Thursday, 23 July 2015

Feedback/Testimoni MORA Essential

Assalamualaikum & selamat petang semuanya.  Memandangkan saya dah lama tak update blog and petang ni agak free sebab plan nak berjoging dengan kawan tercancel tetiba, jadi saya rasa lagi baguslah kalau saya post something yang berguna untuk mereka-mereka kat luar sana.  Who knows ada yang tengah mencari produk kecantikan untuk baiki masalah kulit dia kan? Produk yang saya guna sekarang ni blh apply bukan setakat muka je tapi nak letak kat rambut, tumit kaki, bibir and bla bla bla lagi pun boleh.  Yang sekarang ni saya tengah guna untuk baiki kulit muka saya nii.  Almaklumlah kulit muka kite taklah peloles plus ada kesan2 jerawat hasil kenangan SPM dulu HAHAHA! Jadi tanpa merepek panjang lagi, saya rekomenkan korang produk MORA Essential seperti dalam gambar di bawah tuuu heeee...

Mula-mula saya waswas gak laa nak pakai sebab feedback dia memang sikitlah waktu saya nak mula beli dulu.  Tapi saya tetap jugak beli sebab nak try test kan.  Saya memang jenis yang berani cuba berani tanggung kahkahkah.  Manatau kot-kot kesan-kesan degil kat muka saya ni dapat hilang.  Maybe produk ni dulu masih dikira baru lagi kot sebab tuu sikit je feedback dia tapi sekarang nii dah makin banyak feedback dia dah.  Korang bolehlah search sendiri kat instagram MORA ni @moraessential untuk baca lebih lanjut ataupun baca kat hashtag #MORAfacts #MORAfeedback .

Ok! Kembali kepada kesan yang saya alami sekarang. Of course kulit jadi lembut macam kulit baby. Yang ni serius! Korang pakai SEMALAM je bangun pagi tuu dah boleh rasa kelembutan kulit kita disebabkan minyak argan ni.  Minyak nii depend dengan kulit setiap individu tauuu! Ada yang kesan dia lambat and ada yang cepat.  Jadi bersabar la ye bagi mereka yang nak cepat-cepat tuu. *macam saya* Minyak ni takde bahan kimia jadi itu sebabnya effect dia macam lambat je baru ada.  Tapi saya ok jerr sebab bahan kimia ni pun bukannya bagus untuk kulit so better la pilih MORA sebab dia memang pure argan oil. ;)

Kesan kedua yang saya dapat is MORA memang cepat mengecutkan plus mengecilkan jerawat-jerawat besar.  Saya ni jenis yang keluar jerawat besar kalau datang bulan so bila pakai tu memang boleh terasa jerawat akan semakin hari semakin kecil.  And bila kita dah selalu amalkan MORA ni kan *dengan konsisten*, jerawat besar macam segan nak keluar bersama-sama.  Kalau saya period sekarang ni pun macam satu dua je yang keluar.  Kalau dulu perghhh! Dengan segeng-segeng dia sekali ajak merosakkan muka saya hahaha. 

Kesan ketiga pulak, kesan-kesan hitam jerawat SPM dulu macam makin pudar.  Dulu memang nampak jelaslah kesan dia even pakai foundation tebal berlapik-lapik tapi sekarang saya just guna bedak compact biasa tuu punn dah boleh cover kesan jerawat hitam tuu.  At least kesan itu taklah nampak sangat macam dulu.  Yang saya masih ada di muka sekarang is kesan-kesan bintik hitam ni je la yang masih dalam proses menghilangkan diri.  Jerawat saya makin kurang dah.  Alhamdulillah :D

