Sunday, 26 October 2014

Jom meriahkan Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak 2014

Click gambar untuk baca lebih jelas

Assalamualaikum! Selamat petang & salam sayang dari Izah. Sejujurnya Izah katakan blog ni dah lama terbiar tak diusik. Hanya sesekali saja buka sebab nak approve few comments yang ditinggalkan mereka yang sudi lawat blog ini and also nak baca chats yang ditinggalkan para pelawat walaupun ada sesetengahnya nampak merapu.Hahaha! Tak kisah pun nak penuhkan chatbox tu tapi kene ingat ehh. Tatabahasa sila jaga. Jangan merapu bahasa yang tidak sopan.Tu Izah tak suka :)

Mengenai poster di atas tu pulak adalah karnival Lan Berambeh Anak Sarawak yang bakal diadakan 31 Oktober hingga 2 November di Perkarangan Stadium Bukit Jalil. Semua warga Malaysia silalah datang ke sana. Masuk adalah percuma tu. Bila korang semua baca tentatif dia kat atas tu banyak aktiviti menarik serta barangan dari Sarawak akan dijual di sana. Jangan risau karnival ni bukan jemput anak Sarawak je, semuanya dijemput hadir jugak. Bagi sesiapa yang tidak faham kenapa karnival ni guna nama pelik iaitu Lan Berambeh. Hahaha macam nama manusia kan?? Emm Izah kasi explain sikit bahasa Sarawak tu. Lan tu maksudnya Jom dan Berambeh tu maksudnya Singgah. Jadi kalian semua jomlah singgah ke karnival itu!Rugi tauu kalau tak pergi.Kalau Izah ada transport pergi sana,memang tak lepas peluanglahh.

Okeh, tak dapat merepek banyak kat sini. Izah pun cuma nak beritahu je terima kasih bebanyak bagi yang sudi melawat blog ni sehingga mencapai 100 ribu viewers. Last time Izah tengok 60 ribu saja.Heheh semoga apa yang Izah share share bolehlah memberi input baru sikit. Hah! Sebelum Izah lupa, blog ini akan Izah tinggalkan mulai harini hinggalah 21/11 nanti sebab kite pun nak fokus dengan exam sat. Waktu cuti nanti bolehlah Izah merepek panjang-panjang and upload lagi siri novel itu eh kat penulisan2u.my. Terima kasih yang sudi membaca dan berikan komen positif. Izah sayang korang! Hihih..

Bagi yang bertanya pasal akaun insta saya tu.Boleh je kalau sudi follow. Jangan risau. Saya ni bukan sombong :) Saya ni pasti followback sesiapa yang follow kite. Bila dah saling mengfollow tu, tegur-tegurlah kite dalam tu. Izah ni lebih aktif insta dengan wechat kot berbanding pesbuk. ;)

Alright! Sampai di sini sahaja. Ehh akaun insta saya : nurulizahafiqah . Follow ye jangan tak follow.Hahaha! Assalam dan bye!

No comments:

 
copyright by Izah Assrin