Sunday, 1 March 2015

Ceramah Hari Ini - Hati Yang Hidup

Assalamualaikum hamba Allah yang sudi menjengah blog saya ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi baca apa yang bakal awak semua baca nanti. Info-info yang saya dapati ni, dari ceramah yang baru saja saya dengar harini. Dalam maktab saya, memang setiap hari Ahad dengan Rabu akan ada ceramah setiap malam. Oleh itu, jika saya ada kesempatan masa, saya akan cuba update blog saya ini dengan info-info yang saya dapat dari usrah/ceramah. Sekurang-kurangnya kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita untuk menuju ke jalan Allah :D

Seperti yang awak semua baca daripada tajuk di atas, mesti ada wujud rasa ingin tahu kan dalam diri awak semua mengenai tajuk itu. Meh sini saya kasi explain dengan ringkas tetapi padat, insya Allah.

Apakah fitrah hati kita?
- Apabila kita melihat sesuatu yang indah, hati kita mesti akan merasa tenang dan terhibur kan? Sebagai contoh seperti kita melihat gunung, pantai, hutan dan lain-lain.

- Apabila kita berhadapan dengan orang yang tinggi pangkat kuasanya atau orang yang lagi pandai dari kita, kita mesti akan berasa takut dan merendah diri terhadap orang-orang tersebut kan?

- TAPI! Kenapa ketika berhadapan dengan Allah SWT, hati kita tak berapa rasa nak malu sedangkan kita tahu Allah memerhatikan kita dan mendengar segalanya yang terdetik dalam hati kita.
=Jawapan ringkasnya adalah semua itu kerana hati/roh kita telah mati.

Hati yang hidup adalah hati yang disuburkan dengan KEIMANAN.

Terdapat tiga jenis hati dalam diri setiap manusia. Mana satukah hati anda? Allahualam..
1) Hati hidup
2) Hati sakit
3) Hati mati

                            Hati Hidup
- Pada mulanya hati setiap manusia adalah hati yang hidup. Hati yang hidup ini adalah hati yang kuat hubungannya dengan Allah SWT dan takut akan Penciptanya.

-Jiwa dan perasaannya sangat merindui, mencintai serta mendambakan keredhaan Allah

-hati yang berasa takut apabila dibacakan ayat-Nya

-hati yang takut pada kemurkaan dan azab api neraka

                         Hati Sakit
- Hati ini berlaku apabila kita mula melakukan dosa. Hati yang hidup akan mula dicemari dengan titik titik hitam di mana kemudiannya menyebabkan hati kita menjadi sakit

- Hati yang sebegini perlulah dirawat sebelum menjadi makin parah

- Amalkan zikir laillahaillah di mana ia bermaksud tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah

- contoh hati sakit ini ialah selalu lupa dan lalai daripada mengingat Allah SWT lalu terjerumus ke lembah kehinaan

- Bagi mereka yang hati sakit ini, mereka pada mulanya akan menyesal dengan dosa yang dilakukan kemudiannya akan mengulangi dosa itu lagi

                            Hati Mati
- Natijah daripada perbuatan dosa yang dilakukan berulang kali

- Hati terus menjadi kaku, keras dan tidak dapat ditembusi dengan cahaya keimanan

- Apabila dinasihati, tidak mahu menerima nasihat

- Menjadi penentang kebenaran dan makruf serta tiada lagi bibit-bibit keinsafan

- Hati terus bangga dengan maksiat yang dilakukan

- Hati itu penuh dengan kegersangan, kekosongan dan kehambaran

Itu sahaja serba sedikit maklumat yang mampu saya kongsikan.Diharap kita semua dapat sama-sama memperbaiki diri kita ke arah kebaikan dan saling mengingati antara satu sama lain.Marilah sama-sama juga kita menjaga IMAN kita ini! Terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya. Assalamualaikum dan selamat malam! :D

-Iman yang menentukan kejayaan hidup kita di dunia & akhirat-

1 comment:

Julia Jamaludin said...

nice entry :)
follow sini

 
copyright by Izah Assrin