Itulah setakat perubahan yang saya boleh kongsikan.  Gambar saya sebelum guna MORA and after guna MORA akan saya post dalam feedback sekali lagi lepas kesan-kesan jerawat hitam ni hilang.  Buat masa sekarang saya dapat share feedback ayat je hehehe.  Tapi trust me MORA tak akan mengecewakan korang.  Saya bukan dibayar untuk tulis panjang-panjang ni tapi saya memang akan share produk yang memang-memang berkesan.  Manatau mereka ada yang tengah mencari produk untuk pulihkan kulit dia jugak :)

Ok itu sahaja daripada saya.  Jangan lupa stalk instagram mereka untuk tahu lebih lanjut.  Alang-alang stalk mereka jangan lupa follow saya kat @n.izah.a  Bye!! ;)

Saturday, 11 July 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan



As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Terlalu ramai pelajar yg minta tip utk menghadapi peperiksaan. Di antara tip yg praktikal & berkesan:

1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.

2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.

3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.

4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.

5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN: Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, letak kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.


6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada belajar dgn membaca, belajar dgn mendengar, atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).


7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!


8. Ubah PERSEKITARAN: belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!


9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.


10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.


11. Minum air masak semasa belajar.


12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:

a.. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN,
b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah
c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%.
d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.
e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.
f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM
g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.
h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.
i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.
j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.


13. Kuatkan MEMORI DGN:
a. Doa penerang hati,
b. Makan yg seimbang,
c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc


14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).


15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.


Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan. Aameen, wassalam.


Perkongsian Menarik Dari FB Dato Fadzilah Kamsah :)

Tips RumahTangga




As salamu'alaikum shbt tersyg. Di musim Raya ni terlalu ramai pasangan yg langsungkan perkahwinan. Di antara CABARAN di awal perkahwinan: 


1. Mengenal diri dlm konteks yg baru, ie dunia rumahtangga. Adakah aku dpt taat perintah Allah, sabar dgn setiap ujian, pamer kasih syg, bertanggungjawab, dll, 

2. Kenali pasangan yg sebenar. Peribadi semasa bercinta/ bertunang seringkali berubah selepas kahwin! 

3. Cari TITIK2 KESERASIAN sbb kebanyakan kita tertarik kpd pasangan yg berlawanan perangai dgn kita!, 

4. Segera belajar mengimbangi antara kerjaya & rtangga. Ramai pasangan baru yg tak peka mengenai isu ini & hadapi berbagai masalah & konflik selepas kahwin, 

5. Belajar utk LEBIH MEMBERI DRP MENERIMA. Jgn sibuk meminta hak, tapi byk memberikan hak kpd pasangan, 

6. Tukar paradigma ttg rtangga: Jika taat Allah, setia kpd pasangan, byk tolak ansur, pupuk kasih syg, sentiasa cari ilmu ttg hidup berkeluarga-- insya Allah rtangga akan bahagia dunia & akhirat, 

7. Bentuk keserasian dgn mertua & ipar duai, 

8. Peka ttg keperluan MENDIDIK & MENEGUR pasangan dgn hikmah. Belajar menjadi pelengkap kpd setiap aspek kehidupan pasangan, 

9. Fahami berbagai peranan yg wajib di mainkan bila berkahwin, 

10. Cari mentor/ penasihat utk rujukan, 

11. Membentuk peraturan & undang2 dlm rtangga agar sentiasa positif & cemerlang, 

12. Don't take anything for granted & cuba lakukan setiap perkara sebaik mungkin, 

13. Bertawakkal & redha dgn setiap ketentuan Allah. 

Selamat Pengantin Baru, semuga kita semua di lindungi Allah SWT. Aamiin, wassalam.


Perkongsian menarik dari FB Dato Fadzilah Kamsah :)

Wednesday, 6 May 2015

Review Buku - Kalau Berpacaran by Fuad Hj Sam

Assalamualaikum dan selamat petang semuanya! Pada petang yang mendung gini di JB, memang sodap lah kan kalau ngeteh sambil makan pisang goreng.  Tapi lagi sedap kalau sambil buat dua aktiviti di atas tuu sambil membaca buku.Heheh lebih bermanfaat sikit lah kannnnnn daripada dok ngumpat-ngumpat orang.Opsss! *tutup mulut* Contoh je tu ehhhh. :) Jangan pulak yang tak makan cili terasa pedasnya jugak hahaha.

