Sunday, 2 February 2014

Bagaimanakah kisah hidup Izah dulu? 1

Sekarang ni dah masuk bulan Februari kan?Tak sangka cepat betul masa berlalu.Bila memikirkan bulan depan rasa nervous pulak.Mesti hati korang berfikir 'Apa yang dia risaukan?'.LOL!Hati berfikir jugak eh?Ingatkan otak je.Hahaha.Opsss~lawak tak menjadi.Terasa hambar je suasana saya ni.Suasana saya je ye?Bukan orang sekeliling saya.Takut,gelisah + risauuu sentiasa menyelubungi hati ini seperti selimut.Apakah kesudahan result SPM saya nanti?Well nanti-nantikanlah tengah bulan 3 ni.Kadang-kadang saya pernah terfikir jugak,tak mau pergi sekolah ambik result.Biar je result tu tersadai kat bilik PKHEM.Tapi kalau tak ambik mesti hidup dalam 'kegelapan' je kan.Ish..Ish..

'Harap-harap SPM Izah dapat baik.Amin!'


Terima kasihlah korang yang sudi baca ayat dalam kotak quote saya tu.Secara tidak langsung awak semua dah doakan saya.*Terharu* Hehe,tapi ikhlaskan doa tu okayy?Jangan rasa dipaksa pulak bila baca doa tu.Yelah kan,quote box saya tu halimunan,mana tahu bila korang baca,korang rasa saya ni cuba menipu ke.Maaf ye?Kalau tak ikhlas takpe lah,takkan saya nak paksa kan.*Merajuk*


Dah 'tua' pun nak perasan merajuk kan?Hehe..umur barulah nak mencapai 18 thn bulan 4 ni.Ada ke labelkan diri 'tua'.Kang tua betul-betul baru nak kembali zaman muda dolu-dolu.Omo~asyik merapu je kan Izah ni.Mesti korang hairan kan pehal tiba-tiba cerita pasal SPM and bla bla bla.Saya pun tak mau buka topik ni sebenarnya,sebab buatkan hati Izah-Ombak Rindu ni lup dap lup dap.'Haihhh~Siapakah Haris yang bakal menjadi milikku?'*Angan Mode* Sreeetttt...Tapi suatu hari nanti ya? 'Haris' buat masa sekarang belum ada dan takkan diwujudkan lagi oleh Izah.Hahaha!Merapu lagi.Maaf!


Ok mari kita ke cerita sebenar..Maaflah banyak mem-bising di atas.Sengaja nak buat awak semua makin tambah ingin tahu.Tapi betul ke korang rasa ingin tahu?Jangan-jangan bila baca entri pelik ni muka korang just macam ni (─‿‿─) Hahaha!Tapi comellah kan!Hehe..Tadi sebenarnya saya pergi ziarah rumah kawan Cina.Al-maklumlah,dia baru balik dari PLKN.Perasaan di hati membuak-buak nak tengok dia berubah kulit ke tak.Ekeke!Kejamnya Izah ni kan?Takdelah,sebenarnya dari last year kami semua dah start visit dah.Kononnya time tu Form 5,dah besar panjang.Jadi decided lawat satu sama lain.Lagipun kawan-kawan cina saya ni ada jugak visit rumah saya waktu raya,takkanlah saya buat muka ni (◑_◑) bila dia ajak datang rumah.By the way,diorang ni semua kawan-kawan cina saya waktu sekolah rendah.


Yang peliknya dulu kami semua bermusuhan!Seriously!Saya dulu kelas Ungu and beberapa orang kawan saya tu kelas Kuning dan Merah.Biasalah kan?Kita mestilah bangga dengan kelas masing-masing.Sebab tu ada berlaku semangat assabiyah antara kelas.Lucu pulak bila ingat-ingat dulu.Dulu saya kira jahat tau,suka sangat cari gaduh dengan kelas sebelah.Hehe,bukan saya soranglah,saya join kawan sekelas sekali.Kat bawah ni saya sertakan gambar CNY semalam.Satu keping je.Takde ambik gambar banyak-banyak.Yang saya tutup dengan wallpaper bunga-bunga tu korang jangan hairanlah.Faham-fahamkan?Saya tak nak kaum lelaki tak datang blog saya lagi.LOL!


