sebenarnya Qistina aku dah pesan menu kita dah untuk hari ni.Tunggu mereka hidang je.”

“Bila pulak tu?” soal Qistina yang dahinya sudah berlapis-lapis.

Of course yesterday lah.Kalau tak mana ada kita dapat meja yang special ni.Dengan bunga ros warna biru pulak tu.Meja lain ros warna merah je kan.By the way,I know bunga ros biru ni favourite kau.” balas Harris sambil mengangkat-angkat keningnya.Qistina hanya tersenyum manis tanda mengiyakan kata-kata Harris.

Rayyan terpaku seketika apabila terlihat senyuman itu.Matanya tidak berkerdip manakala mulutnya seakan-akan melopong.Senyuman yang dilihatnya itu sungguh indah dan manis.

“Wei tengok tu!” bisik Emily sambil menunjuk ke arah Rayyan yang masih ralit memerhatikan Qistina.Chiaw Bing,Joyce,Fitreena,Vincent,Clement,Rahman dan Harris serentak menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Emily.Qistina yang senyumannya masih bersisa turut melihat ke tempat yang ditunjuk oleh Emily.Senyumannya terus mati.Dia kembali menundukkan wajahnya seperti tadi.

Rayyan yang terasa dirinya menjadi tontonan mereka terus berpura-pura melihat ke arah lain.Sungguh dia malu!Entah mengapa dirinya seakan-akan terpukau dengan senyuman perempuan tidak tahu adab itu.Dia terus menikmati hidangannya yang baru sahaja sampai.

“Ehem..ehem..Nampaknya ada yang berkenan kat kawan I lah.” ujar Emily sambil mencuit-cuit pipi Qistina.

“Eh apalah awak ni.Terlebih perasan pulak.Dia tu tengok tempat lain ok.” bisik Qistina kuat.Semua tertawa melihat Qistina yang sudah kalut itu.

“Iye ke kawan?Jangan-jangan dia minat kau tak.Ye lah,kau ni kan perfect.Dengan kulit body kau yang putih melepak,mata kau yang bersinar indah dengan bulu mata yang melentik dan lebat,kening kau yang terbentuk cantik,rambut kau yang lebat ikal mayang,tubuh kau yang tinggi dan langsing,pipi kau yang gebu,bibir kau yang merah bak delima,gigi kau yang putih tersusun cantik….” Sebelum sempat Rahman menghabiskan ayatnya,Harris sudah menyampuk.

“Wei bro!Agak-agaklah kalau nak puji dia pun.Takkan semua main sebut je.Kau berkenan dengan dia ke?” ujar Harris dingin.

So what if aku berkenan dengan dia?Dia bukan ada pakwe pun.Kenapa?Dia kau punya ke?” balas Rahman selamba.

Guys!Erm..makanan kita bila sampai.Saya dah lapar ni.”  ujar Qistina sambil menggosok-gosok perutnya.Dia tahu jika tidak dihentikan,pasti akan berlaku perang dingin antara mereka berdua.Harris dan Rahman tu bukannya ngam sangat.Kadang-kadang je dua-dua boleh ngam.Itu pun kejap je.

“A’ah lah wei.Lambat betullah makanan kita ni.” rungut Joyce yang memang kuat makan itu.

“Sabarlah.Lepas ni confirm makanan kita datang.” ujar Clement sambil mengenyitkan matanya pada Joyce.Nak usha dia lah tu.

Muzik indah mula kedengaran.Qistina pantas menoleh ke belakang kerana bunyi muzik itu berbunyi seperti ‘Happy Birthday To You’.Seorang lelaki yang menggesek violinnya menghampiri Qistina dengan senyuman.Di belakangnya pula,seorang pelayan membawa kek.Kek?!Qistina pantas menoleh ke arah kawan-kawannya yang tersenyum manis.Chen Pin pula sudah berdiri di tepinya bersama kamera Nikon nya.Qistina tersentak.Baru dia ingat.Hari ni hari jadi dia!Patutlah mereka beria-ia nak bawa dia makan ke restoran itu.Air mata Qistina sudah bergenang di tubir mata.Dia berasa sangat terharu kerana kawannya itu masih mengingati tarikh lahirnya.Kek tiramisu yang bersaiz sederhana besar sudah berada di atas meja.Gambar mereka bersembilan ketika bercuti di New Zealand tahun lepas terpapang di atas kek tersebut.‘Happy Birthday Qistina Qairina Nabilah!’ pula ditulis dibawah gambar mereka.Dua puluh dua batang lilin sudah dinyalakan dan hanya menunggu untuk Qistina meniupnya.Qistina segera menyeluk tangannya ke dalam beg kerana telefon HTC nya berbunyi minta dijawab.