Gambar di bawah adalah buku yang tengah saya baca sekarang.  Overall memang daebak walaupun baru sampai setengah muka surat.  Itu yang tak sabar nak heboh kat sini sebab buku-buku tuuu amat digalakkan untuk dibaca terutamanya golongan-golongan remaja yang ingin bercinta, sedang bercinta dan telah putus cinta.  Jujur saya katakan buku Kalau Berpacaran oleh Fuad Hj Sam yang merangkap lecturer IPG saya ini cara penulisan dia adalah sempoi.  Trust me takkan bosan punya awak nak baca bahkan kalau boleh nak khatam satu buku tuu dalam sehari tauuu!  Saya puji bukan sebab dia lecturer saya *goyang kiri kanan jari telunjuk* , tapi memang sebab buku ini amat bagus! 

Banyak nasihat banyak petunjuk dan juga awak boleh tahu jenis percintaan apa yang awak hadapi sekarang.  Adakah percintaan yang berlandaskan nafsu atau berlandaskan Islam?  Dan dari buku ini juga awak boleh tahu, boleh atau tidak kita bercinta.  Dont judge the book from its cover ye.Tapi cover dia memang cantik pun hehe buatkan saya jatuh cinta juga dengan cover dia selain isi bukunya.  Baca dulu baru komen okayyy. Yang masih ada baucer buku tuuu, silakan beli ye buku ini. Tak mahal pun. Tak sampai RM20.  Sangat-sangat affordable.  Yang di luar sana masih bingung-bingung nak beri kekasih hati hadiah apa, boleh je hadiahkan buku di atas tuu.  Moga mendapat manfaat untuk kita semua.  Itu sahaja untuk petang ni. Assalamualaikum! *Angkat tangan*

Thursday, 5 March 2015

Perkongsian : Punca Stress & Cara Menanganinya






































As salamu'alaikum sahabat tersayang. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma org yg GILA saja yg tak rasa stres. Antara punca stres

1. cuai tentang ibadah, 

2. hati yg kotor,

3. tak sabar, 

4. terlalu cerewet, 

5. perisau, 

6. nak jaga hati org, 

7. terlalu perfectionist, 

8. kabur & tak pasti apa nak buat, 

9. tiada coping skills, 

10. kesihatan terganggu, etc


Antara cara nak kawal stres: 

1. Solat, zikir dan selawat,

2. Baca al Quran /kitab agama,

3 Hidupkan sunnah,

4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 

5.Bersedekah, 

6.Ingatkan mati, 

7.Tidur yang cukup, 

8.Bangun tidur secara konsisten, 

9.Bertenang sebelum tidur, 

10.Elak risau sebelum tidur, 

11.Kawal alat elektronik, 

12.Tilam yang sesuai, 

13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 

14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 

15.Peluk bayi, 

16. Kegiatan riadah atau bersukan, 

17. Mengawal diet, 

18.Membelai org tersyg selalu, 

19.Jadi orang baru,

20.Senyum selalu, 

21.Urut mengurut, 

22.Mandi air suam, 

23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 

24.Tengok ikan dalam akuarium, 

25. Menangis, 

26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 

27.Lebih tegas (asertif), 

28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 

29.Penafasan yang sempurna, 

30.Bercerita dan mendengar cerita, 

31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 

32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 

33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 

34. Muhasabah diri, 

35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 

36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 

37.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 

39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 

40.Sentiasa redha dan bersyukur, 

41. Minta bantuan pakar/ ulama, 

42. Menonton/ membaca kartun, 

43.Perbaiki komunikasi, 

44.Berterusan berdoa, 

45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 

46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 

47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 

48.Letak gambar belakang pintu, 

49. .Momento kenangan manis, 

52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 

53.Lihat bunga atau pokok hijau, 

54.Berkebun/bertanam sayur, 

55. Bermain dengan haiwan kesayangan

56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 

57.Terapi Aroma , 

58. terapi Warna, dan byk lagi. 

