Friday, 31 January 2014

Mimi's First Giveaway


Salam semua.Giveaway kali ni sesuai untuk semua K-Poppers bawah 18 tahun.Nasib baik bulan 4 ni saya baru 18 tahun.Kalau tak,mesti tak boleh join kah?Ekeke!Soalan-soalan di bawah membuatkan saya berfikir panjang sebab saya suka banyak bukan sikit terutamanya Running Man!Alololo..semua ahli Running Man saya cinta but I have to choose only one kan?Haha!So scroll bawah and baca siapa yang saya lebihhh suka dalam Running Man.

1. Kumpulan kpop yang you minat and why?

i) Boy group
- Mestilah ShiNee sebab si hensem Choi MinHo tu.HAHA!Macam 'ulat bulu' je suka dengan lelaki hensem.LOL!Bukan Choi MinHo je ok,saya suka semuaa lagu diorang.Boleh tahan rancak beb.EXO pun saya suka,itulah yang susahnya.Semua saya nak!Hehe tapi saya tetap go for ShiNee!


ii) Girls group
- Dulu saya taklah kenal banyak about girls group ni.Kalau bukan pasal Running Man selalu jemput guest perempuan,mesti saya kureng tahu.So yang saya suka adalah Apink!Wohoo!Apink sebab ada Eunji and saya suka tengok kecantikan dia.Haha.Eunji pun ada keluar dalam drama tercinta saya,That winter,the wind blows.Makinlah tambah cinta!


2. Kumpulan kpop yang you tak minat. Why?

i) Boy group
Alamak..yang ni susahlah.Setakat ni saya masih boleh 'digest' semua boy group.Jadi tak ada pulak kumpulan boy kpop yang saya tak minat.

ii) Girls group
Yang girls pulak,kureng minat adalah Girls Generation.Maaf eh peminat-peminat Girls Generation.Saya kureng minat sebab ada beberapa girl dalam group tu yang saya kureng minat.Saya takkan cakap siapa.Ini rahsia alam.Hehe..Sebab tu saya kureng minat.Amboi berbelit ayat saya ni.Hehe,apa-apapun,jangan anti saya eh peminat Girls Generation semua.Peace no war!


3. Best korean song and drama.
-Oh!Best Korean song for me is Growl by EXO!Auchh,setiap kali dengar lagu ni,badan terasa nak bergerak jugak.Tu yang suka gilerr tu.Hahaha!And the drama yang paling best,tak lain tak bukan,That winter,the wind blows.Dengan pelakon yang saya suka+lagu drama tu yang sedih sedih,buatkan saya jatuh cinta dengan drama tersebut.Sweet you!


4. Member Running Man you like. Why? (For RM calendar. This is serious limited edition.) 
-Omo!Pilihan ini sungguh sulit.Why?Why??!Kan saya dah cerita atas tadi tu,saya suka semua.So sulitlah bagi diriku yang suka akan semua member.Kalau mereka bertujuh tak bersama,lawak diorang mesti kureng menjadi kan?Saya pun suka tengok semangat bekerjasama diorang bertujuh bila nak fight guests lain.So,member RM yang paling saya suka adalah Ha Dong Hoon!Sebab bagi saya dia comelll dan saya suka perangai kartun dia tu walaupun kadang-kadang suka khianat kumpulan sendiri.Hahaha!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin