Friday, 4 July 2014

Program Persedian Ijazah Sarjana Muda PPISMP JUN 2014



Assalamualaikum semuanya!Di pagi yang redup ini,saya bercadang nak buang sawang labah-labah kat blog saya.Bukannya apa,saya ini dah lama tak update blog.Mungkin ada SESETENGAH orang di luar sana nak tahu perkembangan saya ke,LOL!Maaf andai saya ini jenis perasan.Heheh! 'IZAH YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG!' Kenapa eh saya tetiba masukkan lirik adik Tegar?Entry kali ini dikira SPECIAL lahh kerana saya nak beritahu WHERE AM I NOW and WHY I DIDNT UPDATE MY BLOG..Heheh,sila scroll bawah!


Bagi pelawat-pelawat yang pernah baca entry saya sebelum ini,mesti akan jumpa gambar di atas.Yang itu adalah screenshot saya apabila saya ditawarkan program perguruan tersebut.Pada mulanya,sejujurnya aku isi gitu-gitu aja.Tak pernahhh terlintas sedikittttpun di hati saya ingin masuk IPG.Ingat ye,IPG (institut pendidikan guru) dan bukannya MAKTAB lagi.Zaman dah berubah,so nama maktab pun berubah okaii?Kalau baca OPEN HERE di sebelah kanan tu,masing-masing tahu lah kan,saya ni SARAWAKIAN.Jadi tak heran lah kalau first UJIAN UKCG tu saya ditawarkan di Kuching Sarawak sebab dekat jerr dengan rumah saya.Ujian tu bolehlah,majoriti saya paksa diri saya.Bagi korang korang yang nak apply ke,sila sediakan stamina anda. 



Yang ini pulak 'filtration' yang kedua.LOL!Sekarang ni banyak ujian tauuu sebab rakyat Malaysia ni banyak yang nak jadi GURU,oleh sebab itu,diorang tapis tapis tapis tapis tapis sepuas hati diorang.Screenshot di atas tu saya dipanggil untuk hadiri INTERVIEW.Interview yang saya dapat tu,nun jauh di BINTAGOR.Kalau korang tengok map,tahulah berapa KM jarak KUCHING-BINTANGOR tu.Ayah pandu kereta saja,nak dekat 6 hrs cmtu lerr.Mak aihhh,last time saya pergi interview is interview pengawas jerr kat sekolah menengah.So,takde lah formal mana kan.Cikgu tu pun kenal saya,boleh dikatakan saya ni murid kesayangan dia lah.Heheh.Nervous tu jangan cakaplah.Bila tengok blogger blogger lain ceritakan pengalaman diorang,ada yang tanya pasal dasar transformasi negara lah,ada yang pasal falsafah pendidikan lah.Biul sikit otak saya menghafal semua yang diramal.Macam SPM pulak derrr.

LUP DAP LUP DAP,hari yang 'menakutkan' pun tiba.Saya dapat pukul 12.So ,dalam waktu menunggu tu,sempatlah juga nak beramah mesra dengan orang orang di sana.Majoriti dari kawasan pedalaman.Yang dari KUCHING boleh dibilang pulakk.Banyak Chinese jugalah yang saya ajak kawan.LOL banyak yang terlopong mulut bila saya 'hamburkan' bunyi mandarin.Nak kawan dengan diorang ni senang saja.asalkan kita tahu caranya.HAHA,yelah tu Izah. =.='

Bila tiba giliran saya,semua masuk,Kumpulan saya ada 8 orang.Semua kenalkan diri in ENG sebab tuan tuan tu yang minta.OK,sampai giliran saya.Apalagi,saya sebut sahajalah.Laju betul saya sebut!Sampai muka berkerut-kerut memikirkan adakah diorang faham ke tak apa yang saya bebel.Bila saya duduk tu,kawan sebelah berbisik,'wow,bagusnya ENG kau'.I was like,WHAT?? Laju gitu kau cakap bagus.Entah faham or tak tuan tuan tu.Ada juga terdetik rasa menyesal sebab cakap laju sangat.

Then,mulalah interview yang sebenarnya.Ya Allah!Yang ini saya tak sangka langsung.Mereka hanya beri kami video ini.Sedih jugak lah bila tengok.Dahlah ada lagu ayah dan ibu.Buatkan saya teringatkan diorang yang setia menanti.Dari situ,saya berazam.I will do my best!




Bila habis saja,saya terus je angkat tangan.Yang lain malu-malu belaka.Peluang hanya sekali so saya rembat sajalah.Lepas tu dan seterusnya,masing-masing sudah tunjuk belang.Berebut-rebut nak jawab soalan.LOL!Saya tak terkecuali ye heheh.Sampai satu masa,sorang tuan ni tanya,

Tuan 1 : Awak bersekolah di mana?
Saya : SMK PETRA JAYA
T 1: *pause sekejap dia,mungkin tak pernah dengar kut*
S : Kuching,Sarawak
Tuan 2: Jauh betul!Awak minta interview sini ke?

