Thursday, 24 April 2014

Ujian Program Perguruan dan Tawaran Kolej Matrikulasi Labuan (KML)


Assalamualaikum dan selamat petang semua walaupun sekarang ni dah malam.Heheh..rasanya dah nak dekat sebulan kut saya tak update blog.LOL!Bila kemalasan melanda memang gitu lah,blog akan terabai.Oh ye,maaf jika lambat tapi tahniah diucapkan untuk semua pelajar pelajar SPM 2013 kerana kita berjaya menempuh hari 'menakutkan' itu.Menakutttkan lah sangat.Saja je nak buat bunyi dramatik.Saya dah dapat result aritu.Hihi.Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang saya dapat,terutamanya untuk kelas sains macam saya,bila dapat result gitu,memanggg alhamdullilahhh.Nanti-nanti eh saya upload slip spm tu,sekarang ni biarlah rahsia bak lirik lagu Dato Siti.Hehe..


Saya upload ni nak sharing sharing berita baik.Alhamdulillah diberikan tawaran seperti dibawah.Mana tahu kan ada blogger blogger yang sama tempat belajar nanti.Bolehlah kenal kenal.Gambar first tu saya screenshot.Ehem ehem..telefon dah canggih kononnya.*hadiah spm dari ayah*.Terima kasih ayah!!Hahah.Sempat jugakk.Saya check tu cun cun waktu birthday saya 11 April lepas.So kira sebagai hadiah birthday tambahan lah.Hahaha.Oh ye,Izah dah 18 tauu.Hehe!



Bila check aritu,seronok and nervous tu ada.Nervous sebab ujian tu je.Takut takde kawan.Dahlah saya ni jenis yang pendiam.Tapi alhamdulillah saya gagahkan kaki *cehh* untuk pergi dan cuba untuk beramah mesra dengan orang-orang situ.Adalah beberapa orang yang saya approached.Maaf ye bukan saya tak ingat nama diorang tapi mungkin nama diorang tak familiar kat telinga sebab tu susah sikit nak ingat.Yang chinese pulak saya dekati dengan conversation dalam bahasa cina,hahaha diorang terkejut beruk pulak.Ok lah sebab senang sikit nak bercakap dengan diorang.

Sehari-hari saya kat maktab tu jalani ujian.Ujian kecergasan tu,LOL biasalah untuk orang malas exercise macam saya ni,sukar sikit.Ada 5 ujian yang merangkumi ujian kecergasan tu,saya lemah sikit dalam satu ujian tu je.But saya takkan cakap ujian apa,biar adik adik next year yang ambik cikgu prepare body korang.Hahaha ingat ye,banyakkan berlari dan buat exercise.Kalau tak,jadi macam akak nanti.Cehh poyo lah gelar akak akak ni.Hahaha Awak semua yang baca ni doakan saya dapat sambung kat maktab ye?Saya memang dari kecil nak jadi cikgu.Hehe.






Yang matrik ini pulak,baru je check arini.Alhamdulillah ada rezeki untuk ke Labuan.Hehe.Banyak jugak lah kekawan yang dapat Labuan.Mungkin saya akan masuk ke matrik ini,Insya Allah.Saya tengah tunggu result temuduga maktab tu.Harap-haraplah dapat and lulus temuduga tu.Amin.Saya risau satu hal je,jika lah,jika je,saya tak mengharapkan ia berlaku.Jika saya tak lulus temuduga guru tu,tapi dah ketinggalan tarikh daftar kat matrik terpaksalah masuk form 6.Sebab apa?Sebab kalau tak salah saya,check tarikh interview tu 5/5 and keluar result dapat masuk maktab or tak pada 25/5 sedangkan tarikh daftar matrik 19/5.Dahlah saya tinggal di Sarawak,kalau pergi Labuan then jika saya dapat guru tu,tak ke membazir duit tiket.Saya tak nak susahkan parents saya.Huhu.Kakak kakak senior yang ada pengalaman bagilah advice ye?Saya perlukan sangat-sangat ni.

Bagi sesiapa yang nak check matrik,click sini.Yang nak check form 6 pulak,click sini.Bagi yang upu tu,ada beberapa universiti yang dah boleh check,click sini. Share share lah korang dapat mana ye.Hihih


p/s : doakan saya dapat tawaran interview guru,lulus interview dan dapat jadi cikgu eh?Amin.Terima kasihh!!

2 comments:

SHAHIDA SHIDA said...

tahniah and goodluck untuk interview...
saja datang menyinggah...:)

mizz lulu said...

hai awk. konfem ke msuk matrik labuan? klau konfem. meh kita berkenalan sbb sy pn msuk kml. hehe. mna tau kita jd roommate. hehe

 
copyright by Izah Assrin