Ni dia kawan-kawan sekelas saya dari Form 1 lagi.Yup,semua cina,saya sorang je sesat kat sana.Hahahaha.Tapi tak heranlah,semua budak budak kat sini boleh campur satu sama lain.1 Malaysia bah.Siap ada Malay join geng Cina breakdance setiap pagi bawah blog pulak tu.Yang saya herannya tak sejuk ke diorang terbaring-baring terlompat-lompat kat simen sejuk tu.Waktu sekolah dolu-dolu diorang pandang heran saya sebab asyik cakap cina dan berkepit dengan Cina je.Nak buat macam mana kan?Dari tadika lagi dah biasa guna bahasa tu,bapa serta cousin-cousin sebelah emak pun selalu cakap bahasa Cina+Jawa kat rumah.Hishh tu lah yang susah.Tak tau nak guna bahasa apa ni.Nak mengumpat pun susah.Bahasa Hindi yang tahu cuma nehi nehi je.Korea pulak aneyong gamsahaminda saranghaeyo je.Tu pun ikut-ikut dialog pelakon tau.


Mari saya cerita sikit pasal manusia di gambar atas.Yang dulu sekelas dengan saya waktu sekolah rendah is lelaki berkaca mata yang duduk depan saya tu and perempuan ayu ketiga ke kanan hitung dari kawan berkaca mata duduk depan saya tu.Tu je lah yang sekelas dengan saya,yang selebihnya nehi nehi.Kelas lain you!Alhamdulillah dari musuh menjadi kawan.Ada jugak lah beberapa kawan cina saya tak dapat join,biasalah diorang ada yang buat open house.Perempuan kat tepi saya tu,kami start berkawan dari Form 3.Dan mula jadi rapat selepas itu.Dialah personal assistant saya sebab dia menjadi tukang urut belakang saya dan juga pengambil bekal saya kat meja sudut belakang.Hahaha.Macam kejam je bunyi kan?Hehe.Dia dah tak heran dah dengan perangai beruk buruk saya tu.In fact BM + bahasa Sarawak dia makin mantop.Ni bukan saya cakap eh,cikgu BM tuition saya yang cakap bunyi BM dia macam orang Melayu je.Tengok kawanlah cikgu..HAHAHA!(>‿◠)✌


Eh korang cuba scroll atas balik,tengok perempuan baju hitam dari kanan tu.Dialah kawan saya yang PLKN dan dialah jugak musuh palingggggg ketat sekolah rendah dulu.Kami asyik memerli satu sama lain.Dia lalu kelas saya,saya perli dia.Saya lalu kelas dia,dia pulak perli saya.Ish,budak-budak sungguh tak matang.Lepas tu sampailah Form 1,kami ditakdirkan sekelas.Omo omo~waktu tu memang masih perang dingin.Dia duduk belakang kelas and saya duduk depan.Kami bercakap 5 kali setahun je saya rasa.Sebab ramai yang mengapi-apikan kami berdua.Sebab semua sedia maklum kamilah musuh terketat sekali.Hahaha.Lepas tu bila masuk Form 2 kami mula rapat sebab waktu first day sekolah,saya datang akhir so takde kerusi lain and dia ajak saya duduk tepi dialah.AWKWARD ok waktu tu.Tak boleh lupa sampai sekarang.Kadang-kadang kami ada jugak bertelingkah tapi lepas tu berbaik kembali.Bila Form 3 makin rapatlah.Tidur dalam kelas Geografi,BI and Maths pun bersama.Maaf eh,Izah ni kaki tidur dalam kelas.Hehe.Sampai ada satu hari tu,cikgu Geografi datang belakang and bangunkan kami.Hehe!Lepas tu kami dengan muka \ (•◡•) / tanda bersalah sambil menggeliat.Keesokan harinya,perangai tidur dalam kelas tu berulang kembali.