“Assalamualaikum sayang.Suka tak dengan surprise yang ibu ayah dan kawan-kawan sayang buat tu?” Suara teruja Puan Sri Zahra jelas kedengaran di telinga Qistina.

“Waalaikumusalam ibu.Qairina suka sangat-sangat bu!Terima kasih bu sebab ingat birthday Qairina!Sayang ibu!” Senyuman manis Qistina tidak pernah lekang dari bibirnya itu.Dia berasa sungguh gembira hari ini.

“Sama-sama sayang.Tapi ibu ayah tetap nak minta maaf sebab tak dapat sambut dengan Qairina.Kalau Qairina ada kat New Zealand sekarang,dapatlah kita sambut sama-sama sayang.” ujar Puan Sri Zahra perlahan.Sebak kerana tidak dapat menyambut bersama puteri tercintanya.

“Takpe bu!Qairina dah syukur sangat-sangat sebab ibu masih ingat birthday Qairina.Kawan-kawan Qairina pun ada kat sini temankan Qairina.Jadi ibu jangan sedih ye?” Puan Sri Zahra menarik dalam nafasnya sebelum melepaskannya perlahan-lahan.Dia harus tenang!
“Ye sayang.Qairina jadikan pergi New Zealand lusa ni?Baju dah kemas ke sayang?”
“Dah bu.Semua dah.Cuma tunggu jet ayah tu datang jemput Qairina je.” balas Qairina sambil tersengih.

“Eh kalau sayang nak ibu boleh suruh mereka jemput sayang hari ini.” ujar Puan Sri Zahra bersungguh-sungguh.

“Ala takpe bu.Lusa je.Qairina nak enjoy dengan kawan Qairina ni.Boleh ye bu?”

“Hmm..Yelah sayang.Jaga diri baik-baik tau.Happy birthday.Assalamualaikum.”

“Ye bu.Thanks!Waalaikumusalam.” Qistina terus meniup lilin apabila perbualan dia dengan Puan Sri Zahra sudah berakhir.Kesian pula tengok kawan-kawannya yang sedari tadi masih setia menanti.

“Tak sia-sia lah saya beralah kat dia tadi.Birthday dia rupanya hari ni.Patutlah nak cepat je.” gumam Rayyan yang mulutnya penuh dengan stik ayam.Matanya tidak lepas dari memerhati wajah Qistina yang masih tersenyum manis itu.

“Bila you pergi NZ Qistina?” soal Clement apabila masing-masing sedang enak menikmati makanan mereka.

“Lusa ni.Kenapa you guys nak ikut ke?” soal Qistina kembali.Dia menjamah sikit makanan dia sebelum beralih ke kek tiramisu yang sudah dipotong olehnya tadi.Perutnya terasa kenyang walaupun dia belum bersarapan apa-apa pagi tadi.

If lah kami boleh Qistina oi.Kami ada kelas seminggu-minggu ni.We’re not smart like you!Sem 1 and sem 2 pass terus lompat ke degree.If lah I smart macam you,confirm I dah gradute bulan ni.Sama macam you.Lepas tu kita boleh enjoy sama-sama.” balas Chiaw Bing perlahan.Mereka yang lain hanya menggangguk.Setuju akan kata-kata Chiaw Bing.Mereka berlapan masih ada beberapa tahun lagi untuk habiskan diploma sebelum masuk ke degree sementara Qistina sudahpun mendapat degree pada usia dia yang masih dua puluh satu tahun itu.

