Friday, 27 February 2015

Usrah Hari Ini - Saya Sayang Sahabat Saya

Assalamualaikum dan selamat malam! Sebelum saya landing, eloklah saya berkongsi maklumat baharu yang saya pelajari dalam usrah harini..Sekurang-kurangnya bagi mereka yang sudi singgah ke blog ini, mereka dapat menambah sedikittttt ilmu yang bakal saya kongsikan..Kan kite ni suka sharing caring..Hehe! Seperti yang awak semua baca dalam tajuk di atas, bunyi dia macam gempak sikit kann hahah.Yaaa, saya sayang sahabat saya. Tapi sejauh manakah awak sayang sahabat awak? Pada tahap manakah awak sayang sahabat awak?Jom kita usha usha maklumat yang akak usrah saya share kan ini.
Tahap-Tahap Ukhuwah Islamiyyah :
1) Tahap terendah : husnudzon (bersangka baik dengan saudaranya)
2) Tahap kedua : mencintai saudaranya seperti mencintai diri sendiri
3) Tahap tertinggi : Ithar (mendahulukan kepentingan saudaranya daripada diri sendiri)
*boleh ambil contoh tajuk Hijrah dahulu iaitu Kaum Ansar sanggup menceraikan isterinya yang lain lalu memberikan isterinya itu kepada Kaum Muhajirin kerana kuatnya tahap ukhuwah antara dua kaum tersebut*
Ok mari kita sambung pulak kepada Hak-Hak antara Muslim dengan Muslim yang lain :
1) ucapkan salam apabila bertemu
2) apabila kawan bersin, doakanlah
3) penuhi undangan yang dibuat kawan
4) apabila kawan sakit, lawatlah
5) beri nasihat apabila kawan meminta nasihat
6) apabila kawan mati, iringilah jenazahnya
Ok yang last pulak ialah Syarat-Syarat Ukhuwah Islamiyyah :
1) ikhlas
2) dilandasi dengan iman dan ketakwaaan
3) menjaga adab dan etika
4) berprinsipan dan saling menasihati
5) saling membantu dalam kesenangan dan kesusahan
Ini secara ringkas apa yang saya pelajari dari usrah harini..Jadi semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu kita untuk saling mengeratkan ukhuwah dengan saudara seakidah kita! Selamat malam dan assalamualaikum!
-Tiada ukhuwah tanpa iman, tiada iman yang sempurna tanpa ukhuwah-


No comments:

 
copyright by Izah Assrin