Thursday, 5 May 2016

PENAT





Sejujurnya saya boleh gambarkan diri saya dalam kepenatan sekarang ini.
Kepenatan menghadiri kelas tambahan waktu minggu ulangkaji.
Kepenatan menyelesaikan fail-fail yang diminta oleh pensyarah.
Kepenatan terkejar ke sana sini untuk menghadiri program-program yang dijalankan walaupun musim peperiksaan telah tiba.

Sejujurnya juga saya boleh katakan saya risau dengan semester kali ini.
Mampukah saya menghadapinya?
Mampukah saya melepasi gred yang saya perolehi semester 1 lepas?
Sangat sukar dan seakan-akan ingin berputus asa walaupun pada zahirnya saya kelihatan biasa sahaja.
Siapa kata belajar di IPG tidak mempunyai tekanan? Siapa kata belajar di IPG senang saja?
Dulu saya pun sangkakan benda yang sama juga tapi bila dah merasai sendiri, saya dah tahu betapa penatnya menghadapi semua.
Dengan aktiviti dan pelbagai program yang dijalankan memang menguji tahap fizikal dan mental saya.
Dengan kerja kursus yang dikembalikan semula kerana tidak memuaskan hati pensyarah turut menguji saya.
Apatah lagi dengan kerenah rakan-rakan sendiri yang kadangkala tidak sehaluan dengan kita.
Namun saya percaya, semua itu adalah satu perkara untuk mematangkan diri saya.
Usaha yang baik pasti akan membuahkan kesan.
Cuma kena yakin ;) Itu sahaja.

Bagi adik-adik yang bakal masuk IPG nanti, siapkan diri menghadapi pelbagai cabaran belajar di maktab ya.  Format kursus yang terbaharu ini memang sedikit sukar berbanding format lama.  Dengan buku rujukan yang sedikit seperti opsyen saya Pendidikan Pemulihan memang memerlukan usaha yang lebih untuk mendapat rujukan sendiri. Apa-apapun kita jangan mudah MENGALAH! Itu yang sering saya tanamkan dalam diri :)  kerana tiada perkara yang senang dalam dunia ini.

Akhir kalam, selamat maju jaya untuk semua guru pelatih yang bakal menghadapi peperiksaan :) dan semoga kita semua mampu menjadi guru yang berjaya dunia akhirat. Amin :D

1 comment:

Lone Sidewinder said...

Selamat maju jaya utk cikgu Izah.. Hehe.. ����

 
copyright by Izah Assrin