Monday, 23 February 2015

Dia datang lagi!



Assalamualaikum hamba Allah yang dirahmati sekalian, sudah lama saya tak tulis blog dan kini saya kembali, mungkin sekejap? atau mungkin akan menghilang lagi lepas ini kerana tuntutan tanggungjawab sebagai seorang siswi guru.  Esaimen pun dah berlambak jadi memang tidak sempat rasanya saya nak update blog ini setiap hari.  Mula-mula ingatkan esaimen tu diberi after CNY ke tapi ternyata sakitnya tuhh di hati. Hahah! Belum sempat cuti CNY tu je, dah sampai 4 esaimen diberi sekaligus. Tertekan tu takye cakaplah. Dengan ditambah lagi nanti setiap hari (kecuali Jumaat & Sabtu) bulan 3 akan datang ni setiap petang akan sibuk di padang sempena hari Sukan tak lama lagi, jadi memang kesuntukan masa lah nak siapkan esaimen dan pergi padang berlatih.Kot?

Oleh itu, blog ini kemungkinan besar akan terabai lagi dan lagi. Kekadang kesian juga dengan blog ni sebab krik krik krik je tapi apakan daya, tangan ini hanya dua, otak ini hanya satu dan badan ini hanya satu.  Saya bukannya superwoman nak buat banyak kerja dalam satu masa.Heheh! Baiklah berhenti setakat ini sahaja, alhamdulillah sekarang esaimen pertama saya dalam proses nak habis. Doakan permudahkan segala urusan saya untuk selesaikan 7 esaimen yg akn datang ye. Bye & Assalamualaikum :)

No comments:

 
copyright by Izah Assrin