Saturday, 15 March 2014

Cerita SPM 2013




Assalamualaikum..tak sangka masa berlalu dengan cepat.Rasa macam baru semalam Izah habiskan test SPM.Tak sangka pulak hari Khamis minggu depan (20/3/2014) keputusan akan diumumkan.Sejujurnya Izah katakan,nervous/takut/risau sentiasa bermain di fikiran.Nak bergembira pun susah.Bila ketawa sikit,terus mati.Maksud mati di sini ialah ketawa eh,bukan Izah.Hihi...Emm...hambar je suasana Izah kat sini.

Apa-apapun,Izah mesti berfikiran positif kan?Izah dah try yangggggg terbaik,jadi tadahkan tangan dan meminta pada Yang Esa.Bukan Izah saja,kawan-kawan yang sama batch dengan Izah tu,Izah doakan yang terbaik untuk awak semua.Harap-harap kita semua dapat banggakan ibu bapa kita ya.Amin!



Selain doakan tentang SPM kita,jangan lupa juga doa untuk MH370.Sama-samalah kita berdoa untuk mereka.Diharap ketika kita mencapai kejayaan nanti,pihak-pihak yang mencari MH370 juga mencapai kejayaan mereka.Moga-moga mereka semua berada dalam keadaan yang selamat dan cepat ditemui.Amin!





Oh ya,lupa juga nak cakap.Sekarang ni kalau nak check SPM,ada cara terbaharu.Bukan hanya SMS je,kita pun boleh check kat http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ selepas 10 a.m.Jangan pura-pura tak ingat laman tu eh mentang-mentang dah 3 bulan tinggalkan sekolah.Hehe.Kalau yang tengah otw pergi sekolah selepas pukul 10 a.m. tu,awak semua boleh guna cara ni pulak.


Tapi lebih 'afdal',datang sekolah ambillah.Izah faham mesti ramai yang takut dan malas nak pergi ambil kan,Izah pun sama.Walaubagaimanapun,kita tawakal lah.

"Senang je cakap Izah ni kan,tapi diri sendiri entah macam mana." Hahaha.Ya,ya,Izah akui diri sendiri pun takut dan risau.Sebab tu nak cuba motivate orang lain supaya diri Izah ni tambah semangat.Hehe.


Apa-apapun,fighting!Goodluck ya semua!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin