Saturday, 15 March 2014

Hadiah Giveaway Terbaikkk



Alhamdulillah,Izah dapat rezeki yang tak terduga ni.Baru sekarang nak cerita sebab bulan lepas jarang buka blog.Terima kasih kepada Queen Typo sebab uar-uarkan pasal giveaway yang dia join.Jadi Izah pun tergerak nak join juga memandangkan hadiah dia boleh dikatakan lumayan.


Nak tahu hadiah apa yang Izah menang?Jeng..Jeng..Jeng...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TADAA!



Yahoooo!Yes...Powerbank 5000mAh!Syukur syukur.Terima kasih banyak-banyak Jazz Powerbank. Jasamu takkan Izah lupakan.Haha.Bagi sesiapa yang nak join,mari lah,setiap minggu ada pemenang tauuu.


Sekian,terima kasih dan semoga berjaya.


p/s : Doakan untuk SPM Izah serta batch 1996 ye?Doakan juga MH370.Terima kasihhh!

Cerita SPM 2013




Assalamualaikum..tak sangka masa berlalu dengan cepat.Rasa macam baru semalam Izah habiskan test SPM.Tak sangka pulak hari Khamis minggu depan (20/3/2014) keputusan akan diumumkan.Sejujurnya Izah katakan,nervous/takut/risau sentiasa bermain di fikiran.Nak bergembira pun susah.Bila ketawa sikit,terus mati.Maksud mati di sini ialah ketawa eh,bukan Izah.Hihi...Emm...hambar je suasana Izah kat sini.

Apa-apapun,Izah mesti berfikiran positif kan?Izah dah try yangggggg terbaik,jadi tadahkan tangan dan meminta pada Yang Esa.Bukan Izah saja,kawan-kawan yang sama batch dengan Izah tu,Izah doakan yang terbaik untuk awak semua.Harap-harap kita semua dapat banggakan ibu bapa kita ya.Amin!



Selain doakan tentang SPM kita,jangan lupa juga doa untuk MH370.Sama-samalah kita berdoa untuk mereka.Diharap ketika kita mencapai kejayaan nanti,pihak-pihak yang mencari MH370 juga mencapai kejayaan mereka.Moga-moga mereka semua berada dalam keadaan yang selamat dan cepat ditemui.Amin!





Oh ya,lupa juga nak cakap.Sekarang ni kalau nak check SPM,ada cara terbaharu.Bukan hanya SMS je,kita pun boleh check kat http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ selepas 10 a.m.Jangan pura-pura tak ingat laman tu eh mentang-mentang dah 3 bulan tinggalkan sekolah.Hehe.Kalau yang tengah otw pergi sekolah selepas pukul 10 a.m. tu,awak semua boleh guna cara ni pulak.


Tapi lebih 'afdal',datang sekolah ambillah.Izah faham mesti ramai yang takut dan malas nak pergi ambil kan,Izah pun sama.Walaubagaimanapun,kita tawakal lah.

"Senang je cakap Izah ni kan,tapi diri sendiri entah macam mana." Hahaha.Ya,ya,Izah akui diri sendiri pun takut dan risau.Sebab tu nak cuba motivate orang lain supaya diri Izah ni tambah semangat.Hehe.


Apa-apapun,fighting!Goodluck ya semua!

Friday, 7 March 2014

Punca-Punca Wanita Membenci Lelaki




As salamu'alaikum. Terlalu ramai yg tanya ttg punca wanita membenci lelaki. Antara sifat lelaki yg di benci wanita: 

1.Ingkar perintah Allah,

2.Cakap kasar kpd wanita, 

3.terlalu mengongkong,

4.cemburu buta, 

5.Baran, 

6.ego, 

7. kaki rokok, 

8.pembohong, 

9.curang, 

10.miang & suka tengok wanita lain, 

11.terlalu perasan, 

12. pentingkan diri, 

13.tak peka perasaan pasangan, 

14.workaholic hingga abaikan rtangga, 

15.pengotor, 

16. gelojoh, 

17.terlalu lebihkan kwn drp pasangan, 

18.tak tahu hargai pasangan, 

19.enggan mengaku salah atau minta maaf, 

20.kedekut, 

21.pemalas, 

22.lucah/suka porno, 

23.mudah patah semangat, 

24.terlalu bergantung, 

25. tak mampu buat keputusan, 

26.ungkit kebaikannya, 

27.minta wanita belanja dia, 

28.tak romantik. 

Mmg byk lagi sifat yg di benci wanita. Cukuplah setakat ni. Cuba atasi sifat -ve ni utk dpt menambat hati pasangan. Moga Allah permudahkan usha kita. Aamiin.


Sumber Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Wednesday, 5 March 2014

Cara Membuka Pintu Rezeki dan Terhindar Dari Hutang



As salamu'alaikum shbt tersyg. Moga sentiasa di rahmati Allah SWT. Di antara cara utk membuka pintu2 rezki & terhindar drp hutang: 

1.Patuh suruhan Allah dan banyak berdoa.

2.Bermunajat di malam hari.

3.Buat baik kepada ibu bapa dan doakan mereka.

4.Baca al-Quran setiap hari.

5.Solat taubat dan istighfar.

6.Solat Isyra’ dan Dhuha setiap hari.

7.Tawakkal kepada Allah.

8.Banyak bersedekah dengan ikhlas.

9.Keluarkan zakat dengan sempurna


10.Bantu anak yatim/orang miskin/usaha fisabilillah/ orang melanjutkan pelajaran.


11. Beri binatang/ burung makan.


12.Sentiasa bersangka baik, memaafkan orang lain dan senyum selalu (bentuk muka rezeki).


13. Menunaikan haji/umrah.


14.Menjalin silaturrahim.


15.Berumah tangga.


16.Sokongan & redha drp pasangan/ keluarga.


17. Sentiasa mendoakan orang lain utk sama2 murah rezki.


18. Membaca Asma’ ul- Husna.


19.Berhijrah di jalan Allah.


20. Berterusan cari ilmu.


21. Amalkan doa murah rezeki --
spt ayat seribu dinar, Surah al Waqi’ah Surah al Kauthar, Doa Pembuka 12 Pintu, Doa pelindung sifat negatif, dsbnya. 

Mari kita sama2 berusha agar terbuka semua pintu rezki & mendapat redha Allah SWT. Aameen, wassalam.


Sumber dari Facebook page Dato Fadzilah Kamsah

Monday, 3 March 2014

Doa yang Di Aminkan Malaikat




As salamu'alaikum. Di antara doa yg di aminkan Malaikat, justeru makbul: 

1.Org tidur dlm keadaan bersuci (wudu'), 

2.Org yg duduk tunggu waktu solat, 

3.Org yg di saf depan solat berjamaah, 

4.Org yg penuhkan saf yg kosong, 

5.Org yg sebut "AMIN" selepas imam baca fatehah serentak dgn Malaikat, 

6.Org yg duduk atas sejadah selepas solat, 

7.Org yg solat 'asar & subuh berjemaah, 

8. Org yg doakan saudaranya dlm senyap, 

9. Org yg infakkan hartanya, 

10.Org yg bangun mkn sahur, 

11.Org yg ziarah org sakit, 

12.Org yg sdg berpuasa, 

13.Org yg doa semasa sujud, 

14.Org yg di zalimi, 

15. Pemimpin yg adil, 

16. Doa semasa hujan atau bencana alam, 

17. Doa masa tahajjud. 

Moga kita berterusan berdoa. Wassalam.

Sumber : Facebook page Dato Fadzilah Kamsah
 
copyright by Izah Assrin