“Ala guys.Please lah jangan sedih-sedih macam ni.Awak semua tahu tak bila saya lompat ke degree tu saya terpaksa work hard!Bukan senang tau main lompat-lompat macam tu.Tapi ayah saya yang nak saya lompat terus.Dia kata dia nak saya handle company dia kat Malaysia ni.Lagipun lepas tu,saya sambung belajar sambil bekerja juga.” balas Qistina sambil menundukkan wajahnya.Bukan kehendak dia nak gradute awal dari kawan-kawannya.Tapi ayahnya yang meminta dia berbuat demikian.

Ok guys!Tak payah bincang semua ni.Buat sesak kepala je lah.Bagus kita makan tiramisu ni!” ujar Fitreena sambil meletakkan kek tiramisu ke atas pinggan mereka semua.Masing-masing ketawa melihat gelagat Fitreena yang sedang syok mengagih-agihkan kek kesukaanya.

Rayyan berlalu menuju ke kaunter untuk membayar makanannya.Setelah melunaskan bayaran,dia berjalan-jalan di seluruh shopping mall untuk mencari supermarket.Ada ‘benda’ yang ingin dibelinya.

************

Qistina berjalan masuk ke Elite Mart sambil menjinjing bakul yang diambilnya dari luar pintu masuk supermarket tersebut.Dia meminta diri lebih awal untuk keluar dari restoran kerana dia ingin membeli barang dapur yang telah habis di rumahnya.Qistina tersenyum gembira kerana dia telah menemukan rak yang menempatkan makanan kesukaanya.Keropok Chipster!Tangannya pantas menggapai sepaket keropok tersebut sebelum meletakkannya ke dalam bakul dan berlalu pergi.

“Hmm..Tinggal satu je tadi.Bagus saya ambik je lah.” getus hati Qistina.Dia terus jalan mengundur dan berhenti tepat di hadapan keropok Chipster yang berwarna merah tadi.
Langkah Rayyan terhenti apabila terlihat seorang perempuan sedang memasukkan keropok kesayangannya yang terakhir ke dalam bakul.Matanya dikecilkan untuk melihat gerangan yang mengambil habis keropoknya itu.

“Macam perempuan tak tahu adab tu je?” ujar Rayyan perlahan sambil mengaru-garu belakang lehernya.Kakinya pantas dilangkahkan untuk menahan perempuan tersebut dari berlalu pergi.
Qistina tidak sempat mem‘brek’ kakinya dan tercium dada lelaki yang tiba-tiba sahaja menghadang jalannya.Pipinya berubah rona.Kakinya mengundur ke belakang sedikit sebelum perlahan-perlahan mengangkat kepalanya untuk melihat wajah lelaki yang tinggi sedikit darinya itu.

Masing-masing tersentak.Mata saling bertatapan antara satu sama lain.Lama mereka berkeadaan begitu sebelum tubuh Qistina terdorong ke belakang dek kerana dilanggar oleh budak yang berlari laju di tepinya.Rayyan terus memaut pinggang perempuan itu dan ditariknya tubuh itu ke dadanya.Tubuh mereka berdua begitu dekat seperti sedang berpelukan.Jantung masing-masing mula memainkan bunyi yang tidak teratur.Mereka masih belum melepaskan diri  dek kerana terbuai akan haruman yang dipakai diri masing-masing.Bunyi ketawa kecil kedengaran di belakang Rayyan.Masing-masing tersentak sebelum menolak bahu antara satu sama lain.Mereka pantas mengalihkan tubuh ke tepi untuk memberi peluang kepada keluarga berbangsa India berjalan di lorong tersebut.Senyuman manis terukir di bibir setiap ahli keluarga tersebut.Qistina dan Rayyan hanya tersenyum nipis untuk menghilangkan rasa malu mereka berdua.

“Eh awak nak ke mana tu?” jerit Rayyan pada Qistina yang sudah berjalan melepasinya.Qistina terus melajukan langkahnya untuk mengelakkan diri dari lelaki pelik itu.Kejadian tadi masih bermain-main di fikirannya.Dia berasa amat malu akan apa yang berlaku tadi.Tak pernah dia dipeluk oleh mana-mana lelaki lain kecuali…Hakim.Dada Qistina menjadi sebak apabila nama itu meniti di bibirnya.Air mata mula gugur.Dia terus menuju ke kaunter pembayaran.Hasratnya untuk membeli barang dapur diketepikan sahaja.Dia sudah tidak tahan.Entah mengapa bila ternampak lelaki itu buat kali pertama,nama Hakim yang telah lama dilupakannya kembali lagi bertakta dalam hati.