Ok,kisah lain pulak.Dulu form 5 saya belajar biologi dalam bahasa Cina tau.Mesti korang hairan pesal sekolah Melayu tapi belajar Bio dalam bahasa cina kan?Sebenarnya dulu,saya mengaku sekarang ye?Sebenarnya dulu biologi saya sungguhhhhh teruk!Salah satu sebabnya mungkin saya tak berapa faham kut and mungkin sebab saya dimomokkan oleh senior senior yang baik hati kata biologi tu susah.So sedikit sebanyak terpengaruh kan?Ala..korang semua mesti ada alami jugak kan?Dan ketika saya masuk form 5 tu lah,cikgu mengajar dalam dwibahasa and dari situ CINTA saya pada biologi mula bercambah.Sedikit demi sedikit.Dan ketika itu jugak saya mula rasa menyesal,'Why lah dulu saya pandang biologi dengan sebelah mata sahaja?!' Jadi untuk adik kelas sains tu,jangan mudah rasa boring atau percaya dengan kata-kata senior lain tau.Akak tak mau korang menyesal macam akak ni.Tapi akak mengharapkan yang terbaik untuk result saya nanti.

Alhamdulillah,dengan bantuan 3 CIKGU Biologi,boleh dikatakan saya pass level fail tu.Hehe.Teruk kan saya dulu?Sorang cikgu kat sekolah,sorang lagi cikgu tuition(Melayu) dan sorang lagi cikgu tuition(Cina).Cikgu sekolah tu mengajar boleh tahan jugak tapi mungkin terlalu laju dan sedikit explanation saya kureng faham sikit.Tapi mungkin jugak saya ni selalu tidur dalam kelas sebab tu jadi kureng faham.Sorry sorry bukan nak menghina cikgu ya.Tapi ini pandangan saya.Saya terhutang budi dengan cikgu-cikgu saya okay?Kalau diorang tak ajar,manalah saya tahu apa kebenda Biologi tu kan.

Yang cikgu tuition Melayu tu pulak style dia santai.Wohoo!Best belajar dengan dia.Tak terlalu menekan.Mungkin dia cikgu muda kut.Dialah yang bagi prediction tu semua.Kadang-kadang ada jugak saya share prediction dari guru-guru saya di blog ni.Sharing is caring right?Perkongsian ilmu akan menambahkan lagi ilmu kita,kan kan?Yang cikgu tuition cina ni lah tahu saya pandai cakap cina,so she decided guna bahasa cina waktu mengajar.Tapi ada jugak lah dia selitkan English.Alhamdulillah jugak lah,saya faham semua ayat yang di-explain dia.Sejujurnya saya katakan,saya lebih faham apa yang cikgu tu ajar.Mungkin sebab dia explain panjang lebar sampai mata nak terkatup .Jadi saya bersyukur mempunyai cikgu yang pelbagai STYLE.Hahaha!

Jadi sampai di sini sahaja sedikit coretan kisah hidup saya ni.Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca hingga noktah terakhir.Terharu sangat-sangat.Bila saya ada masa nanti,Insya Allah saya akan cecite pulak pasal ambition zaman 'kuno-kuno' saya dulu.Selamat pagi semua dan selamat menunaikan solat fardhu Subuh!


p/s : Saya buat entri ni sebab tengah tunggu Subuh.Lepas Subuh baru dive on atas katil.Hehe~


'Siangku adalah malamku,Malamku adalah siangku.'Teruk Izah ni kan.Bukan selalu ye quote tu saya guna pakai.Hehe!



No comments:

 
copyright by Izah Assrin