Wednesday, 16 July 2014

Kisah Saya Di IPG KTI Johor (1)

Assalamualaikum semuanya.Baru hari ini hati terdetik ingin 'membuang sawang-sawang' dalam blog saya ini.Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang masih sudi melawat blog saya.Tapi,ada ke??Hahahah tak kisahlah ada ke takde.Tetap saya nak ucapkan TERIMA KASIH.Heheh!

Baiklah!Saya ingin menceritakan serba sedikit kehidupan saya di IPG KTI atau nama lainnya Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bahru.Wahh!Sampai sekarang saya rasa sangat sangat bersyukur tau.Kenapa?Sebab saya adalah orang-orang dalam 3,000 yang terpilih antara ratusan ribu orang yang meminta IPG.Ini pengarah IPG saya yang cakap ye.Beliau dah banyakkkk kali cakap pasal ni.Bukan dia saja.Pensyarah lain juga.Oleh sebab itu,saya merasa bersyukur yang amat dan ini saya jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus tababhkan hati berpisah dari keluarga di Sarawak.

Batch kami ni,majoriti orang Sabah dan Sarawak.Sekarang ni ada 75 orang batch saya.Yang second intake pun akan masuk tak lama lagi,tapi saya dengar 3 orang saja yang akan masuk dalam opsyen saya.Opsyen saya adalah Pendidikan Pemulihan.Semuanya ada 16 orang dan yang paling seronoknya,semuanya GIRLS!Jadi saya berharap sangat yang second intake ni nanti,girls je lah yang masuk.Bukan sebab 'racist' dengan kaum lelaki ya?Tapi bagi kami ya,K-A-M-I bukannya S-A-Y-A heheh,lebih seronok lagi kalau semua perempuan.Kami bebas untuk melakukan apa-apa dan yang paling penting takde ler nak control ayu sangat.Hahaha!

Itu dia kami.Yang empat orang Indian tu saja yang dari semenanjung.Selebihnya Sabah Sarawak

Jangan risau.Kami semua ok ok saja.Malah rapat pulak tu.Kami mengamalkan gagasan 1 Malaysia!Pewitt!Iya,saya bangga kerana kami adalah SATU.Muka-muka di atas itulah yang akan bersama selama 5 tahun,Insya Allah.Tapi tak semestinya ye,selepas habis belajar di sana kami lupakan diri masing-masing.Sudah tentulah,hubungan persahabatan akan kekal selamanya.

Okeh,kita cerita benda lain pulak.Emm setakat ini assignment tu alhamdulillah pensyarah-pensyarah belum beri.Harap-harap selepas raya ye prof?Dapat juga nak melepas 'rindu dendam' dengan family bila balik raya nanti.Tiket sudah dibeli.24 Jun ni.Tak sabar tauuu.Hihih.

Oh ye,hari tu saya ada ikut forum yang diadakan di UITM Pasir Gudang.Cantik wehh UITM tu.Masih baru pulak tu,atas gunung kiranya.Hahah.Artis yang diundang adalah Encik Taleeb Mizad dan Ustazah Pilihan Fizah.Memang baguslah forum haritu.Banyak ilmu baharu yang saya peroleh tauu.Malam ini pulak,ada imam dari palestin akan mengetuai tarawih.Memang bertuahlah duduk IPG ni,kawan-kawan dari IPG lain kata,diorang takde buat iftar harian macam IPG kami.Alhamdulillah lah,sekurang-kurangnya dapat juga pelajar-pelajar IPG saya ni jimat duit,termasuk sayalah.Hihih


OTW to UITM Pasir Gudang haritu



Ini dia original daripada phone Encik Taleeb.Saya ambil dari insta dia.Tepi tu isteri dia.Dan yang belakang ikut berselfie tu kawan saya yang sama opsyen.Bertuah sungguh berselfie!Hahah!Siap Encik Taleeb tag diorang dalam instagram ><

Bersama Ustazah Fizah pulak,kawan-kawan ada bergambar tapi tak di upload.Jadi saya tak dapatlah nak kongsikan di sini.Buat masa sekarang itu sajalah yang saya kongsikan.Kalau ada cerita seronok lagi,saya akan cerita di blog ini ye?So make sure korang datang melawat selalu!Heheh!Ok,silakan scroll ke bawah jika sudi tengok 'kegedikan' kami berselfie.Hahah




Gambar di atas tu ketika kumpulan saya memenangi tempat pertama dalam drama Batu Belah Batu Bertangkup.Alhamdulillah,mula-mula tu saya tak sangka tau,sebab boleh dikatakan kami tak buat preparation sangat.Jadi,sangat-sangat bersyukur.Hihih!Oh ya,kami haritu harus persembahkan sekali lagi untuk IPG Perlis yang datang melawat.Malu tu memang ada lah.Tapi semua tu memberikan pengalaman baharu kepada saya.Ada sesiapa ingin tahu ke saya yang mana?Ecehh perasan betul saya ni kan?Hahahah.Ok,saya beritahu je lah.Saya yang guna baju kurung hijau tu.Yang tinggi sekali.LOL!Malu wehh antara semua girls di sana,saya yang tinggi.Hihih!

Selfie dengan rakan sekumpulan

Budak paling kiri tu lah kawan cina yang saya ajak berbahasa Mandarin.Takut lupa lah.Rugi tauu.Sebelah saya tu pulak,budak Sabah


Lastly,gambar penutup ialah gambar saya dengan kawan-kawan baru #selfie


Insya Allah,bakal-bakal Guru. 




Ziana,Vivie dan Saya <3

Dua-dua Sabahan & saya Sarawakian :)


Terima kasih sudi singgah dan baca ! 

5 comments:

sYiRa LoKMaN said...

cantiknyaaa blog ni :D

Izah Afiqah said...

Terima kasih kak Syira :)

Adinda Baizura Mazlan said...

Blogwalked!

http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

Yun Sing said...

Waa.. seronoknya kan? ^^

 
copyright by Izah Assrin