Rayyan terus mengejar perempuan itu yang sudahpun habis membayar keropoknya.Dia berlari-lari anak masuk ke dalam lif apabila pintu lif hampir tertutup.Fuhh!Nasib baik dia sempat masuk ke dalam lif,kalau tak memang tersepitlah jawapannya.Rayyan memusingkan dirinya ke sebelah kiri untuk bertentangan dengan perempuan itu.

“Apa lagi yang awak nak?”Qistina yang masih menundukkan wajah bersuara perlahan.Dari ekor matanya,dia perasan yang lelaki itu ralit memerhatikannya.

Rayyan tersentak apabila ditanya soalan begitu.Betul jugak!Apa yang dia nak sebenarnya?Kenapa pulak dia ekori perempuan itu tanpa sebab?Rayyan hanya menggelengkan kepala mengenangkan perkara yang dilakukannya itu.

“A..aw..awak menangis ke?” ujar Rayyan perlahan sambil mengaru-garu belakang lehernya apabila menyedari pipi gebu perempuan itu dilinangi air mata.Rasa bersalah menyelubungi diri.

Qistina pantas menyeka air matanya.Dia tidak ingin kelihatan lemah di hadapan lelaki ini.Tidak ingin kelihatan lemah?Ayat itu dia hanya tujukan untuk…Air matanya mula menitis kembali.Rayyan sudah tidak keruan.Entah mengapa apabila melihat air mata itu mengalir,hatinya menjadi hiba.Dia terus berdiri di hadapan perempuan itu.Tangannya diletakkan di bawah dagu dan perlahan-lahan dia menolak kepala perempuan itu supaya bertentang mata dengannya.Tangan kirinya pantas menyeka air mata yang melekat di pipi perempuan itu.

Qistina hanya mendiamkan diri apabila diperlakukan seperti itu.Dia seperti tidak boleh menolak apa yang dilakukan oleh lelaki pelik itu terhadap dirinya.

“Awak jangan nangis ye?Saya takkan minta Chipster tu dari awak.Saya boleh beli kat kedai lain.” Qistina tersentak apabila mendengar ujaran lelaki itu.Lucu tapi perasaan geram lebih menguasai dirinya.Jadi tadi lelaki pelik tu menghadang jalan dia cuma nak Chipster je lah?!Ingatkan nak ungkit pasal car park tadi!Qistina terus menolak tubuh Rayyan dan keluar dari pintu lif yang baru terbuka.Rayyan hanya membiarkan sahaja perlakuan Qistina sebelum turut melangkah keluar dari lif.

Rayyan yang sedang memanaskan enjin keretanya terus menyeluk HTC One X+ nya yang berada di dalam poket seluar.Senyuman terukir di bibir apabila melihat nama yang terpampang di skrin telefonnya.

“Assa..” Belum sempat Rayyan menghabiskan salamnya,kedengaran satu suara menyergah secara tiba-tiba.

“Rayyan Nur Hakim!Kenapa kamu ni tak dengar cakap papa?!” Rayyan terpinga-pinga mendengar soalan papa nya itu.

“Apa yang Hakim dah buat papa?” Kedengaran bunyi Tan Sri Ebrahim mengeluh panjang dari corong telefon.

“Hakim.Kenapa Hakim ni degil sangat?Kan papa dah cakap dulu,layan Mardhiyah elok-elok.Papa dia klien penting syarikat kita nak.Kenapa kamu marahkan dia tadi?” Rayyan mendengus kasar.Jadi itulah sebabnya Tan Sri Ebrahim tiba-tiba mengamuk tadi.
“Mana ada Hakim marahkan dia.Hakim..Hakim cuma tak suka dia kat sini lah papa.Kenapa papa beri dia alamat company papa kat sini?Hakim rimas tau pa!Dari Hakim masuk sekolah menengah sampai sekarang,dia asyik kacau Hakim je.Mana Hakim tahan!Dahlah pakaian macam kurang kain!” luah Rayyan laju.Dia tak sanggup lagi untuk berbasa-basi dengan papanya seperti dulu.