Moga Allah rahmati & rawat stres kita. Aameen, wassalam.


*Sumber dari Facebook Dato' Fadzilah Kamsah*

Perkongsian : Ciri-Ciri Orang yang Bersyukur























As salamu'alaikum sahabat tersayang. Barangsiapa yg bersyukur, Allah akan tambah lagi ni'matNya kpd kita. Kita pamerkan syukur dgn hati,lidah & amal. Antara kriteria org yg bersyukur: 

1. Hati yang benar2 syukur kpd Allah SWT, 

2. Patuh perintah Allah,  

3. Syg Nabi SAW dgn amalkan sunnah, 

4. Sentiasa berterima kasih kpd sesama manusia, 

5.Sentiasa maafkan org lain, 

6.Sentiasa doakan org lain,

7. Sentiasa bantu org tanpa berkira, 

8. Lakukan setiap perkara dgn terbaik, 

9.Satukan hati & serasikan ROH dgn org lain, 

10. Elak buat maksiat,

11. Buang sifat mazmumah, 

12. Bantu org lain untuk sama2 bersyukur, 

13. Ingat mati & bersedia utk mati dgn menjaga ibadah, 

14. Bentuk sifat Qanaah, 

15. Bentuk sifat ehsan, 

16.Syukur bila berjaya, sabar bila diuji, 

17.Sentiasa tawakkal. 

Moga kita berusaha untuk jadi org yg bersyukur. Aameen, wassalam.

*Sumber dari Facebook Dato' Fadzilah Kamsah*

Sunday, 1 March 2015

Ceramah Hari Ini - Hati Yang Hidup

Assalamualaikum hamba Allah yang sudi menjengah blog saya ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi baca apa yang bakal awak semua baca nanti. Info-info yang saya dapati ni, dari ceramah yang baru saja saya dengar harini. Dalam maktab saya, memang setiap hari Ahad dengan Rabu akan ada ceramah setiap malam. Oleh itu, jika saya ada kesempatan masa, saya akan cuba update blog saya ini dengan info-info yang saya dapat dari usrah/ceramah. Sekurang-kurangnya kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita untuk menuju ke jalan Allah :D

Seperti yang awak semua baca daripada tajuk di atas, mesti ada wujud rasa ingin tahu kan dalam diri awak semua mengenai tajuk itu. Meh sini saya kasi explain dengan ringkas tetapi padat, insya Allah.

Apakah fitrah hati kita?
- Apabila kita melihat sesuatu yang indah, hati kita mesti akan merasa tenang dan terhibur kan? Sebagai contoh seperti kita melihat gunung, pantai, hutan dan lain-lain.

- Apabila kita berhadapan dengan orang yang tinggi pangkat kuasanya atau orang yang lagi pandai dari kita, kita mesti akan berasa takut dan merendah diri terhadap orang-orang tersebut kan?

- TAPI! Kenapa ketika berhadapan dengan Allah SWT, hati kita tak berapa rasa nak malu sedangkan kita tahu Allah memerhatikan kita dan mendengar segalanya yang terdetik dalam hati kita.
=Jawapan ringkasnya adalah semua itu kerana hati/roh kita telah mati.

Hati yang hidup adalah hati yang disuburkan dengan KEIMANAN.

Terdapat tiga jenis hati dalam diri setiap manusia. Mana satukah hati anda? Allahualam..
1) Hati hidup
2) Hati sakit
3) Hati mati

                            Hati Hidup
- Pada mulanya hati setiap manusia adalah hati yang hidup. Hati yang hidup ini adalah hati yang kuat hubungannya dengan Allah SWT dan takut akan Penciptanya.