-Waktu itu,rasa nak ketawa pun ada.Dalam hati sempat berbisik, 'Kuching dekat-dekat,kenapa pulak saya nak minta jauh-jauh encik oiii"-

S : Eh,taklah.Diorang yang bagi saya kat sini.
T 2 : Emm,kalau diorang dah hantar gini,peluang awak dapat di luar Sarawak sangat tinggi.Mungkin nanti nanti dia hantar awak belajar ke Sabah.Mahu ke awak?

-Nak testing aku lah tu-

S : Mestilah nak tuan.Saya tak kisah pun. *Ada sedikit tipuan di situ sebenarnya.Heheh,saya ni tak pernah duduk asrama.Sebab tu kalau boleh nak dekat S'wak saja *

-Tuan 1 hanya diam mendengar sahaja.Big boss bah-

T 2 : Sekarang ni memanglah semua kata sanggup je pergi mana-mana.Tunggu nanti kalau awak bersuami,takkan mahu punya duduk di pedalaman.

-I was like,suami??Apahal kahh???Dengan lantang dan confidentnya saya menjawab-

S : Kalau macam tu,ajak sajalah suami saya ke pedalaman.Bukan susah punn.

- Satu bilik ketawa dengar jawapan saya.Tuan 2 yang start dulu baru semua beramai-ramai ketawa.Apa yang lucu pun saya tak tauu lah.Yang Tuan 1 tu pulak,muka serius ajeee.-

Lepas habis tu,Tuan 2 pun angguk kepala saja.Sampailah satu soalan tu,dia tanya,siapa ada bakat terpendam.Kasi angkat saja tangan!

S : I can speak chinese tuan.Saya boleh gunakan kelebihan saya ni untuk tolong budak budak cina yang tak faham BM.

-Nah,dari situ dia buat muka tricky sudahhh.Saya lagi disoalnya-

Tuan : Awak tak rasa ke student tu akan bingung kalau awak sekejap cakap BM sekejap cakap BC?


-Saya dah agak dah.So saya jawab selamba saja dengan explanation yang padat-

Saya : Tak.Sebab bagi saya,budak sekolah rendah yang berbangsa Cina masih belum mengetahui bahasa Melayu.Jadi,sekiranya saya mengajar mereka,saya boleh tolong translate BM itu ke BC supaya mereka mudah faham dan ingat apa yang diajar.

-Hehe!Tuan tu angguk puas hati.Fakta ok apa yang saya cakap di atas tu.Kawan cina saya je cerita dulu guru sekolah rendahnya guru Melayu,dia tak faham sepatah pun.So he said BM dia sampai sekarang tak pernah mencapai A.Kesian kan???





Muahahah!Alhamdulillah,setelah melalui dua tapisan.Izah berjaya!!Tapi tak boleh gembira sangat.Ini baru program dia,belum lagi yang actual degree.Still syukur alhamdulillah kerana saya diberi peluang.Yang tak sangka tu,bila baca sekali lagi,saya dapat di JOHOR???Ehhh??

Seberang Laut China Selatan tuuuu.Mula-mula saya teragak-agak jugak sebab homesick lah,jauh dari family lah,takutlah.Sejujurnya bila saya sampai Johor sehari sebelum pendaftaran.Sedih+frust saya rasa.Setiap malam menangis saja.Tidur malam peluk mak sepuas hati until lah the day saya dah daftar.After selesai semua,naiklah saya ke tingkat 4 yang tinggi itu.Letih weii.

Menangis tu adalah.Berhari-hari.5 hari gitu perasaan sedih menguasai diri.Nak call ayah mak saja.Nak pulang S'wak juga.Bila call tu,ayah beri nasihat.Asyik saja diulang "Kau ni bertuah.Daripada 50,000 yang buat tawaran hanya 3,000 saja yang dipilih.Kau antara 3000 tu,tak rasa bertuah ke?Tahu tak ramai yang menangis tak dapat,tapi kau ni nak sia-siakan begitu saja?5 tahun saja nak,kita akan bersama lagi kemudian,Insya Allah." Sentap + tersedar jugak lah bila ayah cakap macam tu.Hati mula lega sikit.Alhamdulillah,temu banyak kawan juga di sini.Majoriti batch kami ni Sabah Sarawak paling ramai.Alhamdulillah,semangat Borneo tu masih ada.

Syukur sekarang ni,saya dah ok sikit.Cuba untuk tabahkan diri!Takkan nak nangis saja kan?Sampai bila saya nak duduk bawah ketiak ibu kan?Dan alhamdulillah,saya semakin sedar.Amanah keluarga kepada saya supaya membawa pulang sekeping ijazah,insya Allah,mak ayah dan seluruh keluarga yang support,Izah akan tunaikan...






 
copyright by Izah Assrin