“Astaghfirullahal’azim!Kalau ye pun tak suka dengan si Mardhiyah,tak payah lah hina dia macam tu sayang.Dia pun ada perasaan tau.Hmm..papa malaslah nak masuk campur urusan korang berdua tu.Tapi papa minta tolong jaga dia baik-baik.Mama papa dia pesan suruh Hakim jaga Mardhiyah elok-elok.”

“Hakim jugak ke yang kena jaga dia?Hmm..Hakim mana ada masa pa.Banyak kerja yang Hakim kena buat kat company kita pa.”

“Hmm..siapa lagi yang nak diharapkan mereka Hakim?Cuma Hakim je yang mereka percaya.Jadi papa harap sangat-sangat yang Hakim ni tak hancurkan kepercayaan mereka kat Hakim.Ok nak?” Rayyan mengeluh panjang.Berat sungguh amanah yang diberikan oleh mama papa Mardhiyah.

 “Emm..yelah pa.Nak tak nak Hakim terpaksa juga terima kan?Ok lah papa.Hakim banyak kerja nak dibuat ni.Assalamualaikum.” Rayyan mematikan telefon bimbitnya sebelum sempat Tan Sri Ebrahim membalas salamnya.Keretanya terus meluncur laju keluar dari cark park bawah tanah itu.Dia perlukan masa bersendirian.Entah sampai bila dia boleh bertahan untuk memikul amanah itu.Keluhan panjang sekali lagi dilepaskan.

************

“Mak Bedah!Apa yang Mak Bedah buat ni?!” Qistina terus merampas baju yang sedang dilipat oleh Mak Bedah.

“Mak Bedah nak tolong lipat baju ni lah.Kan lusa dah nak pergi New Zealand.Puteri Qairina baru balik dari mana tadi?” Mak Bedah terus melipat kembali baju yang diambil dari tangan Qairina.

“Ala.Tak perlu susah-susahlah Mak Bedah.Qairina boleh lipat sendiri.Qairina pergi pun seminggu je.Tak banyak baju yang nak Qairina nak bawa.Kat sana baju Qairina pun masih ada lah.Emm..tadi Qairina sambut birthday Qairina,Mak Bedah!” balas Qistina teruja sambil melipat baju yang akan dibawanya nanti.

“Lah!Hari ni hari jadi kamu ye?Kalau Mak Bedah ingat,dapat juga lah Mak Bedah belikan hadiah kat kedai tadi.Maafkan Mak Bedah ye sebab lupa hari jadi Puteri Qairina.Selamat hari jadi sayang.” Mak Bedah terus memeluk tubuh Qistina yang sudah dianggapnya itu sebagai anak sendiri.Di rumah ini cuma mereka bertiga sahaja yang tinggal.Dia,suaminya dan Qairina.Anaknya sendiri,Farhan,tengah menyambungkan pelajaran di New Zealand.Tan Sri Mustapha dan Puan Sri Zahra turut berada di New Zealand kerana menguruskan perniagaan mereka di sana.

“Takpe Mak Bedah.Mak Bedah wish Qairina pun dah lebih dari cukup dah.Qairina tak minta lebih.” ujar Qistina sambil tersenyum manis kepada Mak Bedah.

“Tak..tak..tak boleh.Mak Bedah kena buat sesuatu jugak!Emm..Hah!Malam ni Mak Bedah masak makanan kegemaran Puteri Qairina nak tak?”

“Nak!Nak!Qairina rindu nak makan makanan kegemaran Qairina!” balas Qistina sambil melompat-lompat di atas katilnya.

“Ish budak ni.Jangan lompat-lompat lah sayang.Kamu tu dah besar.Nanti habis patah katil kamu ni.Mak Bedah pun dah terikut-ikut melompat-lompat jugak ni.” ujar Mak Bedah yang badannya terhincut-hincut akibat lompatan Qistina di atas katil.

“Hehe.Sorry Mak Bedah.Seronok sangatlah hari ni.” Segala yang berlaku pada hari ni telah dilupakan oleh Qistina dek kerana Mak Bedah akan memasak makanan kegemarannya.


1 comment:

baby mio said...

best nak lagi.

 
copyright by Izah Assrin