Tuesday, 26 August 2014

Kisah Saya Di IPG KTI Johor (2)

Selamat pagi semuanya.Sudah lama blog ini ditinggalkan.Rindu juga nak menaip kat blog ni sebab tu harini hati terdetik nak merapu di blog ini lagi.Muaheheh.Seperti yang anda baca pada tajuk di atas,kali ni nak ceritakan sedikit perkembangan terbaru dalam batch saya.Ada 4 siswa guru yang baru masuk dalam kelas kami.Seorang Indian tiga lagi Melayu.Keempat-empatnya orang Semenanjung.Seperti yang saya ceritakan sebelum ni,kelas saya hanya ada 4 orang Indian yang dari Semenanjung,selebihnya pulak dari Borneo.Jadi dengan bertambahnya 4 orang itu,sekurang-kurangnya dapat meramaikan suasana  satu Malaysia dalam kelas.Taklah semuanya orang Borneo saja kan.

Saya juga looking forward ni dengan cuti pertengahan semester tak lama lagi.Yeahhh balik Sarawak again!Rindu dengan semuanya,families lah,kucings lah udara sarawak lah.Over kan saya ni.Hahahah inilah yang saya rasa dalam hati.Suasana di Johor ni lebih kurang saja dengan di Sarawak tapi perasaan rindu akan tanah air sendiri tu memang adalah.Alhamdulillah sudah hampir 2 bulan saya kat sini.25/8 ni sudah masuk 2 bulan saya berada di ipg ni and berada di Johor!Sungguh tak sangka takdir Allah menempatkan saya kat sini.Dulu tak pernah expect pun nak belajar jauh dari Sarawak.Last-last Allah campakkan saya kat sini.Saya redha dan saya percaya,mesti ada sebab kenapa Allah letakkan saya kat sini.Mungkin sekarang belum nampak,tapi insya Allah,satu hari nanti,saya akan nampak.

Hujung minggu ni saya banyak outing dengan akak-akak senior.Terima kasih kepada akak tu sebab memahami kami yang shock plus tertekan dengan assignment yang diberi.Outing bersama mereka dapat membuka minda saya untuk lebih berfikiran positif serta yakin Allah ada di sisi,sentiasa memeluk kita sekiranya kita tertekan.Hanya dengan menyebut nama-Nya mampu memberi kita ketenangan.Insya Allah,Dia akan permudahkan segalanya.Hanya perlu yakin yakin dan yakin akan diri sendiri.Just do the best untuk segala kerja.

Di dunia ni nak jadi hamba assignment atau hamba Allah??Akak-akak semua banyak menyedarkan kami supaya jangan terus terleka dengan duniawi sahaja.Memang,memang assignment sangat penting untuk teruskan hidup kita tapi jika di sebalik itu kita mengabaikan suruhan Allah seperti lambat solat kerana assignment,itu maksudnya kita lebih pentingkan duniawi.Berhentilah sekejap dan sujud kepadanya.Insya Allah hati akan merasa tenang dan lebih bersemangat teruskan assignment.Muhasabah diri, itu yang banyak akak-akak senior remind kami.Banyakkan berfikir.Allah suka hamba-Nya yang banyak berfikir akan kejadian-Nya.Insya Allah kak,terima kasih atas segala nasihat.Marilah kita semua sama-sama muhasabah diri kita.Saling mengingati antara satu sama lain.

Mari kita sama-sama tengok gambar outing saya.Yang gambar malam hari tu kan,kami masuk ke UTM Skudai untuk solat Isyak di sana dan bergambar di balai cerap UTM.Gambar masjid tidak sempat diambil kerana rushing nak solat Isyak.Yang penting,masjid itu memang cantik!Pada keesokkan harinya pula kami ke Pantai Tanjung Balau Johor.Dua-dua outing ini dihandle oleh akak senior yang berlainan ye. :)

Kegelapan Tidak Menghalang Kami Untuk Berselfie\





Negara Islam kami




Yang di atas ini pulak,adalah gambar-gambar saya bersama sahabat-sahabat baharu.



Meskipun sudah bertemu sahabat baru,tetapi sahabat lama tetap di hati.Terima kasih kalian kerana sudi datang ke rumah untuk beraya.We're forever friends!



Itu sahaja untuk entri kali ini.Ada masa saya akan update blog ini,kalau takde,terpaksa diabaikan untuk sementara waktu.Btw, selamat menyambut hari kemerdekaan tak lama lagi. Bagi sesiapa yang ikut serta di dataran Johor Bahru nanti, bolehlah kita berjumpa.Saya pun turut serta pada haritu.Heheh!Assalamualaikum.


p/s : sudilah follow insta baharu saya : n.izah.a
        terima kasih!

 
copyright by Izah Assrin