Thursday, 23 July 2015

Feedback/Testimoni MORA Essential

Assalamualaikum & selamat petang semuanya.  Memandangkan saya dah lama tak update blog and petang ni agak free sebab plan nak berjoging dengan kawan tercancel tetiba, jadi saya rasa lagi baguslah kalau saya post something yang berguna untuk mereka-mereka kat luar sana.  Who knows ada yang tengah mencari produk kecantikan untuk baiki masalah kulit dia kan? Produk yang saya guna sekarang ni blh apply bukan setakat muka je tapi nak letak kat rambut, tumit kaki, bibir and bla bla bla lagi pun boleh.  Yang sekarang ni saya tengah guna untuk baiki kulit muka saya nii.  Almaklumlah kulit muka kite taklah peloles plus ada kesan2 jerawat hasil kenangan SPM dulu HAHAHA! Jadi tanpa merepek panjang lagi, saya rekomenkan korang produk MORA Essential seperti dalam gambar di bawah tuuu heeee...

Mula-mula saya waswas gak laa nak pakai sebab feedback dia memang sikitlah waktu saya nak mula beli dulu.  Tapi saya tetap jugak beli sebab nak try test kan.  Saya memang jenis yang berani cuba berani tanggung kahkahkah.  Manatau kot-kot kesan-kesan degil kat muka saya ni dapat hilang.  Maybe produk ni dulu masih dikira baru lagi kot sebab tuu sikit je feedback dia tapi sekarang nii dah makin banyak feedback dia dah.  Korang bolehlah search sendiri kat instagram MORA ni @moraessential untuk baca lebih lanjut ataupun baca kat hashtag #MORAfacts #MORAfeedback .

Ok! Kembali kepada kesan yang saya alami sekarang. Of course kulit jadi lembut macam kulit baby. Yang ni serius! Korang pakai SEMALAM je bangun pagi tuu dah boleh rasa kelembutan kulit kita disebabkan minyak argan ni.  Minyak nii depend dengan kulit setiap individu tauuu! Ada yang kesan dia lambat and ada yang cepat.  Jadi bersabar la ye bagi mereka yang nak cepat-cepat tuu. *macam saya* Minyak ni takde bahan kimia jadi itu sebabnya effect dia macam lambat je baru ada.  Tapi saya ok jerr sebab bahan kimia ni pun bukannya bagus untuk kulit so better la pilih MORA sebab dia memang pure argan oil. ;)

Kesan kedua yang saya dapat is MORA memang cepat mengecutkan plus mengecilkan jerawat-jerawat besar.  Saya ni jenis yang keluar jerawat besar kalau datang bulan so bila pakai tu memang boleh terasa jerawat akan semakin hari semakin kecil.  And bila kita dah selalu amalkan MORA ni kan *dengan konsisten*, jerawat besar macam segan nak keluar bersama-sama.  Kalau saya period sekarang ni pun macam satu dua je yang keluar.  Kalau dulu perghhh! Dengan segeng-segeng dia sekali ajak merosakkan muka saya hahaha. 

Kesan ketiga pulak, kesan-kesan hitam jerawat SPM dulu macam makin pudar.  Dulu memang nampak jelaslah kesan dia even pakai foundation tebal berlapik-lapik tapi sekarang saya just guna bedak compact biasa tuu punn dah boleh cover kesan jerawat hitam tuu.  At least kesan itu taklah nampak sangat macam dulu.  Yang saya masih ada di muka sekarang is kesan-kesan bintik hitam ni je la yang masih dalam proses menghilangkan diri.  Jerawat saya makin kurang dah.  Alhamdulillah :D

Itulah setakat perubahan yang saya boleh kongsikan.  Gambar saya sebelum guna MORA and after guna MORA akan saya post dalam feedback sekali lagi lepas kesan-kesan jerawat hitam ni hilang.  Buat masa sekarang saya dapat share feedback ayat je hehehe.  Tapi trust me MORA tak akan mengecewakan korang.  Saya bukan dibayar untuk tulis panjang-panjang ni tapi saya memang akan share produk yang memang-memang berkesan.  Manatau mereka ada yang tengah mencari produk untuk pulihkan kulit dia jugak :)

Ok itu sahaja daripada saya.  Jangan lupa stalk instagram mereka untuk tahu lebih lanjut.  Alang-alang stalk mereka jangan lupa follow saya kat @n.izah.a  Bye!! ;)

Saturday, 11 July 2015

Tips Menghadapi Peperiksaan



As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Terlalu ramai pelajar yg minta tip utk menghadapi peperiksaan. Di antara tip yg praktikal & berkesan:

1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.

2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.

3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.

4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.

5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN: Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, letak kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.


6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada belajar dgn membaca, belajar dgn mendengar, atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).


7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!


8. Ubah PERSEKITARAN: belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!


9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.


10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.


11. Minum air masak semasa belajar.


12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:

a.. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN,
b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah
c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%.
d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.
e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.
f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM
g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.
h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.
i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.
j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.


13. Kuatkan MEMORI DGN:
a. Doa penerang hati,
b. Makan yg seimbang,
c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc


14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).


15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.


Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan. Aameen, wassalam.


Perkongsian Menarik Dari FB Dato Fadzilah Kamsah :)

Tips RumahTangga




As salamu'alaikum shbt tersyg. Di musim Raya ni terlalu ramai pasangan yg langsungkan perkahwinan. Di antara CABARAN di awal perkahwinan: 


1. Mengenal diri dlm konteks yg baru, ie dunia rumahtangga. Adakah aku dpt taat perintah Allah, sabar dgn setiap ujian, pamer kasih syg, bertanggungjawab, dll, 

2. Kenali pasangan yg sebenar. Peribadi semasa bercinta/ bertunang seringkali berubah selepas kahwin! 

3. Cari TITIK2 KESERASIAN sbb kebanyakan kita tertarik kpd pasangan yg berlawanan perangai dgn kita!, 

4. Segera belajar mengimbangi antara kerjaya & rtangga. Ramai pasangan baru yg tak peka mengenai isu ini & hadapi berbagai masalah & konflik selepas kahwin, 

5. Belajar utk LEBIH MEMBERI DRP MENERIMA. Jgn sibuk meminta hak, tapi byk memberikan hak kpd pasangan, 

6. Tukar paradigma ttg rtangga: Jika taat Allah, setia kpd pasangan, byk tolak ansur, pupuk kasih syg, sentiasa cari ilmu ttg hidup berkeluarga-- insya Allah rtangga akan bahagia dunia & akhirat, 

7. Bentuk keserasian dgn mertua & ipar duai, 

8. Peka ttg keperluan MENDIDIK & MENEGUR pasangan dgn hikmah. Belajar menjadi pelengkap kpd setiap aspek kehidupan pasangan, 

9. Fahami berbagai peranan yg wajib di mainkan bila berkahwin, 

10. Cari mentor/ penasihat utk rujukan, 

11. Membentuk peraturan & undang2 dlm rtangga agar sentiasa positif & cemerlang, 

12. Don't take anything for granted & cuba lakukan setiap perkara sebaik mungkin, 

13. Bertawakkal & redha dgn setiap ketentuan Allah. 

Selamat Pengantin Baru, semuga kita semua di lindungi Allah SWT. Aamiin, wassalam.


Perkongsian menarik dari FB Dato Fadzilah Kamsah :)
 
copyright by Izah Assrin