Friday, 27 February 2015

Usrah Hari Ini - Saya Sayang Sahabat Saya

Assalamualaikum dan selamat malam! Sebelum saya landing, eloklah saya berkongsi maklumat baharu yang saya pelajari dalam usrah harini..Sekurang-kurangnya bagi mereka yang sudi singgah ke blog ini, mereka dapat menambah sedikittttt ilmu yang bakal saya kongsikan..Kan kite ni suka sharing caring..Hehe! Seperti yang awak semua baca dalam tajuk di atas, bunyi dia macam gempak sikit kann hahah.Yaaa, saya sayang sahabat saya. Tapi sejauh manakah awak sayang sahabat awak? Pada tahap manakah awak sayang sahabat awak?Jom kita usha usha maklumat yang akak usrah saya share kan ini.
Tahap-Tahap Ukhuwah Islamiyyah :
1) Tahap terendah : husnudzon (bersangka baik dengan saudaranya)
2) Tahap kedua : mencintai saudaranya seperti mencintai diri sendiri
3) Tahap tertinggi : Ithar (mendahulukan kepentingan saudaranya daripada diri sendiri)
*boleh ambil contoh tajuk Hijrah dahulu iaitu Kaum Ansar sanggup menceraikan isterinya yang lain lalu memberikan isterinya itu kepada Kaum Muhajirin kerana kuatnya tahap ukhuwah antara dua kaum tersebut*
Ok mari kita sambung pulak kepada Hak-Hak antara Muslim dengan Muslim yang lain :
1) ucapkan salam apabila bertemu
2) apabila kawan bersin, doakanlah
3) penuhi undangan yang dibuat kawan
4) apabila kawan sakit, lawatlah
5) beri nasihat apabila kawan meminta nasihat
6) apabila kawan mati, iringilah jenazahnya
Ok yang last pulak ialah Syarat-Syarat Ukhuwah Islamiyyah :
1) ikhlas
2) dilandasi dengan iman dan ketakwaaan
3) menjaga adab dan etika
4) berprinsipan dan saling menasihati
5) saling membantu dalam kesenangan dan kesusahan
Ini secara ringkas apa yang saya pelajari dari usrah harini..Jadi semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita untuk saling mengeratkan ukhuwah dengan saudara seakidah kita! Selamat malam dan assalamualaikum!
-Tiada ukhuwah tanpa iman, tiada iman yang sempurna tanpa ukhuwah-


World Kite Festival 2015

Assalamualaikum & selamat pagi! Harini hari usrah mingguan saya and akak(s) senior saya. Tak expect pula kami pergi mana arini.Ingatkan dia nak buat usrah kat taman ke apa ke sebab mereka nak buat usrah luar kan? Rupanya akak2 ni bawa kami ke Pasir Gudang tengok World Kite Festival.Wehee first time dapat datang and tengok kan..So excited la sikit..Kami datang awal pagi sangat jadi kedai belum banyak buka..Pusing pusing la kami kat taman dia ni..Cantik! Kumpulan usrah kami terdiri daripada Kak Hana & Kak Izz (akak organisasi PERMATA) and kawan seusrah saya Mar and Sha. Apa benda tu PERMATA?Nanti dalam post seterusnya saya kasi explain sikit ye! Bagi mereka yang kat Johor nii, boleh je singgah sini jugak. :D

Thursday, 26 February 2015

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT 2015)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah harini ada masa yang lapang ciket untuk update blog. Kebetulan baru saja install apps blogger dalam hp ni. Jadi sempatlah kan nak tulis ciket ciket daripada biarkan blog krik krik saja hohoh.

Eiiii jangan salah faham lakk!Selama ni takde install apps tuu sebab insufficient memory hahaha.Jadi jangan heran lerr bila sy ckp bru ada apps tuu hehe ����

Gambar gambar di bawah nii baru je diambik semalam di padang IPGKTI kami. Semalam just latihan saja. Saya terperangkap dengan lontar cakera kerana :
1) kawan sy paksa
2) sebab sy taknak masuk perbarisan

Sebab tu lah saya main ambik je.Lagi lagi kami ni paling junior dalam maktab tu.Masih PPISMP lah katakan so mana taknya kami ni lebih cenderung untuk join ������

Okehh itu sahaja saya nak update. Kelas kedua nak start dah, so assalamualaikum!

Monday, 23 February 2015

Dia datang lagi!



Assalamualaikum hamba Allah yang dirahmati sekalian, sudah lama saya tak tulis blog dan kini saya kembali, mungkin sekejap? atau mungkin akan menghilang lagi lepas ini kerana tuntutan tanggungjawab sebagai seorang siswi guru.  Esaimen pun dah berlambak jadi memang tidak sempat rasanya saya nak update blog ini setiap hari.  Mula-mula ingatkan esaimen tu diberi after CNY ke tapi ternyata sakitnya tuhh di hati. Hahah! Belum sempat cuti CNY tu je, dah sampai 4 esaimen diberi sekaligus. Tertekan tu takye cakaplah. Dengan ditambah lagi nanti setiap hari (kecuali Jumaat & Sabtu) bulan 3 akan datang ni setiap petang akan sibuk di padang sempena hari Sukan tak lama lagi, jadi memang kesuntukan masa lah nak siapkan esaimen dan pergi padang berlatih.Kot?

Oleh itu, blog ini kemungkinan besar akan terabai lagi dan lagi. Kekadang kesian juga dengan blog ni sebab krik krik krik je tapi apakan daya, tangan ini hanya dua, otak ini hanya satu dan badan ini hanya satu.  Saya bukannya superwoman nak buat banyak kerja dalam satu masa.Heheh! Baiklah berhenti setakat ini sahaja, alhamdulillah sekarang esaimen pertama saya dalam proses nak habis. Doakan permudahkan segala urusan saya untuk selesaikan 7 esaimen yg akn datang ye. Bye & Assalamualaikum :)
 
copyright by Izah Assrin