-Jiwa dan perasaannya sangat merindui, mencintai serta mendambakan keredhaan Allah

-hati yang berasa takut apabila dibacakan ayat-Nya

-hati yang takut pada kemurkaan dan azab api neraka

                         Hati Sakit
- Hati ini berlaku apabila kita mula melakukan dosa. Hati yang hidup akan mula dicemari dengan titik titik hitam di mana kemudiannya menyebabkan hati kita menjadi sakit

- Hati yang sebegini perlulah dirawat sebelum menjadi makin parah

- Amalkan zikir laillahaillah di mana ia bermaksud tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

- contoh hati sakit ini ialah selalu lupa dan lalai daripada mengingat Allah SWT lalu terjerumus ke lembah kehinaan

- Bagi mereka yang hati sakit ini, mereka pada mulanya akan menyesal dengan dosa yang dilakukan kemudiannya akan mengulangi dosa itu lagi

                            Hati Mati
- Natijah daripada perbuatan dosa yang dilakukan berulang kali

- Hati terus menjadi kaku, keras dan tidak dapat ditembusi dengan cahaya keimanan

- Apabila dinasihati, tidak mahu menerima nasihat

- Menjadi penentang kebenaran dan makruf serta tiada lagi bibit-bibit keinsafan

- Hati terus bangga dengan maksiat yang dilakukan

- Hati itu penuh dengan kegersangan, kekosongan dan kehambaran

Itu sahaja serba sedikit maklumat yang mampu saya kongsikan.Diharap kita semua dapat sama-sama memperbaiki diri kita ke arah kebaikan dan saling mengingati antara satu sama lain.Marilah sama-sama juga kita menjaga IMAN kita ini! Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya. Assalamualaikum dan selamat malam! :D

-Iman yang menentukan kejayaan hidup kita di dunia & akhirat-

Friday, 27 February 2015

Usrah Hari Ini - Saya Sayang Sahabat Saya

Assalamualaikum dan selamat malam! Sebelum saya landing, eloklah saya berkongsi maklumat baharu yang saya pelajari dalam usrah harini..Sekurang-kurangnya bagi mereka yang sudi singgah ke blog ini, mereka dapat menambah sedikittttt ilmu yang bakal saya kongsikan..Kan kite ni suka sharing caring..Hehe! Seperti yang awak semua baca dalam tajuk di atas, bunyi dia macam gempak sikit kann hahah.Yaaa, saya sayang sahabat saya. Tapi sejauh manakah awak sayang sahabat awak? Pada tahap manakah awak sayang sahabat awak?Jom kita usha usha maklumat yang akak usrah saya share kan ini.
Tahap-Tahap Ukhuwah Islamiyyah :
1) Tahap terendah : husnudzon (bersangka baik dengan saudaranya)
2) Tahap kedua : mencintai saudaranya seperti mencintai diri sendiri
3) Tahap tertinggi : Ithar (mendahulukan kepentingan saudaranya daripada diri sendiri)
*boleh ambil contoh tajuk Hijrah dahulu iaitu Kaum Ansar sanggup menceraikan isterinya yang lain lalu memberikan isterinya itu kepada Kaum Muhajirin kerana kuatnya tahap ukhuwah antara dua kaum tersebut*
Ok mari kita sambung pulak kepada Hak-Hak antara Muslim dengan Muslim yang lain :
1) ucapkan salam apabila bertemu
2) apabila kawan bersin, doakanlah
3) penuhi undangan yang dibuat kawan
4) apabila kawan sakit, lawatlah
5) beri nasihat apabila kawan meminta nasihat
6) apabila kawan mati, iringilah jenazahnya
Ok yang last pulak ialah Syarat-Syarat Ukhuwah Islamiyyah :
1) ikhlas
2) dilandasi dengan iman dan ketakwaaan
3) menjaga adab dan etika
4) berprinsipan dan saling menasihati
5) saling membantu dalam kesenangan dan kesusahan
Ini secara ringkas apa yang saya pelajari dari usrah harini..Jadi semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita untuk saling mengeratkan ukhuwah dengan saudara seakidah kita! Selamat malam dan assalamualaikum!
-Tiada ukhuwah tanpa iman, tiada iman yang sempurna tanpa ukhuwah-


World Kite Festival 2015

Assalamualaikum & selamat pagi! Harini hari usrah mingguan saya and akak(s) senior saya. Tak expect pula kami pergi mana arini.Ingatkan dia nak buat usrah kat taman ke apa ke sebab mereka nak buat usrah luar kan? Rupanya akak2 ni bawa kami ke Pasir Gudang tengok World Kite Festival.Wehee first time dapat datang and tengok kan..So excited la sikit..Kami datang awal pagi sangat jadi kedai belum banyak buka..Pusing pusing la kami kat taman dia ni..Cantik! Kumpulan usrah kami terdiri daripada Kak Hana & Kak Izz (akak organisasi PERMATA) and kawan seusrah saya Mar and Sha. Apa benda tu PERMATA?Nanti dalam post seterusnya saya kasi explain sikit ye! Bagi mereka yang kat Johor nii, boleh je singgah sini jugak. :D

Thursday, 26 February 2015

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah harini ada masa yang lapang ciket untuk update blog. Kebetulan baru saja install apps blogger dalam hp ni. Jadi sempatlah kan nak tulis ciket ciket daripada biarkan blog krik krik saja hohoh.

Eiiii jangan salah faham lakk!Selama ni takde install apps tuu sebab insufficient memory hahaha.Jadi jangan heran lerr bila sy ckp bru ada apps tuu hehe ����

Gambar gambar di bawah nii baru je diambik semalam di padang IPGKTI kami. Semalam just latihan saja. Saya terperangkap dengan lontar cakera kerana :
1) kawan sy paksa
2) sebab sy taknak masuk perbarisan

Sebab tu lah saya main ambik je.Lagi lagi kami ni paling junior dalam maktab tu.Masih PPISMP lah katakan so mana taknya kami ni lebih cenderung untuk join ������

Okehh itu sahaja saya nak update. Kelas kedua nak start dah, so assalamualaikum!

Monday, 23 February 2015

Dia datang lagi!



Assalamualaikum hamba Allah yang dirahmati sekalian, sudah lama saya tak tulis blog dan kini saya kembali, mungkin sekejap? atau mungkin akan menghilang lagi lepas ini kerana tuntutan tanggungjawab sebagai seorang siswi guru.  Esaimen pun dah berlambak jadi memang tidak sempat rasanya saya nak update blog ini setiap hari.  Mula-mula ingatkan esaimen tu diberi after CNY ke tapi ternyata sakitnya tuhh di hati. Hahah! Belum sempat cuti CNY tu je, dah sampai 4 esaimen diberi sekaligus. Tertekan tu takye cakaplah. Dengan ditambah lagi nanti setiap hari (kecuali Jumaat & Sabtu) bulan 3 akan datang ni setiap petang akan sibuk di padang sempena hari Sukan tak lama lagi, jadi memang kesuntukan masa lah nak siapkan esaimen dan pergi padang berlatih.Kot?

Oleh itu, blog ini kemungkinan besar akan terabai lagi dan lagi. Kekadang kesian juga dengan blog ni sebab krik krik krik je tapi apakan daya, tangan ini hanya dua, otak ini hanya satu dan badan ini hanya satu.  Saya bukannya superwoman nak buat banyak kerja dalam satu masa.Heheh! Baiklah berhenti setakat ini sahaja, alhamdulillah sekarang esaimen pertama saya dalam proses nak habis. Doakan permudahkan segala urusan saya untuk selesaikan 7 esaimen yg akn datang ye. Bye & Assalamualaikum :)
 
copyright by Izah Assrin